May 31, 2013

Bilis Goreng Cili & Kentang

ni satu lagi menu orang rajin.
Tak payah pikir banyak sekarang ni masak yg simple je takyah berdiri lama.

Bahan2

Bilis digoreng
Kentang hiris dan digoreng
bawang besar hiris
bawang putih
Cili padi/ cili merah
minyak
garam

Cara2
setelah goreng bilis dan kentang,
tumiskan bawang2 dan cili padi.
setelah naik bau masukkan bilis dan kentang.
garam sikit sahaja sebab bilis dah masin kan.
sedia hidang dan makan ketika panas lawankan dengan sambal belacan walah!

Sayur Campur Udang Sotong

Ini last stok seafood dalam fridge.
Mujur esok cuti Abi kena gi pasar shopping stok seminggu macam biasa.
Bila bahan tak banyak kita goreng2 kan aje senang takyah pening2 nak sambal ke nak apa ke.

kaedah dia macam biasa sebelum2 ni pernah tepek rasanya.
Takpela sementara tunggu Abi balik ni ummi tepek lagi.

Bahan2

udang sotong hiris, ratakan dengan serbuk kunyit dan sikit garam
sayuran ikutlah apapun nak letak
bawang besar selabu di mayang
bawang putih 2 biji hiris
halia hiris
cili padi 5-6 biji dihiris
garam secukup rasa

Cara2

Panaskan minyak,
goreng udang sotong tadi agak masak, jgn terlalu lama.ketepikan
dengan baki minyak, tumiskan bawang merah, putih, halia, cili padi..
agak naik bau, masukkan sayuran hingga agak lembut
Masukkan semula udang sotongbtadi,gaul rata dalam 3minit
tabur sedikit garam secukup rasa
sedia dihidangkan

May 23, 2013

Daging goreng kunyit

Satu lagi menu simple.

Walaupun ummi gunakan daging segar, biasanya ummi akan rebus kejap sekitar 15 -20minit sebab dah masuk dalam peti ais kan.kalau balik pasar terus masak tu tak perlulah rebus.
tak tau la dari mana dapat teori tu hahaah sukahati je,

Bahan-bahan
daging segar hiris nipis
serbuk kunyit
garam
bawang besar
bawang putih
halia
cili padi
garam secukup rasa

cara-cara
lepas rebus daging, lumurkan daging dengan serbuk kunyit dan garam.perap 15-20 minit.
gorengkan dalam minyak panas dengan hirisan halia. jgn goreng terlalu lama, nanti kering sgt jadi liat pulak sbb dah rebus kan tadi,
ketepikan daging agak2 warna telah kekuningan, tumiskan bawang merah putih dan cilipadi dalam lebihan minyak yang sama, setelah naik bau, masukkan semula daging tadi.kacau hingga sebati.garam sedikit.
sedia dimakan.

May 21, 2013

Nasi Aye

Kan..dah lama tak tepek resepi.
Ummi dah hujung2 ni tak rajin dah nak gi amik ipad snap2 gambo gitu kan..
Lepas hidang teruss ngappp je makan...

Ni tadi ipad kat sofa senang je capai. Resepi ummi dah tepek kat entry lama..
Untuk nasik ayam ni, ummi perlukan lebih kurang 2 jam untuk siapkan asalkan takde gangguan dan ayam dah defrost sebelum masak..sebab apa lama sampai 2 jam, sebab ayam tu nak perap dalam stengah jam, pastu nak rebus dulu ayam nak dapatkan pati ayam..haaaa masa tu kan.
Ni tadi sempat berwhatssap2 kat dapur mana la tak lambat, makan masa 2jam 1/2 baru siap.
Jom makan.


Keria yg keras

Hihi inilah akibatnya kalau derhaka pada resepi.tak habis berguru lg, baca resepi pun tak abes dan2 terus buat jirus tepung kat keledek macam nak buat roti.adehai, kuih yg senang camni pun failed ek mi. uii senang2 pun banyak pantang larang, keledek tak leh rebus lama sgt, kalo keledek kuning tepung kena lebihkan,kalau doh masih melekat kat tgn, bentukkan doh dengan minyak masak kat tgn, adeh mmg laaa....
Nanti kalo jumpa keledek ummi try buat lagi ek..

Sedap tau keria ni kalo dpt yg lembut panas2...ngencesss mak okeh..

May 20, 2013

Garispanduan memasak.

Ummi kini berusaha mengikuti guideline ni, walaupun ummi tak tau kesahihannya.
Jika ia baik untuk kita sekeluarga, tidak perlu banyak tanda tanya..tak rugi apapun jika kita berusaha mencuba, sehingga ada fakta lain yang menafikannya.

Antara lain yang ummi baca adalah makanan laut dan makanan darat tak boleh bercampur dalam hidangan.
maksudnya kalau makan seafood, toksah ada daging atau ayam dalam satu hidangan atau santapan tu..takpe nanti ummi carik sumber yang muktabar ek.
maksudnya kalau ummi masak seafood, takyah la ada masakan darat ek?haisyh diri seendiri pun konfiuss..

