May 14, 2013

Ayam Penyet Ummi!

wahaha...umi masak semua ni ok, percaya tak?ngeh3...

tengok rupa pun tau tipu yek.
kalau dah tekak jawa, ke mana2 pun mesti nak masak dan makan masakan jawa..
western and fusion sekali kala tu ade la jugak masak setakat bolognese,olio, carbonara, pizza,lasagne, etc etc mana yg simple2 tu bolehlaa.. cuma kebanyakan masa harus mkn nasik gak walaupun sikit. apo nak buat nak,dah kita ni berdarah dan keturunan raja eh java gitu kan.


satu hari Abi beritau ada restoran Indo baru bukak kat Bangkok ni.Kawan Abi kat office uncle Zuvarkhan dari Indonesia dah pernah pegi. Huhu sukanya hati terus terbayang Ayam Penyet nih.
Restoran Rasa Khas kat Sukhumvit Soi 23.
Agak sedih datang kali pertama, tutup.Kali kedua datang ayam penyet habis.
Wehh telan ayaq liuq tau...
Kali ketiga dengan Mamaliza, alhamdulillah hilang kempunan..Pastu Abi tapau beli dan kali ni kali ke lima ummi datang makan menu yang sama.
Sedap beno ke?
Boleh laa....kalau nak buat sendiri malas hang jangan nak komplen masakan orang.
Renyah jugak kalau nak bikin ayam ni, kena perap lah bagai, pastu mana nak carik tempe yang oi...datang je sini satu hidangan lengkap cuma Rm14 je. Tau jelah kat sini makanan halal agak mahal, 2 kali ganda harga kat Malaysia bergantung pada jenis masakan la kan.

Cuma nama ayam penyet ni kat sini adalah ayam kremes.What ever lah dik non.
Lagi satu tu Gado- gado hew2 dia letak nasi impit dan keropok emping.Fuhh...sedap lah.
Ummi dah masukkan menu2 ni dalam wishlist senarai masakan yang ummi akan buat sendiri nanti.Bila tu taktau lagi hihihi...

lagi satu, ada plak cendol...alahai..bikin telan ayah liuq lagi..satu2 nya tempat yg ummi jumpa ada jual cendol halal, Alhamdulillah...
Dah lama teringin cendol,ni sampaikan Mamaliza sanggup buatkan homemade utk ummi tau..
So kind and thoughtful Mamaliza..
Mama Ida & mama Yan pun susah2 buatkan ummi Sagu sebelum ke Krabi haritu..

Syukur dapat jiran yang baik2..Sebab tu Rasulullah berpesan berbuat baiklah dengan jiran2..
Kalau kita tak dapat buat apa2 pun , sekadar memberikan senyuman pun dah kira sedekah kan..
ok, nak bersiap lah nak hantar ziyad gi Art Class pulak.

*pssst. tu gambo yg bawah sekali tu, siap tapau lagi tau buat makan malam.kemaruk kemain lagi kan hihi...







0 comments:

Post a Comment