March 28, 2013

Hantu Ikan ;p

Kan ummi dah cakap awak memang hantu ikan. Tak kira siang ke petang ke bangun tido ke, asal lapar pandai bukak tudung saji carik fish!fish!

Tak menyempat ummi nak masak lain, kena keluarkan ikan dr fridge tu goreng siap2, so bila adik mintak,ummi dah siap goreng dan boleh makan.

Tu sekali makan ikan kembung 2 ekor lah jugak,kalau ikan besar seekor cukup bergantung pada mood adik.
ummi & abi lah yang akan buangkan tulang ikan tu..teringat kakak dah 2 kali tragedi tercekik tulang ikan, satu bawak gi tabib cina, satu lagi bawak gi Dokter.
Sejak tu, ummi pun dah tak berani nak bagi ikan sebarangan...

Buat masa ni, nasik adik kurang sikit kecuali ummi buat helah sikit baru nak makan banyak.Adik suka makan mee, Takpelah dik, nanti ummi try experiment dan pelbagaikan menu.
Anak2 ni akan bawak tabiat makan dia sampai ke besar, maka ibubapa lah yang perlu mencorakkan pemakanan mereka.
Contohnya, nenek dulu tak masakkan ikan keli atau ikan air tawar masa ummi kecik sampai ke besar, so sampai sekarang ummi pun tak makan jugek, apalagi nak masak.Mujur sejarah Abi pun sama halnya, Tok Mak pun tak berapa gemar agaknya..boleh je nak makan bila dah besar ni kan sebab tekak kan masing2, nntilah mana tau satu masa jadi faveret ummi pulak ke kan.Kang taknak lah menurun kat anak2 pulak tak nak makan benda yang ummi tak pernah masak..

Ok off to sleep now!
Goodnite sayang.











Stew Daging dengan Pasta

Ini resepi Tok Yang Abi,
Ummi suka, sedap kat tekak ummi.

Bahan-bahan:
-daging segar dihiris nipis
-2 sudu marjerin untuk menumis
-bawang besar
-bawang putih
-halia
-lada hitam yang ditumbuk
-batang saleri
-lobak, jagung muda, kacang buncis, bunga kubis,atau sayuran apa2 ikut citarasa
-kentang
-tomato
-cendawan
-daun sup
-sesudu/ dua sudu tepung gandum
-garam secukup rasa

Cara-cara;

Rebus daging segar hingga lembut. ummi gunakan slow cooker masak dalam 1-2 jam.
Panaskan periuk dengan marjerin.
Tumis daging tadi dengan halia dan lada hitam.
Masukkan air rebusan daging tadi sedikit.
Masukkan bawang besar dan putih.
Masukkan sayuran yang lambat empuk.Agak2 telah empuk, tambahkan air rebusan lagi.
Masukkan tepung gandum jika suka kuahnya sedikit likat dan tidak terlalu cair.
Sedikit garam.Perasakan.
Taburkan daun sup jika suka.

Sedia untuk di makan dengan pasta atau roti untuk sarapan.Nyum2!







March 27, 2013

Welcome home Philips & Tefal!

Alkisahnya bermula bila kami menyedari minyak masak kat sini agak mahal esp minyak sawit dll. Selalunya ummi akan beli minyak soya kat makro.Beza pada rasa tu tak perasan pulak cuma harga dia lebih murah berbanding minyak lain.

keduanya, harga Philips Airfryer kat sini agak murah berbanding di Malaysia.Menyedari peri pentingnya makanan sehat tanpa menggoreng terendam ( deep fry) dalam minyak, Abi telah berhajat untuk membelikan untuk kita sekeluarga..Nak pulak tengok Adik suka benau makan fries kat Secret Resepi tu ha...Mak aih, terpaksa ummi lap dgn tissu sebab minyak yang banyak sampai basah tisu tu dengan minyak.

Misi pun bermula.
Kami ke Siam Paragon untuk survey harga.Siam Paragon ni macam Mid Valley laa..
Adeh apesal tgh ada diskaun plak ni..mmg la harus kena beli..
Pastu plak dia boleh buat delivery sampai ke pintu rumah tanpa perlu Abi nak angkut berat2..
Alhamdulillah misi selesai...kita pun ke Bitec (exhibition hall) sebab ada home deco camtu..

Tiba-tiba,
Dugaan menguji nafsu pun tiba..
Mama liza mengkhabarkan kat Bitec ada promotion Tefal Actifryer.
Harganya sama macam Philips dan ada free Tefal Blender dan Teddy Bear. Whatt??
(terus terbayang blender nak buat jus).Yang kat rumah tu dah buat blender bawang lada (alasan sangat,kan)
Ok kak tima kasih ek...ummi pun jalan je sambil berangan bestnya kalau dapat tefal harga tu dengan free blender? ujian apakah ini?

