November 9, 2013

Acar


Acar ni paling mudah buatannya.Ada banyak nama lain.Kalau jawa panggil pencuk.
tak kisahla nak panggil acar timun ke nenas ke apa ke kan.
boleh di makan sebagai pelengkap kepada nasi tomato dan ayam merah kebiasaannya.

Bahan bahan:
nenas
lobak
lada merah/hijau
timun
bawang merah
cuka makan /jika ada.ummi guna cap jalen
bijisawi /jika ada
gula sesudu


cara-cara

potong semua bahan atau hiris ikut suka macamana.
campurkan semua bahan.
tutupkan dalam bekas,
masukkan dalam peti sejuk sejam dua sebelum dimakan supaya rasanya sebati dan meresap



Udang Galah Bakar Berempah

Udang adalah my All Time Favourite.Sejak kecik sampai ke tua ni memang ummi suka udang.
Sejak dok siam ni, dapatlah ummi makan udang saiz beso lebih kerap dari dahulu.
sebab apa?murah ke?hmmm harga seafood sini sama macam kat Kolumpo nun...
hihihi....Sebab pasar basah dekat dengan rumah..dan ada jual udang galah  besau...lepas tu ummi kan ada masa untuk memasak...haa..apalagi kan.
Abi beli 3 ekor saiz besar genggam penumbuk.Abi pesan masak la apa2 yg kaler dia merah2..adoi lawak kan Abi.
ummi rasa Abi tu tak sampai ati nak sebut nak request macam2 sebab takut susah ummi nak masak.So dia bagi bayang2 je la..
selalu kalau saiz kecik sikit faveretAbi masak merah.So kali ni ummi nak bakar pulak.
Ternyata sedap kak Kiah oii..


resepi sukahati namanya,
Udang cuci dan buang urat hitam belakang.Belah kulit.
Lumur dengan serbuk kunyit adabi dan garam.
blendkan ketumbar jintan manis jintan putih.
Lumurkan sekali,
Perap dalam peti sejuk setengah jam ke sejam ( lagi lama lagi bagus).
panaskan oven dahulu.
siram ataurenjiskan sikit minyak pada udang2 tadi.
bakar pada suhu 180 dalam 20 ke 30 minit bergantung pada saiz udang.in between bukak oven dan balikkan udang agar terbakar sekata.
walah sedapnya.

Sambal Kerang

Mood menepek gambo masakan telah datang.Alhamdulillah..
sekurang2nya meriah la sikit buku masakan ummi ni.Dah lama dah tak bersentuh kan.. Hari ni ummi pesan kat Abi belikan lah apa apa lauk yang Abi rasa nak makan kat pasar. Abi balik bawak kerang dan request sambal kerang siap. Jom kita buatbsambal kerang jom.

Bahan bahan:
untuk sekilo kerang

Rebus kerang yang telah dicuci bersih. Kalau kat kampung nenek cuci dengan batang pelepah pisang.Maklumlah kerang kadang bila beli masih dalam keadaan kelabu asap dan agak kotor sebab berlumpur maka haruslah cuci sampai bersih so taklah kita merebus bersama air lumpur tu nanti kan.
Ummi rebus bersama halia dan serai yang telah diketuk.
Agak2 mendidih terus angkat dan toskan.Jangan rebus terlalu lama kerana isinya akan kecut dan melekat kulitnya.


-setengah biji bawang besar
-satu biji bawang putih
-cili kering yang telah direbus dan blended
-seinci belacan
-asam jawa
-gula
-garam

Cara -cara

Blendkan atau tumbuk bawang2dengan beacan.
tumiskan bila minyak telah panas.
setelah naik bau masukkan cili kisar dalam 2 sudu.Masak agak lama dengan api sederhana.
setelah pecah minyak, masukkan asam jawa separuh sudu kecil.
masukkan gula dan garam secukup rasa.
masukkan kerang.
setelah mendidih matikan api dan siap untuk dihidang.










Toska Kaka



resepi ni dari kak wati.
kak watie dapat dari kak alita dewa rasanya.
takpe yg penting sedap sgt ummi dan abi suka.
ummi siap beli loyang khas sebab dia perlu loyang yg tak tinggi dan x rendah.tebal seinci lebih jer.ketebalan brownies camtu untuk satu adunan resepi.
kalau loyang panjang sgt nanti butter cake dia jadik nipis.

lain kali ummi tepek resepi.ummi tepek gambar dulu ye.

Kek Marble Favourite Ummi

Ummi ingat dulu mustahil ummi akan dapat buat kek sendiri.
ummi boleh memasak..walaupun rasa dia sedap kat tekak sendiri Alhamdulillah boleh diterima Abi..
cuma baking cake ummi rasa xde passionate.Memang awal2 ummi surrender.
Macam leceh jer..macam payah jer..
nak main tepung bagai..
rupa2nya..selagi tak cuba jangan lah mengalah.
sekali buat memang belum tentu jadi.Buat kek ada pantang larang dia ok.setiap kek sifatnya tak sama.
kek marble antara kek yang ummi suka.
ummi dulu selalu beli kat kedai kek kat sri damansara beli slices je sebab suka sgt.balik dari ambik ziyad kat rumah cik Mah ummi rajin gak singgah.

Alhamdulillah dah boleh buat sendiri sekarang,
Rasa dia?
Pada ummi sedapla kan.resepi ni ummi akan simpan turun temurun...
nnti ummi tepek k.

Ayam Masak Halia

Nasik Lemak Buah Bidara