October 21, 2012

Asam Pedas Ayam

 Asam pedas ada banyak jenis, banyak rasa, banyak gaya cara dan resepi memasaknya, terpulang ikut resepi dan tekak masing2.
Untuk ayam atau ikan lain pulak cara nak memasaknya kan.
Kali ni, umi try resepi baru dari blog Arah, ummi ceduk dan olah resepinya.  Ummi suka cara masak yang ni jugak, lain sikit dari yang lain.
Awasnya asam pedas ni, jgn terlalu cair ataupun pekat.
Susah jugak ummi dulu nak dapatkan rentak asam pedas ni setiap kali buat rasa dia pun bertukar2, tapi kali ni insyaallah ummi akan stick untuk style ayam..

Untuk asam pedas ikan, lain kali kita tukar resepi pulak yer..


                                        Fuhh memang sedap, pecaya tak..hehe


  Jom Makan


     Bahan-bahan:

  • Potongan ayam ikut suka banyak dan besar mana,
  • (Untuk ayam ni, ummi suka goreng dulu tapi jgn garing, lumurkan dgn serbuk kunyit dan garam, goreng agak2 masak je)
  • Lada kering yang dikisar/ boh (kuantiti ikut suka dan tekak, jgn terlalu cair mahupun pekat sgt, bergantung pada banyak lada juga)
  • * 3 biji bawang merah
  • * 2-3 ulas bawang putih
  • * lebih kurang 1cm halia
  • * lebih kurang 1 cm kunyit
  • * 1sk lada hitam
  • * sedikit belacan /ikan bilis
  • 2 kpg asam keping / asam gelugor
  • 2 btg serai dititik 
  • 2-3 helai daun limau purut disiat2 
  • daun kesum
  • bendi 
  • garam secukup rasa...
  • sedikit gula


  • Cara-Cara

  • Blend semua bahan bertanda * ... Tumis bahan blend hingga naik bau...
  • Masukkan lada boh, masak agak lama hingga terbit minyak
  • Masukkan air dan asam keping. masak hingga mendidih.
  • Masukkan sekali daun limau purut, serai n daun kesum.
  • Bila kuah dah mendidih masukkan ayam yang dah goreng tadi.
  • Bila ayam hampir masak betul masukkan bendi, garam n perasa...
  • Boleh hidang panas2, memang sedap.

Spagetti Aglio Olio

          


                         
   Bahan-Bahan:
                         
                         Spagetti @ Angel Hair -satu paket
                         Minyak zaitun
                         8 biji bawang putih hiris dan potong dadu halus
                         Capsicum 3 warna, merah,hijau,kuning potong dadu
                         Cendawan butang/shitake hiris
                         Udang segar, mesti buang kulit
                         Sotong, potong  cincin
                         Serbuk lada sulah
                         Serbuk origano
                         Garam secukup rasa
                         Daun Parsley (ummi guna serbuk parsley cos tak ada daun)

                         

Cara-cara:
 Hanya gunakan minyak zaitun kerana itulah resepi asal utama aglio olio ini.
 Panaskan minyak atas non stick pan jika ada.
 Tumiskan bawang putih hingga naik bau,
 Masukkan cendawan butang/shitake,
 Masukkan udang dan sotong,
 Masukkan Capsicum,
 Taburkan serbuk lada sulah dan origano,
 Garam secukup rasa. Perasakan.
 Masukkan spagetti  (yang sudah direbus bersama minyak dan garam) 
 Gaul hingga sebati, taburkan serbuk daun parsley.
 Hidangkan dan hiaskan dengan daun parsley.


Credit:Mir




Favourite Ziyad adalah makanan berasaskan mee..nyum2...


Sotong Goreng Kunyit





Ni antara menu paling ringkas dan senang namun masih mampu membuka selera bila makan dengan nasik panas..

Bahan-Bahan:

Sotong dipotong gelang
2 biji bawang besar hiris bulat
3 biji bawang putih hiris
1 inci halia di hiris
Cili padi hiris halus
Serbuk kunyit
Garam
Sayuran
 (Lobak merah, Kacang Panjang, Jagung muda, semuanya dipotong ikut suka)

Cara-Cara.
-Lumurkan sotong yang telah dihiris dengan serbuk kunyit.
-Tabur sedikit garam. Biarkan 10-15 minit
-Panaskan sedikit minyak,(minyak jangan terlebih nanti tak sehat) gorengkan sotong  td jgn terlalu garing. Ketepikan dari kuali setelah agak2 hampir masak.
-Gunakan lebihan minyak yang ada, tumiskan bawang merah 1 setengah biji, bawang putih, hirisan cili padi dan halia, hingga naik bau.
-Masukkan semua sayuran hingga agak lembut, sedikit air jika mahu.
-Setelah lembut, masukkan semula sotong tadi, gaulkan sebati. Taburkan setengan lagi hirisan bawang merah tadi.
-Taburkan garam secukup rasa.
-Terus hidangkan ketika panas.


