April 29, 2013

Kuih Bakar Pandan

Lewat 2 minggu ni, mmg ummi agak sibuk memasak.Tok Ayah awak datang sini temankan kita. Ummi pun lebih banyak duduk kat dapur prepare sarapan, minum pagi, lunch, minum ptg dan makan malam.
Alhamdulillah diberikan kekuatan oleh Allah untuk ummi melakukan semua tu..
kalau tak, ummi cuma prepare yg wajib je lah, sarapan, lunch dan makan malam. selalunya, lunch ummi tak masak berat, just masak untuk ummi dan anak2,dinner baru masak berat tunggu Abi balik keje.

bila ada tetamu kat rumah, mestilah kita akan hidangkan yg fresh ye tak.
Ni antara kuih yg ummi suka makan.Dah buat beberapa kali cuma yg ni pulak kurang molek kejadian rupa parasnya sebab ummi terr bubuh bijan terlalu banyak, dia jadik merekah.Topping pulak tak sempat bakar lama hingga kuning nak makan cepat sangat haha..nak sedap atas bawah biar berkerak sikit,

Resepi dari Azie Kitchen, nnati ummi copy pastekan ok.Thanks Azie.





April 24, 2013

Triffle Abi :*

Sejak dari Msia lagi Abi mmg pakar buat triffle ni sebagai desert pilihan ummi.
Ummi pernah buat tapi tak semolek macam Abi buat, ummi buat kastard pernah berketul,kurang manis dan tak menjadiklah.
Sebab tu, ummi serahkan kat Abi untuk buat triffle ni.
Resepi kena tanya kat Abi lah.Nanti ummi mintak Abi tuliskan resepi kat sini ek.
Simple sangat dan perlu kemahiran jugak hihi..
Jom layan photos.













April 23, 2013

Jejemput Ikan Bilis.

Ini favourite kakak, hidangan paling simple dan sedap ketika panas!
Kadang tak tentu masa mintak ummi buat jejemput.
Alahai mujurlah senang je kan wp kadang tu malas jugak.
Makan panas2 lawankan dengan sambal kicap atau sos thai, nyum2.

Bahan-bahan

tepung gandum
sebiji telur
bawang merah
bawang putih
bilis
garam+ air


Cara-cara

tepung sediakan banyak mana ikut suka, bersesuaian dengan nisbah yg lainnya.
pukul telur
bawang merah, putih dan bilis ditumbuk.Masukkan ke dalam tepung.masukkan air garam sikit demi sedikit sambil kacau adunan. bila dah sebati, masukkan telur yang telah dipukul tadi. kacau lagihingga sebati.Jangan terlalu cair atau pekat.

Panaskan minyak betul2 panas. masukkan adunan menggunakan sudu.
jaga api dan balikkan supaya tak hangus.
Sedia untuk dimakan.




April 22, 2013

Cheese Tart

Nak buat cheese tart ni kena rajin.tak susah mana cuma renyah, lelebih lagi masa nak boh dalam acuan kan..bercinta ummi kat meja makan mengadap.As usual,abi dgn kakak rajin tolong..ambik masa 3 hari jugak br sempurna kejadian hihi.Pastri dia siap separuh hari je siap bakar untuk 100 biji.dek kerana xsempat, ummi simpan dulu shell tu dalam tupperware sampai ummi rajin nak buat filling cheese.

Resepi pastri ni sedap dari mamaliza.
Resepi cheese dari Azita.
Lapang2 nnti ummi kongsikan ek.

Untuk first trial ni mmg kurang molek lah, buat pun dah malam tercatuk2, ummi kena nipiskan pastri kat acuan dan tambahkan cheese next time!
Alhamdulllah rasa dia boleh tahan..;p

















April 18, 2013

Home Made Satay!

