August 19, 2014

Kari Ayam


Kari Ayam
Ayam Goreng Pop
Asparagus goreng

Mood hari ni suam2 kuku
terganggu sikit dengan few things in mind.
plan nak masak nasi ayam.
last minute masak lah apa yang sempat.

resepi kari kali ni yg paling express dan masih boleh tahan rasa dia setelah banyak kali berulang insyaAllah senang dan ringkas je.Main hiris2 je xyah blend tumbuk semua.

Ayam 5 ketul
Bawang besar 1biji hiris
Bawang putih 2 ulas hiris
Halia 1inci hiris
Kayu manis
Buah pelaga
bunga lawang
Daun Kari
Serbuk Kari - ummi campur kari ayam.n kari ikan adabi masing2 sesudu
Asam keping
Santan Pekat
Kentang jika mahu.
Garam
Gula
minyak

Panaskan minyak
Tumis bunga lawang kayu manis buah pelaga.
Masukkan halia.
Masukkan bawang merah dan putih.
Kacau hingga naik bau dan sedikit layu.

Masukkan terus serbuk kari ditumis tanpa dibancuh air.
Kacau rata.
Agak2 sebelum garing masukkan sedikit air.
Kacau lagi.
Masukkan daun kari.
Masukkan ayam.
Renih api kecik hingga ayam masak/kecut sikit. Balik2kan ayam biar masak rata.
Agak2 ayam hampir masak masukkan kentang.
Masukkan santan.

setelah pecah minyak, masukkan asam keping.
Garam gula secukup rasa.
Jika tak mahu pekat masukkan air panas sedikit.
Balancekan rasa masam manis kari.
Makan ketika panas.


0 comments:

Post a Comment