August 26, 2014

Penutup Ramadhan

Ini #throwback lagi.

Penutup Ramadhan dan masakan akhir di Chatrium.Sathon sebelum berpindah ke Chatrium Riverside.

Marble cake

ini semua #throwback

buat kek ni masa raya ke empat kat dapur mak.
alhamdulillah.
sempat gak baking wp sibuk kesana ke mari.

bila lah oven sini nak mula berasap ni huhu rajin oh rajin silalah dtg!!

August 25, 2014

Selera Kampung.

As always.
Anak kampung selera kampung.

Kari Udang
Bawal Putih Goreng
Sambal Udang Petai
Asparagus Goreng

Kari Sepit Biru

August 19, 2014

Kari Ayam


Kari Ayam
Ayam Goreng Pop
Asparagus goreng

Mood hari ni suam2 kuku
terganggu sikit dengan few things in mind.
plan nak masak nasi ayam.
last minute masak lah apa yang sempat.

resepi kari kali ni yg paling express dan masih boleh tahan rasa dia setelah banyak kali berulang insyaAllah senang dan ringkas je.Main hiris2 je xyah blend tumbuk semua.

Ayam 5 ketul
Bawang besar 1biji hiris
Bawang putih 2 ulas hiris
Halia 1inci hiris
Kayu manis
Buah pelaga
bunga lawang
Daun Kari
Serbuk Kari - ummi campur kari ayam.n kari ikan adabi masing2 sesudu
Asam keping
Santan Pekat
Kentang jika mahu.
Garam
Gula
minyak

Panaskan minyak
Tumis bunga lawang kayu manis buah pelaga.
Masukkan halia.
Masukkan bawang merah dan putih.
Kacau hingga naik bau dan sedikit layu.

Masukkan terus serbuk kari ditumis tanpa dibancuh air.
Kacau rata.
Agak2 sebelum garing masukkan sedikit air.
Kacau lagi.
Masukkan daun kari.
Masukkan ayam.
Renih api kecik hingga ayam masak/kecut sikit. Balik2kan ayam biar masak rata.
Agak2 ayam hampir masak masukkan kentang.
Masukkan santan.

setelah pecah minyak, masukkan asam keping.
Garam gula secukup rasa.
Jika tak mahu pekat masukkan air panas sedikit.
Balancekan rasa masam manis kari.
Makan ketika panas.


Sambal Udang Petai

Sambal.Udang Petai.

dengan

Ayam Goreng
Sayur Lemak Kobis

Ni juadah masa ramadhan dulu terlupa nak tepek.Sambal Udang Petai dah jadi faveret ummi dan Abi.Asal ke tops je ummi akan beli petai yang siap kupas wp agak mahal.
Lain kali kalau abi ke pasar hope tak lupa kirim beli yg bertangkai.

Sayur kobis lemak tu faveret kakak.suka sgt kakak sayur tu sampai berterima kasih kalau ummi masakkan.terharu ummi hihi. 

Resepi sambal dah ada ummi share sebelum ni. sebelum tutup api masukkan petai jgn lama2.

Udang Lemak Nenas

Menu sampingan
Kobis Goreng
Ikan Goreng
Ayam Goreng Tepung
Sambal  Tutok (tiada dlm gambar)

Resepi ummi nak share hari ni semestinya Udang Lemak Nenas.Dapat pulak nenas yg sgt manis dan lemak adoi kecur.

Bawang besar 1 biji
Bawang putih 2 ulas
Halia
Belacan

Kunyit hidup

Cili padi ikut tahap kepedasan

Serai 1- 2 batang
Santan Pekat
Minyak
Garam
Udang 10 ekor
Nenas potong

Panaskan minyak.
Tumbuk segala yang diatas.
Tumis hingga naik bau.
Masukkan santan.
jaga api - kacau pelan2 - usah biarkan atas api tidak dikacau nanti pecah santan jadi cair dan tak cantik kuah lemaknya 
setelah didih, masukkan udang.sekejap saje ye khuatir udang nanti kecut dan keras dong.
kemudian masukkan nenas.

Siap! makan panas2.


August 17, 2014

Ketam Masak Thai