Waduuh..
Kok kepinginnya macam2 skrg ni buk?
Nak satay la pulak.
Apalagi, buatla ummi?errk... tak susah ke?
Mujur ada Awan datang, chef d mission.dengan tunjuk ajar Awan dapatlah kita makan satay ye nak.Terima kasih banyak Awan!!
dan untuk Abi plak, thanks jugak, sentiasa setia membantu meringankan tulang kat dapur! puji skit biar tambah rajin ;p
Macam biasala, awak kanak2 riang berdua takmo makan..sian ummi tau?

Jom layan photos dulu.Resepi kendian, tunggu ummi expert.nak kena buat lagi sampai pandai. Hak yg ni, ayamnya termasin pulok, hak daging macam dry skit.Takpe, usaha lagi ummi jgn putus asa k?




















Roti Canai Kari Ayam

Ummi ni kalau buat kari sama la macam asam pedas, rasa dia berubah2, kejap sedap kejap tak.
Mana taknya asik la cuba resepi macam2, pastu lupa mana satu resepi yang serasi.

Kali ni ummi dah jumpa resepi yang kena dengan tekak ummi dengan Abi,hehe Abi kata maintainkan resepi ni,

Thanks to Mama Liza, ummi mintak resepi dari dia sbb kari daging dia mmg sedap.
Kali ni ummi try buat ayam plak, lawankan dengan roti canai segera brand 'Kawanku'. Mmg rangup roti canai tu hehe....bila lah pulak nak reti buat roti canai ni? rasa macam lambat lagi jek hihihi..


Bahan-bahan

-Bawang merah,bawah putih dan halia. Nisbah dia? macam biasa, tengok besar mana periuk, banyak mana kari dan ayam kita, agak2 sendiri.tapi bawang merah@besar mesti lebih laa dari bawang putih

( blendkan kesemuanya)

- cili kering dikisar sama nisbah spt di atas ummi pakai 1 sudu jika serbuk kari 2 sudu.
- serbuk kari ayam faiza, ummi biasa pakai ni sbb brand melayu hihi, awas agak pedas so guna 1-2 sudu cukup

( gaulkan sebati cili kisar dan serbuk kari dengan sedikit air)

-santan
-2 btg kayu manis, 3 biji bunga lawang dan beberapa biji buah pelaga
-kentang, potong banyak mana dan ikut suka
-daun kari jika ada
-minyak masak
-garam gula secukup rasa
- sedikit asam jawa @ sekeping asam keping


Cara-cara

Panaskan minyak.
Tumiskan kayu manis,bunga lawang, buah pelaga hingga naik bau,
masukkan bahan kisar bawang merah putih halia, kacau hingga harum
kemudian masukkan serbuk kari dan cili kering kisar yang digaul tadi.
Tunggu hingga betul2 naik minyak.Jaga api supaya tidak hangit.

Masukkan ayam/ daging.Tunggu sekejap hingga air ayam/ daging kering.jaga api, balikkan ayam perlahan supaya masak tetapi jgn sampai hancur.

Masukkan santan dan kentang.Jika terlalu pekat masukkan sedikit air.

(Jika daging, masukkan air dahulu, bila daging dah lembut baru masukkan santan)

Jaga api supaya tidak pecah santan.

kemudian, masukkan daun kari, asam keping / asam jawa, garam dan gula secukupnya.
Agak setelah kentang,ayam atau daging masak boleh tutup api.
sedia untuk dimakan.


April 17, 2013

Nasi Kerabu Orang Johor ;p

Ini nasi kerabu kelantan.
Inilah kalo orang teringin makan macam2 dan takde jual.Semuanya kena lah buat sendiri kan...Daripada tak pernah tau belajar dan boleh lah makan..

Dah few times ummi buat nasi kerabu ni tiapkali teringin..mujurlah tak susah jugak dan bahan2 nya senang dapat kecuali bunga telang dan bunga kantan.kebetulan Tok Ayah datang ni kirim bunga kantan 3 batang, dapatla ummi buat kerabu, laksa dll..resepi ummi ambik dari Azie Kitchen.Nanti ummi kongsikan.

Jom makan!