Ummi ajak Abi tengok ke area Tefal.
Abi kata kan kita dah ada philips tu, ummi kata tak pela kita tengok je...hehehe
Sesampainya kat situ promo dah tamat dan harga kembali ke asal setelah jam 6 petang dan tiada lagi free blender tefal..hua hua..

Ummi cuba la pujuk promoter tu tak dapat ke harga macam kawan saya beli tu dengan free blender, teddy bear takde pun takpe.kikiki..since dah pukul 8 dia kata tak boleh. Alahai padahal ummi tengok banyak lagi bendanya.
ummi pun rasa lega 'selamat duit aku'..
in fact sebelum tu ummi dengan Abi dah bincang, kalau dapat harga tu, kami nak jual salah satunya pada sesiapa lah yang nak beli..memandangkan harganya yang sedang murah dengan free blender tu yang ummi tak tahan...


Bila ummi nak melangkah pergi,promoter tu kata nanti dia tanya Manager.Manager tu datang dan tengok ummi.sok sek sok sek dengan promoter dan akhirnya dia bagi ummi beli dengan harga tu dan dapat free blender. What!!?Alhamdulillah sebab ada rezeki ummi...Astaghfirullah apesal boleh beli sampai dua sekali ni ummi? ummi ingat Abi tu Mesin ATM ke?

Atas persefahaman nak menjual salah satunya Abi pun setuju..

Masalahnya sekarang, tak tau nak pakai yang mana satu, huwaaa..dua dua ada keistimewaan tersendiri.
Philips Goreng apapun tanpa minyak seperti fries, sotong goreng tepung, nugget, ayam goreng, donut, karipap, popia,muffin, dan lain -lain manakala tefal guna minyak maximum sesudu sahaja kerana tefal ni multicooker boleh masak apa saja sama macam philips,fries,ayam goreng, sayur,dan lain2..banyaklah lagi menu yang boleh dimasak.Cuma, nak goreng ikan siakap macam komfem tak muat je..hahahaha...

Haha mungkin kami takjadi jual dan simpan kedua2nya...Nanti ummi fikir lagi dan bincang dgn Abi..
ummi dah survey review dan demo kat youtube...
nanti ummi plak review k..

Kat Malaysia pun tengah glamer dengan pemanggang ajaib warna merah tu kan.Functionnya lebih kurang sama dan jauh lebih murah lagi..berbaloi membeli.

Hopefully gadjet ni berbaloi membeli dan boleh berbakti pada kita, bertahan lama sampaike anak cucu ummi,amiin...insyaAllah..

















Bubur Nasi Berlauk

Dah dua hari ni Abi tak sedap badan,mata dan kepala pun rasa lain macam, ummi rasa kepala Abi pun panas sejuk hangat.
Haisyh risau pun datang bila ahli keluarga kurang sihat.
Ummi kena masak yang lebih berkhasiat. Masalah ummi ni bila masak mesti nak kena ada menu pedas, tak kiralah sambal merah ke sambal belacan ke sambal kicap ke, janji pedas.Barulah anak jawa.

Kakak pulak,sekarang ni dah boleh makan apa yang ada cuma kena pujuk betul, cakap kat kakak kesian tak ummi dah masak kakak taknak makan..kakak jawab kesian,pastu nanti dia makan la jugak walaupun banyak ceritera nak kena layan..

Adik?asalkan ada ikan cukup.
aduhai hantu ikan anak bujang ummi, tak kisahla ikan goreng ke rebus ke masak pedas ke, janji ikan memang favourite dia,Alhamdulillah..

Pasni ummi kena latih tubi makan sayur pulak ek...

Jom layan menu malam tadi..

cara masak bubur,

-beras 1 cup masak dgn air 4-5 cup. masak api perlahan supaya beras betul2 masak dengan lembut.
-ummi masukkan daun pandan dengan sedikit garam


condiments:
- ummi just letak apa yang ada kat fridge

ayam goreng di racik
ikan bilis goreng
sambal kicap

dan sayur sawi cina masak dengan sos tiram.
-bwg putih, bawang merah,udang kering tumis dengan minyak zaitun,
masukkan air dan sos tiram,setelah mendidih kemudian masukkan sayur.Padam api sebelum sayur layu dan hilang zat.


March 26, 2013

On your birthday, Abi!

Hihi,

Inilah yang ummi cuba buat masa birthday Abi. Muffin coklat..