So, pasni bila order makanan kat restoran pun agak mencabar juga yerk nak tune balik nafsu dan tekak ni..cuba dulu baru tau ye.

May 14, 2013

Ayam Penyet Ummi!

wahaha...umi masak semua ni ok, percaya tak?ngeh3...

tengok rupa pun tau tipu yek.
kalau dah tekak jawa, ke mana2 pun mesti nak masak dan makan masakan jawa..
western and fusion sekali kala tu ade la jugak masak setakat bolognese,olio, carbonara, pizza,lasagne, etc etc mana yg simple2 tu bolehlaa.. cuma kebanyakan masa harus mkn nasik gak walaupun sikit. apo nak buat nak,dah kita ni berdarah dan keturunan raja eh java gitu kan.


satu hari Abi beritau ada restoran Indo baru bukak kat Bangkok ni.Kawan Abi kat office uncle Zuvarkhan dari Indonesia dah pernah pegi. Huhu sukanya hati terus terbayang Ayam Penyet nih.
Restoran Rasa Khas kat Sukhumvit Soi 23.
Agak sedih datang kali pertama, tutup.Kali kedua datang ayam penyet habis.
Wehh telan ayaq liuq tau...
Kali ketiga dengan Mamaliza, alhamdulillah hilang kempunan..Pastu Abi tapau beli dan kali ni kali ke lima ummi datang makan menu yang sama.
Sedap beno ke?
Boleh laa....kalau nak buat sendiri malas hang jangan nak komplen masakan orang.
Renyah jugak kalau nak bikin ayam ni, kena perap lah bagai, pastu mana nak carik tempe yang oi...datang je sini satu hidangan lengkap cuma Rm14 je. Tau jelah kat sini makanan halal agak mahal, 2 kali ganda harga kat Malaysia bergantung pada jenis masakan la kan.

Cuma nama ayam penyet ni kat sini adalah ayam kremes.What ever lah dik non.
Lagi satu tu Gado- gado hew2 dia letak nasi impit dan keropok emping.Fuhh...sedap lah.
Ummi dah masukkan menu2 ni dalam wishlist senarai masakan yang ummi akan buat sendiri nanti.Bila tu taktau lagi hihihi...

lagi satu, ada plak cendol...alahai..bikin telan ayah liuq lagi..satu2 nya tempat yg ummi jumpa ada jual cendol halal, Alhamdulillah...
Dah lama teringin cendol,ni sampaikan Mamaliza sanggup buatkan homemade utk ummi tau..
So kind and thoughtful Mamaliza..
Mama Ida & mama Yan pun susah2 buatkan ummi Sagu sebelum ke Krabi haritu..

Syukur dapat jiran yang baik2..Sebab tu Rasulullah berpesan berbuat baiklah dengan jiran2..
Kalau kita tak dapat buat apa2 pun , sekadar memberikan senyuman pun dah kira sedekah kan..
ok, nak bersiap lah nak hantar ziyad gi Art Class pulak.

*pssst. tu gambo yg bawah sekali tu, siap tapau lagi tau buat makan malam.kemaruk kemain lagi kan hihi...







May 9, 2013

Sotong goreng ketumbar jintan

Ummi kerap sakit pinggang skrg..rasa mcm org tua2 pun ada.sakitnya menangkap ke tulang.
harus bergantung pd yoko2 gosok kat blkg.
walau apapun selagi berkudrat insyaAllah ummi tetap akan masak jugak setiap hari walaupun menunya sangatlah simple.Alhamdulillah abi pun tak pernah cakap apa, sentiasa mkn ape yg ada..

hari ni, ummi tandus idea nak masak apa.Lauk dalam fridge semua mesik keras kebatun sebab dok dalam fridge lagi jam 4 lbh baru keluarkan sotong.Blogwalking dapur Mat Gebu jumpa lak resepi mudah ni takyah guna lada kering sbb ummi tak buat lagi stok lada kisar minggu ni.
Jom tengok apa yg boleh dibuat dengan sotonggggg....Ummi lawankan dengan sayur kubis cina dan ikan goreng.Alhamdulillah.
Tima kasih Che Mat Gebuuuu...atas resepi dan ideanya;)

Bahan-bahan
400 gram sotong saiz sederhana, -ummi ada 6 ekor saiz sederhana
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris bulat
2 ulas bawang putih, hiris
1 tangkai daun kari, dilurut
Garam dan gula secukup rasa
1 biji limau kasturi perah jusnya
1 camca teh serbuk kunyit*
1 camca teh serbuk ketumbar*
1/2 camca teh serbuk jintan manis*
1 camca besar cili flakes* - ummi pakai lada hidup je,cili padi pun habis stok
Cili merah, didadu kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Sotong dibersihkan, buang kulitnya. Kemudian kelar2 sotong tadi, tapi pastikan tidak putus. Buat untuk setiap ekor, cuci bersih dan toskan. Kemudian gaul dengan bahan2 bertanda (*) dan perap 20 minit dalam peti sejuk.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan daun kari hingga harum. Masukkan sotong yang diperap tadi, gaul rata dan masak hingga sotong berubah warna, tambah hirisan bawang (leraikan), kacau rata.
Tambah jus limau kasturi, garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap dan rasa jika ok boleh matikan api. Tabur cili merah yang didadu kecil sebelum menghidang. Sedap dimakan panas..



