October 2, 2012

New gadgets






Bersempena kewujudan gadget2 baru dalam dapur ummi semalam, terus semangat ummi nak update blog.
Terima kasih yang tak terhingga buat Abi sebab sudi membelikan ummi barangan dapur ni, yelah kalau namanya barangan dapur, mestilah untuk kegunaan dan nikmatnya untuk dirasai oleh kita sekeluarga..
story la sikit disebalik kewujudan barang2 ni, blender tu lah yg paling penting ye nak, sebab blender kita yang ummi bawak dari Malaysia baru je meletop minggu lepas masa ummi buat rendang. Berasap2,bau pun kuat, lebih sadis,ummi nampak api tu sparking daripada mesin blender tu, dan automatiknya dah tak boleh guna...
Blender tu hadiah kawin ummi dgn Abi..
UMmi dan Abi pilih jenama electrolux ni setelah membelek2 dgn yang lainnya. Dari rumah dah set nak beli brand tefal,tambah pulak ada diskaun..sampai mall je, promoter tu promote kan brand ni yg ada lebih ciri2 keselamatan,dan beberapa lagi keistimewaan, maka kami tak mampu menolaknya.
Harga? Bhat 1290.00 bersamaan RM 129.00, warranty 2 tahun.

Hand mixer?
Pun menggantikan mixer hadiah kahwin yang dah rosak,pasal apa boleh rosak ummi pun tak faham, pakai pun belum pernah, tu sebab dia merajuk kut. Da 6 tahun dapat sekali pun tak penah guna kan hehe...Last time bila nak guna dengan Atam tengok2 dah tak boleh guna,tak boleh masuk beater dia..
Tamatlah riwayatnya..
So, ummi pilih yang simple je without bowl sebab nak buat pukul telur and tepung je camtu.bowl boleh pakai yang lama tu...

Harga?Bhat 400.00 bersamaan RM40.00 brand zebra..warranty setahun

Flask air tu pun jenama zebra.Abi kata harga semalam lebih murah dari warehouse sale dia,mengikut kata kawan2 Abi yang dah membeli. Alhamdulillah ada rezeki dapat beli rega murah, yelah jenama zebra kan..
Tak pernah pun masuk dalam wishlist ummi, sebab dah ada pemanas air elektrik tu kan.Since Abi yg nak beli, ummi tadah tangan sepenuhnya lah...banyak gunanya ni, boleh simpan air panas lebih lama, boleh bawak gi travelling dan picnic, waduh kok bagus yer?
Harganya,lepas diskaun bhat 400.00 iaitu RM 40.00..

Alhamdulillah,semua harga menenangkan hati..
Hari ni jugak ummi nak start guna.
Bee good to me ye gadgets..
Bismillahirrahmanirrahimm....

0 comments:

Post a Comment