April 12, 2013

Slurrrrpp Soto..

Ni masak untuk late breakfast merangkap lunch.Silap2 untuk dinner sekali nanti hihihi..

Alhamdulillah ummi dan Abi makan dengan khusyuknya, adik pulak tak mau makan sotonya.
Mood makan adik tiba2 swing semula, sebelum ni dah baik.
Kurang selera ummi bilamana anak2 tak berapa nak makan bila ummi dah masak tau.
Nikmat memasak ummi akan datang bila semua makan bersama dengan banyaknya.
Mujur adik nak gantikan dengan biskut2..buat mengisi perut.
Alhamdulillah atas nikmat rezeki makanan yg ada pada hari ini.



April 11, 2013

Burger je?

Malam ni kita makan bege je ye bi.
Kakak mkn separuh tak habis.
Adik ummi bagi makan biskut hup seng cecah milo aci tak?ngeee..
memang mood masak ke laut nih!



Mee Bandung Bangkok.

Adeh, ummi ni tiap kali blogwalking tengok resepi org, maulah asek menelan ayaq liuq je keje.
Dalam kepala ni macam2 benda nak buat...kebanyakannya agak susah nak dapatkan bahan2 sebab takde laa chop 'halal'..sedih tau...
Dulu kat msia suma ada, takdok lak rajin nak masak...kat sini jenuh laa hai nak carik kadang tu dah redah tesco,makro pun xjumpa..

kadang nak carik tepung pun tak reti sebab pakai tulisan siam, harap kan ada gambo je laah..mana satu tepung beras, tepung jagung, tepung kanji, huwaaaaaa........stress kut nak carik bahan..pastu kalau ada chop halal wowie rasa nak melompat kegirangan...huhuhu dasyat kan..
yg sebenonya mungkin ada banyak, cuma ummi ni yg tak jumpa tempatnya..uwaaaa


Jom makan mee bandung panas2 pedas2!!

April 10, 2013

Muffin Chip Chocolate








Sekarang ni mood memasak agak ke laut. Sebab dah selalu gi laut nak masak pun jadi liat. Dah masak2 nak amik gambonya pun tak sempat..

Ni, usaha ummi nak buat muffin yang tak jadik haritu. hasil kali ni masih belum memuaskan hati. Ini hasil bakar yg pertama ummi guna kipas oven, so next time ummi, kipas oven kena tutup bila bake muffin, barulah dia tak dry dan naik gebuss..
gambar hasil bakar yg gebuss tu tak sempat nak amik dah habis ngap masuk mulut.
Resepi ummi tak rajin hari ni. Next time ummi buat lagi k?

April 9, 2013

Sambal Tempe Jawa

Minggu lepas kawan Abi outstation ke Toyota Indonesia seminggu, maka kita dapatlah tempe ole2 dari Indon, alhamdulillah...tima kasih Ummi Yan sekeluarga..

Dah lama ummi nak buat sambal goreng jawa ni,
ummi perturunkan resepi yg nenek bagi, sgt simple dan sedap.

Bahan-bahan
- tempe hiris halus di goreng sedang2 tidak terlalu kering garing atau basah
- kentang hiris halus di goreng kering
-ikan bilis kecil digoreng garing
( kacang tanah jika suka, digoreng)
ummi masih dalam zon bahaya, tak berani makan kacang takmo sakit gigi..

- lada kering dikisar ( nisbah: bergantung kepada banyak mana kuantiti tempe,kentang,bilis,kacang - 4 ke 6 sudu)
-bawang besar dan bawang putih dikisar ( nisbah: bawangmerahlebihkan dari bawang putih, bergantung kepada banyak mana tempe)
-sedikit air asam jawa
-garam gula secukup rasa

Cara-cara

-goreng semua tempe,kentang,bilis dan kacang dalam minyak yg cukup panas, kemudian kawal dalam api sederhana, sentiasa kacau/jaga supaya tidak hangus@hangit kerana akan menjejaskan rasa.