Memang tak pernah buat pun.tengok resepinya kok enteng banget..
Jom kita try..hehehe...

Double boil coklat masakan sebelum buat adunan..


Balik sekolah tak menyempat nak tolong
Masukkan adunan dalam cup


Abi, kakak rajin tolong Ummi


Wahaaaahaaa..muffin ni dalam oven elok je naik gebuss,
Sekali dah siap jadik camni plak.
Maybe terlebih gula, dan tak perlu on kipas dalam oven just guna api bawah atas.
Rasa dia pun jadik macam cookies bukan muffin hua hua..failed!!!!
Sila cuba lagiii wahai ummi!


Kikiki nasib baik ada anak bujang yang nak makan perabiskan..


Aloohaii menikmati sungguh ka dik..


mmmmm daaaaappppnyeee Miii hahaha

Semulajadi tanpa Pak Aji/MSG

'Lately' ni ummi tepek je gambo sebab tak dan nak tulis resepi.slow2 ek nak, nnti bila ummi rajin dan ulang masakan tu insyaAllah ummi letakkan sekali resepi air tangan ummi.
Selalunya ummi ni masak main campak2 je, so bila dah siap tu ummi pun lupa apa resepinya.

Sekarang ni dah tak susah kan nak carik resepi, taip je kat Mr.Google/Yahoo, berderet resepi timbul.Tinggal lagi kita kena pilih mana gambo yang memikat mata (yang macam sedap) dan bahan yang tak susah nak carik. Kadang tu resepinya 'complicated' dengan bahan yang tak cukup dalam peti sejuk, maka kita kena sesuaikan dengan bahan apa yang ada.

Sebelum ummi masak, ummi bayangkan dulu lauk dan sayur apa yang ada dalam fridge tu, kemudian barulah ummi suai padankan dengan menu yang serasi.Agak2 fridge tu pun dah tak de apa, masak je lah apa yang ada....

Lagi satu, kadang kita dah follow bebetul resepi tu, tapi apesal hasilnya kurang 'kick' ek..
maybe ada ke bahan yang tertinggal tulis dalam resepi tu ke?
Ummi percaya pada air tangan kita sendiri atau air tangan setiap tukang masak adalah berbeza...Bila dah penghujung masakan bila nak finishing tu, air tangan kita lah yang menentukan masin masam manisnya..kat situlah kebanyakan rahsia tukang masak kat luar sana..


Dan pesan ummi,
bila masak takyah guna bahan perasa@ ajinomoto ye.
Ummi tau kat luar sana bila kita makan rata2 yang sedap tu memang letak Pak Aji /MSG. atau apa2 bahan perasa.Itu kita tak dapatlah nak elak dari memakannya.
Ummi rasa letak Pak Aji ni tak original lah bagi masakan itu.
Tanpa Pak Aji, tetap boleh sedap sesuatu masakan itu. Kesan sampingan pun kita tak risau.
Alhamdulillah, nenek dan ummi sekeluarga tak gunakan ajinomoto dalam masakan untuk keluarga..
Sedap ke tak sedap ke, biarlah original dari bahan2 yang ada...
insyaAllah...

Breadmaker

Ini peralatan dapur yang ummi sedang teruja.Terima kasih Abi kerana memahami dan menghadiahkan untuk kita sekeluarga.

Kini menantikan shippingnya yang akan sampai beberapa waktu lagi..
InsyaAllah...

Kek dari Chatrium

Tadaaa...
Ummi berangan jugak nak buatkan kek untuk harijadi Abi.Hajat tak kesampaian lagi ni..
Kena mengakulah tak pandai buat kek yang moist lagi rich ala2 kedai tu..

Ummi memang belum pass lagi buat kek dan pastri.
Akan diusahakan jugak sehingga berjaya.

Chatrium Residence ni baik hati beno bagi kek kat kami yang dok sini.
Walaupun lambat sehari, usaha mereka tu agak dihargailah..
Telan air liur jugakla bila tengok kek ni, apakan daya ummi tak berani nak makan...sebab tak ada tanda 'halal'..Boleh je nak berbaik sangka ye... cuma ummi pilih untuk merasa ragu dengan makanan kat sini.. bahan2 seperti shortening, ovellate, dan wine yang tak halal boleh jadi dimasukkan sebagai bahan utama dalam kek maka ummi rela tak makan..

Maka, ummi pun sorokkan dari pandangan kakak dan adik sebab nnti ummi tak sampai hati nak tolak permintaan awak berdua..
Senyap2 Abi bawak ke pejabat esoknya dan diberikan pada officemate Abi..
InsyaAllah satu masa ummi buatkan kek lelawa untuk kalian ye, ;))









Ikan Selar Goreng, Udang Masak Merah, Sayur Campur Sotong

Lagi2 sayur campur.