October 15, 2012

Nasi Goreng Ladna


Makan panas2 mmg daaap..

Ummi dah pening sekarang, setiap hari mmg akan bukak blog dan buku masakan, carik idea nak masak apa..
Inilah masanya nak cuba resepi2 baru kan, bila lagi.
Dulu kat melesia, boleh kata pejam mata je senang nak carik bahan masakan halal tak pulak rajin nak memasak..
Kat sini bila susah nak dapat yang halal, time tu lah idea masak membuak2 haisyhh..

ok, jom tengok resepi nasik goreng ladna yang ummi dah olah dari resepi asal.


Bahan:  Nasi Goreng 
Nasi putih
3 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
Secubit bilis@udang kering*
2 sudu besar minyak
Garam secukup rasa
1 sudu besar kicap

Bahan bertanda* dihiris atau ditumbuk

Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 bertanda*.Bila sudah naik bau,masukkan kicap, bila kicap dah berbuih masukkah nasi dan kacau goreng hingga rata. Ketepikan.

Bahan: Ladna
Udang
Sotong
Isi ayam/daging ~ dipotong kecil
Sayuran dipotong ikut suka
(kailan,lobak, putik jagung,tomato,brokoli,bunga kobis)
cili merah ~ dipotong serong
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit serbuk/kuib pati ayam- kalau ada
2 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih ~ diketuk/cincang
garam dan gula secukup rasa
tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
air secukupnya

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan isi ayam, goreng sekejap dan masukkan udang /sotong. Masukkan air. Bila kuah dah mendidih, masukkan serbuk lada hitam, sos tiram, serbuk/kuib pati ayam, sayur2 juga gula dan garam secukup rasa. Masak lagi hingga mendidih baru la dimasukkan bancuhan tepung jagung. Kuah jgn terlalu pekat, nanti muak. Hidangkan bersama nasi yg dah digoreng dgn kicap td.
resipi : 
K.Nor@SecubitGaram / Thanks kak Nor

October 13, 2012

Daging Bali & Sayur Campur

Hari ni Abi Overtime.
Sabtu kantin kat ofis Abi tutup.Maka semalam Abi notis awal nak bawak bekal.Abi suggest nasik goreng.Malam tadi dah buat nasik goreng, so tak best lah recycle menu malam tadi.
Jam 4 pagi umi bangun dah, plan nak masak daging bali ni. first time makan masa Mak Long masak dulu.
Skang ni dah boleh masak sendiri. Makan dgn nasi putih panas2 memang sedap.Lawankan je dengan sayur campur.Simple dan sedap!
Abi pun suka.Kan bi?


Jom makan!

Sayur campur

Daging Bali




Sayur Campur

Bahan-Bahan
-Minyak
-Bawang merah 3 biji dihiris
-Bawang putih  2 biji diketuk
-Secubit bilis@ udang kering
-Garam 
-Sayuran
-Sedikit air
(Lobak,Kailan,Kubis, di hiris ikut suka.)

Method:
Tumis bawang merah,putih dan bilis sampai naik bau.
Masukkan lobak,dan sikit air supaya lobak cepat lembut.
Masukkan sayur2 lain.
Tabur sikit garam secukup rasa.

Daging Bali


sumber : K.Nor@SecubitGaram setelah di olah.Terima kasih kak Nor!



-Daging segar (potong nipis, cuci bersih) agak2 4 org makan / Ummi rebus dulu dalam slow cooker dalam 5 jam bagi lembut
-Santan
-5 helai daun limau purut
 -2 sdb kicap pekat/manis
-5 biji buah keras *
-8 biji cili merah *
-3 ulas bawang putih *
-1 inci halia *
-1 sdt kunyit serbuk 
Minyak untuk menumis 
-Tomato dipotong 4 dan
 -bawang besar potong bulat.
-Garam/gula secukup rasa

Method:
Kisar bahan yang bertanda *.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serbuk kunyit  hingga naik minyak dan garing sedikit.
Masukkan daging, santan  dan daun limau purut, kacau sebati dan biar hingga kuah agak pekat. Masukkan garam, kicap pekat dan kicap manis secukup rasa, gaul sebati.Masukkan tomato dan bawang besar yg dipotong bulat. Kacau lagi dan angkat untuk hidangan.


October 11, 2012

Kek Pisang Harum & Moist!

Kek pertama yang ummi belajar buat sendiri ialah,kek pisaang....hahaha sila gelak!

Kredit untuk Atam awak yang ajar ummi buat.
Kalau kat Malaysia pandang sebelah mata je kat kek pisang ni.Nak buat langsung la tak terhingin kan.Isyk isyk kesian pisang...
First rasa kat rumah Mama Juliza masa dia ajak makan2 raya haritu, ummi agak kagum sebab rasa macam kek pisang Samudera yang selalu ummi beli kat Pudu masa zaman muda mudi dulu hehe..terus tanya,boleh ek buat sendiri jadik mcm ni? Cerdik!