-setelah selesai, panaskan minyak, tumis bawang merah@ besar dan bawang putih yg telah dikisar hingga naik bau
-masukkan lada kisar, masak hingga naik minyak.
-setelah lada agak masak, masukkan sedikit air asam jawa.kacau rata
-masukkan garam dan gula, lebihkan sedikit gula agar rasa sedikit manis
setelah gelegak, masukkan semua tempe, kentang, bilis dan kacang.
- kecilkan api, gaul hingga sebati dan rata.

siap untuk di makan bersama nasi panas!

* jika mahu kentang dan bilis lebih rangup, biarkan hingga sejuk sambal tadi, barulah dimasukkan kentang dan bilis kemudian gaul rata.ikut pada citarasa masing2.





Ikan Tenggiri Masak Kicap

Sedap ek ikan tenggiri yang fresh, isi dia kenyal dan manis.

memang sesuai untuk di masak kicap.
jom masak,

bahan-bahan,
-ikan tenggiri. 2 potong Lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam.
-bawang besar 1 biji dihiris gelang
-bawang putih 2 biji dihiris
-halia 1 inci dihiris
- 1btg kayu manis dan sebiji bunga lawang
- 1 biji tomato potong 4
- 1 biji lada merah dihiris.
- kicap manis ( ummi suka kicap jalen)
-garam gula sedikit saja
*** sos cili jika suka

cara-cara
-goreng ikan tenggiri, jgn terlalu garing kering,agak2 cukup masak.
-panaskan minyak, tumiskan bawang besar,putih dan halia. Masukkan kayu manis dan b.lawang.tumis hingga naik bau harum.
- masukkan kicap pekat or manis agak2 cukup kuah. jika terlalu pekat, masukkan sedikit air,
-masukkan tomato.dan lada merah
**jika mahu sedikit likat dan menambah rasa, masukkan sedikit sos cili jika suka
-garam dan gula sedikit.tak perlu banyak kerana kicap sudah kuat rasanya.

setelah mendidih, siramkan kuah kicap ke atas ikan yang telah digoreng tadi.Makan ketika panas..
boleh juga masukkan ikan ke dalam kuah kicap dalam kuali tadi.







Tenggiri Masak Kicap,Sambal Tempe Jawa, Kailan Goreng Belacan & IkanKembung Goreng



April 8, 2013

Tefal Actifry ;Chips @ Fries

Hari ni cuti umum.Abi cuti dan buatkan kita sarapan pagi! Thanks Abi we love you!

-Scramble egg with baked bean and chips.
erk, roti bakar tiada dalam gambar!

dan, fries@ chips tu Abi masak tanpa setitik minyak mahupun garam di dalam Actifryer!


April 6, 2013

Tefal Actifry : Chicken drummet

Ok meh guna apa yang dah kita beli, toksah dok buat hiasan dalam lemari.
Ummi memang tak berhajat nak beli pinggan mangkuk ,koleksi tupperware mahal2 pastu display lah dlm almari kaca buat pemandangan,kan.

Sama halnya dengan barangan letrik, beli kalau lama tak pakai nnti dia rosak sendiri. pengalaman sebelum ni, mixer dgn oven hadiah kawen, dek kerana ummi ' rajin ' sgt buat kuih n memasak dulu..sampai merajuk keduanya, pakai pun tak pernah alih2 tak idup terus.

Balik klinik gigi tadi terus decide nak goreng drummet ayam pakai actifryer ni.Buat express punya, serbuk kunyit+garam+daun kari+minyak sesudu. sudu dia dah providekan.Masak 30 minit seperti arahan.
Jom layan apa hasilnya.

Abi kata rasa dia sama je macam goreng ayam biasa.
Tak rasa kering pun sebab ayam ni keluarkan minyak dari lemak dia sendiri.
Jimat minyak,kan?
Kalau philips Airfryer langsung tak guna minyak pulak.nnti ummi bezakan hasil dan function keduanya k.