November 9, 2013

Sambal Kerang

Mood menepek gambo masakan telah datang.Alhamdulillah..
sekurang2nya meriah la sikit buku masakan ummi ni.Dah lama dah tak bersentuh kan.. Hari ni ummi pesan kat Abi belikan lah apa apa lauk yang Abi rasa nak makan kat pasar. Abi balik bawak kerang dan request sambal kerang siap. Jom kita buatbsambal kerang jom.

Bahan bahan:
untuk sekilo kerang

Rebus kerang yang telah dicuci bersih. Kalau kat kampung nenek cuci dengan batang pelepah pisang.Maklumlah kerang kadang bila beli masih dalam keadaan kelabu asap dan agak kotor sebab berlumpur maka haruslah cuci sampai bersih so taklah kita merebus bersama air lumpur tu nanti kan.
Ummi rebus bersama halia dan serai yang telah diketuk.
Agak2 mendidih terus angkat dan toskan.Jangan rebus terlalu lama kerana isinya akan kecut dan melekat kulitnya.


-setengah biji bawang besar
-satu biji bawang putih
-cili kering yang telah direbus dan blended
-seinci belacan
-asam jawa
-gula
-garam

Cara -cara

Blendkan atau tumbuk bawang2dengan beacan.
tumiskan bila minyak telah panas.
setelah naik bau masukkan cili kisar dalam 2 sudu.Masak agak lama dengan api sederhana.
setelah pecah minyak, masukkan asam jawa separuh sudu kecil.
masukkan gula dan garam secukup rasa.
masukkan kerang.
setelah mendidih matikan api dan siap untuk dihidang.










0 comments:

Post a Comment