Ok, ummi tak reti berhias2 macam blog masakan orang lain. Pinggan pun standard la putih plain je yg dibekalkan oleh Chatrium hehe..kat sini tak ada lagi koleksi pinggan mangkuk ala Mat Gebu.Tunggulah moga ada rezeki lebih nanti ummi tepek gambo molek2 k?

Berbalik cerita kek pisang ni.
Memang sedap.Ummi agak kagum dengan diri sendiri.Astaghfirullah.Sebelum ni dah brapa kali gak buat, ada yang tak naik, ada yang lembap, ada yang kaler tak brown, ada yang tak manis, but yang ni...it just perfect!!! Alhamdulillah..

Kakak, awak tau tak-awak suka kek pisang tau!bila ummi bgtau, kakak ummi buat kek pisang ntuk kakak tau, nanti mesti kakak buat muka glowing pastu tanya mana, then kakak peluk ummi cakap, terima kasih ummi sebab buat kan kakak kek pisang' hehehe ummi tau dah dialog awak tu kalo jumpa makanan yg awak suka..

Ok, jom layan gambo.
Resepi ummi upload lambat sikit k. Ni sibuk nak mandi nak solat then ambik kakak sekolah.

(Tadi dok bertelaku, bilalah ummi nak masak yg bombastik mcm Arah dalam blog dia tu kan.kagum sangat.ni dah masuk 2 bulan, resepi tak berkembang lagi ni haih tak boleh jadik!malam ni kena stadi resepi!!!!)


Setelah dipotong
Just nice, tak melekat,tak lembik,tak keras.
Buat 2 adunan bagi kat jiran2 sama merasa...



Kredit kat Abi yang tolong pukul telur dan tepung sblm main ping pong malam tadi.
One thing for sure, mixer tu memainkan peranan sgt nak bagi telur naik betul so that kek jadi gebu dan lembut, sebelum ni pukul pakai senduk je..
Berbaloi beli!

October 2, 2012

New gadgets






Bersempena kewujudan gadget2 baru dalam dapur ummi semalam, terus semangat ummi nak update blog.
Terima kasih yang tak terhingga buat Abi sebab sudi membelikan ummi barangan dapur ni, yelah kalau namanya barangan dapur, mestilah untuk kegunaan dan nikmatnya untuk dirasai oleh kita sekeluarga..
story la sikit disebalik kewujudan barang2 ni, blender tu lah yg paling penting ye nak, sebab blender kita yang ummi bawak dari Malaysia baru je meletop minggu lepas masa ummi buat rendang. Berasap2,bau pun kuat, lebih sadis,ummi nampak api tu sparking daripada mesin blender tu, dan automatiknya dah tak boleh guna...
Blender tu hadiah kawin ummi dgn Abi..
UMmi dan Abi pilih jenama electrolux ni setelah membelek2 dgn yang lainnya. Dari rumah dah set nak beli brand tefal,tambah pulak ada diskaun..sampai mall je, promoter tu promote kan brand ni yg ada lebih ciri2 keselamatan,dan beberapa lagi keistimewaan, maka kami tak mampu menolaknya.
Harga? Bhat 1290.00 bersamaan RM 129.00, warranty 2 tahun.

Hand mixer?
Pun menggantikan mixer hadiah kahwin yang dah rosak,pasal apa boleh rosak ummi pun tak faham, pakai pun belum pernah, tu sebab dia merajuk kut. Da 6 tahun dapat sekali pun tak penah guna kan hehe...Last time bila nak guna dengan Atam tengok2 dah tak boleh guna,tak boleh masuk beater dia..
Tamatlah riwayatnya..
So, ummi pilih yang simple je without bowl sebab nak buat pukul telur and tepung je camtu.bowl boleh pakai yang lama tu...

Harga?Bhat 400.00 bersamaan RM40.00 brand zebra..warranty setahun

Flask air tu pun jenama zebra.Abi kata harga semalam lebih murah dari warehouse sale dia,mengikut kata kawan2 Abi yang dah membeli. Alhamdulillah ada rezeki dapat beli rega murah, yelah jenama zebra kan..
Tak pernah pun masuk dalam wishlist ummi, sebab dah ada pemanas air elektrik tu kan.Since Abi yg nak beli, ummi tadah tangan sepenuhnya lah...banyak gunanya ni, boleh simpan air panas lebih lama, boleh bawak gi travelling dan picnic, waduh kok bagus yer?
Harganya,lepas diskaun bhat 400.00 iaitu RM 40.00..

Alhamdulillah,semua harga menenangkan hati..
Hari ni jugak ummi nak start guna.
Bee good to me ye gadgets..
Bismillahirrahmanirrahimm....

August 26, 2012

Starter

This blog is dedicated to my beloved kids.
I wish it will remind them of me :))

- Sathon, Bangkok