Sebenarnya ummi nak buat sotong goreng kunyit, dok leka masak ummi terlebih bubuh air.
tak semena2 banjir dan jadi lah sayur sotong masak air..
Syukurlah kakak makan..

Udang Masak Merah





Kek Pisang Harum dan Lembut

Memang sedap kek pisang ni.
Mak Tam@atam awak yang bagi resepi kat ummi.
memang tak mengecewakan.

Jom try buat,

Bahan-bahan;

- telur putih 4 biji
(ummi derhaka sebab sayang kuning telur tu, maka ummi guna 3 biji telur)
-Gula kastor/ gula yang telah dikisar 1 cawan
-ovellate sesudu. (pastikan yang halal). tak ada pun tak apa
-Pisang 4 biji.saiz sederhana dilenyek dahulu
-Tepung gandum 2 cawan
-Baking powder sesudu besar
- Esen vanilla sesudu
-Soda Bikarbonat 1/2 sudu kecil
-Butter/ minyak masak secawan (sini butter mahal, ummi guna minyak masak)

Cara-cara

Panaskan oven 170 drjh dalam setengah jam.

1. pukul putih telur hingga kembang
2. campurkan gula dan pukul hingga berbuih dan ringan
3. masukkan pisang yang telah dilenyek
4. masukkan tepung, baking powder, soda bikarbonat, esen vanilla dan kacau satu arah hingga sebati ( kacau perlahan)
5. setelah sebati,tuangkan minyak/ butter yang telah dicairkan
6. sapukan loyang dengan minyak atau marjerin,
7. tuangkan adunan ke dalam loyang dan masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan.

Bakar pada suhu sama 170 selama 40 minit atau sehingga masak.
Gunakan oven api atas bawah tanpa kipas.
Tidak membuka oven sehingga masak.
Cucukkan lidi/ garpu pada tengah kek untuk tahu sudah masak, jika basah dan tepung melekat, belum cukup masak dan tambahkan lagi beberapa minit.
Sebaliknya jika lidi/ garpu kering dan tiada adunan melekat menandakan telah masak.

Tunggu sedikit sejuk sebelum di terbalikkan kek dari loyang dan dipotong.







Siakap 3 Rasa, Telur dadar Ayam Cincang & Sayur Sawi Cina dgn Tauhu Kering



Telur Dadar Ayam Cincang


Bahan - bahan
- isi ayam potong halus
- bawang besar separuh biji - hiris
- bawang putih 2 biji - hiris
- halia 1 inci - hiris
- lada kisar / sos cili & sos tomato 2 sudu
- serbuk lada sulah/ lada hitam
-capsicum 3 warna dipotong dadu atau mix vege atau lobak dan sayuran yang dipotong kecil
- daun limau purut jika suka
- garam gula secukup rasa

cara- cara

- panaskan minyak,
-tumiskan halia berma bawang putih hingga naik bau dengan api sederhana
-masukkan isi ayam yang telah dicincang/ dipotong
-Agak2 telah masak, masukkan lada kisar atau sos cili dan tomato secukup rasa
-masukkan bawang merah yang telah dihiris
-Masukkan capsicum atau mix vege
-Taburkan serbuk lada sulah/ lada hitam
- gula secukup rasa
-Daun limau jika suka


Gorengkan telur dadar seperti biasa.
Tuangkan ayam yang telah masak keatasnya.
Sedia untuk dimakan.

Sawi Cina dengan Tauhu kering Masak Air


Bahan- bahan

-bawang merah 2 biji
-bawang putih sebiji
-bilis sejemput
-sawi cina di potong
-tauhu kering yang telah direndam awal hingga lembut dan dipotong
-sedikit minyak zaitun dan garam
-Air


cara-cara

-setelah panas minyak, tumiskan bawang2 dan bilis
-masukkan air dan masak hingga didih
-masukkan sayur dan matikan api sebelum layu
-sedikit garam

jika mahu lebih sehat tak perlu minyak hanya didihkan air dan masukkan kesemuanya hingga masak.


Ikan Siakap 3 Rasa

Resepi later ek hihihi...

March 21, 2013

Laksa Johor untuk Hari Lahir Abi ;)





March 20, 2013

Nasi Goreng USA





Kari Ayam, Daging Burger Goreng Sambal,& Sayur Campur



Kari Ayam





March 14, 2013

Udang Masak Lemak Cili Padi