May 3, 2013

Siakap Rebus

Marilah ummi rasmikan kuali baru meyer hehe baru sekali pakai performance best.Masak yang simple memangla tak heran.Pasni tengok cemana ek bila menggoreng.

Dah lama tak tepek resepi sebab penyakit MALAS datang.
Malam tadi buat siakap rebus je sangat sangat sangat simple dan sehat.tanpa minyak lah katakan.
Sebelum ni guna oven agak dry texture ikannya. Yang rebus ni sebijik rasa dia macam siakap stim, kalau tau lama dulu dah lama ummi buat. Ini konon sebab tak bawak pengukus so tak syokla nak buat siakap stimm kan. Alasan.

Bahan-bahan

ikan siakap
-lumurkan rata dengan garam dan sos tiram. perap 15 minit

bahan hiris
-serai 2btg diketuk
- halia
-bawang merah
-bawang putih
-daun ketumbar,bau dia memang sedap wooo semerbak, kalau takde boh daun sup.
-cili padi
-tomato
-limau nipis
-lengkuas jika ada
-lain2 sayuran jika suka

* nisbah, ikut suka nak letak banyak mana

cara-cara

-masukkan air dalam kuali bersama serai, halia, bwg merah dan putih,cili padi dan lengkuas.
-setelah mendidih masukkan ikan siakap yang telah diperap tadi.tutup kuali.
-terbalikkan ikan dengan berhati2 untuk jaminan masak sebahagian lagi.jika khuatir ikan hancur siramkan dengan air rebusan ke atas ikan atau lebihkan air meliputi ikan.
-setelah ikan kelihatan masak, masukkan tomato, daun ketumbar dan limau nipis yg dihiris.
- perasakan dengan garam dan sedikit gula.
-sedap you!simple sgt kan?

Kuali lagi?

Dulu takde nya la ummi nak herankan dengan kuali periuk ni semua.
Pakai je kuali yang ada telinga tu haa senang.
Periuk belanga pun pakai hadiah orang bagi.Tak pernahnya nak membeli.Masak bukannya selalu pun kan.

Cuma masa gi Langkawi tahun 2009 kalau tak silap ada beli set visions, mmg berbaloi, pakai sampai sekarang elok lagi.Sampai pernah makanan hangit dalam tu, periuk visions tu maintain je rupa..

Bila duduk sini, dapur yang di providekan adalah electric cooker.tak menggunakan gas mahupun tungku macam kat rumah kita tu.Bukan jugak induction cooker. Maka kuali telinga yang bontotnya bulat semua tak boleh lah guna.
Mereka ada providekan set periuk 3 biji, kuali pan 2 biji brand seagull stainless steel dan agak berat.

Lama2 bila dah pandai cuci mata dan cuci duit, ummi dapati harga kuali periuk belanga kat sini agak menggoda, lebih2 lagi jenama Tefal, Zebra, Seagull, Meyer dll.
Kelmarin, ummi berhajat nak beli grill pan.Oleh sebab mengandungi teflon, ummi kanselkan hajat. Taulah ummi ni angin tgh kus2 masa tu, bgtau abi nak beli grill pan tu je, sekali di bawak baliknya 2 kuali lain.Sorry Abi.

Satu kuali stainless steel jenama meyer ada discount 20% harga rm125 jadi rm100
Satu lagi pan jenama tefal 6 layer 2 coating ada discount 40% harga asal rm219 jadi rm 131

Untuk yang base mcm tefal ni, kaler hitam dalam dia, bila memasak mmg suka, tak melekat bila menggoreng dan senang nak cuci.Goreng mee ke apa, rilek jer..Cuma penjagaannya agak sensitif, tak boleh atas api yg terlalu panas, bila panas2 jgn cuci dulu, tunggu sejuk, takmo pakai span yg keras apatah lagi berus dawai, sudip senduk pun kena pakai kayu ataupun yg hitam tu.tak mo guna sudip senduk besi.Haaa leceh kan, nnti coating dia terkopek daah tak bleh pakai.Pastu elak la dari guna buat goreng ketam ke apa ke yang berunsur tajam nnti effect jugak pada coating dan layer dia...manja sangat kan..

Yang stainless steel tu mmg tahan lasak la...cuma maybe bila tak kena gaya melekat/sticky kat kuali tu esp bila bab menggoreng ikan ayam ke kan..so make sure api panas betul dan anggaran minyak kena sesuai.
Ummi tepek gadjet2 ni semua bersebab, ummi nak record time ummi beli so boleh tau jangkahayat dia, dan harga dia berapa so next time bila nak beli pape boleh compare harga.