September 23, 2014

Ketam Lemak Cili Api

Ummi always wanted to tulis panjang2.
Nak2 bila tgh bosan2.
Somehow i lost my words esp bila rasa tak perlu nak share everything in this medium.
Taip2 delete- taip2 delete - taip2 jadik draft takpun klik and everythg goes into the dustbin.yeay!

Yeah..ummi perlu bagi pasword gmail so that satu masa nanti bila ummi dah takde u all can read all the drafts and you'll know how is your mother.:')

Apa yang tinggal hanyalah resepi - pun yang tidak begitu teliti dan rapi hasilnya.
Umi hanya kongsikan resepi yang sangat ringkas tiada bahan yg complicated maka hasilnya juga ringkas sekadar sedap ditekak sendiri.

Ummi harap dapat buat ' step by step' and beautifully written and translated by every single pictures so that u'll know how to cook accordingly- for  kakak especially.
unfortunately i have to admit i am not that 'rajin'.sorry dear.

i personally wanted to give credits to these bloggers yang ummi rasa mereka sgt ikhlas berkongsi ilmu dalam masakan siap gambar petua and all - tambahan pula resepinya sedap.i've tried many of them (recipes).
they are many good bloggers but tonite i wanna thanks esp to kak Azie in @aziekitchen dan kak ita in @azlita masammanis. thanks A Lot may Allah bless you

ada few lagi insyaAllah to be reveal soon.
goodnite dear.
semoga hari esok lebih baik dr hari ini.
Masa itu Emas.
insyaAllah manfaatkan sebaiknya.





September 22, 2014

Kari Kamben

Bilis Kicap Cili Api

umi lapar.
nasi dah masak.
lauk2 masih beku belum thaw.
Apalagi masak la yg paling simple paling sedap harum dan pasti bertambah2.

bawang merah/ besar hiris
cili api 5 ke 6 batang lagi pedas lagi best
lada merah hiris sedikit
bilis
kicap
minyak

goreng bilis hingga agak garing.
ketepikan ke sisi kuali.
dengan minyak yg sama tumis bawang dan cili api.
kemudian masukkan kicap.
gaulkan semula bersama bilis goreng tadi.
masyaAllah sedap amatttt...
makan dgn nasi panas. cukup!!.ummi tambah nasi 3kali okeyyyy!!!

BBQ Mutton

Ummi dulu tak makan kamben.
Ada few sebab bila dengar org kata makan kamben pening- kalau tak pandai masak kamben berbau - dan kamben tak mandi wakakaka...

umi pelik bila peminat2 kamben tegar ni punyelah suka kamben sehinggakan kalau ada menu kamben dimana2 seolah mata berkaca2 dan bercahaya hahaha over kan.

so umi try sikit2...dan....akhirnya umi akur daging kamben mmg sedappppp...rasa yang tersendiri dn baunya juga membangkitkan selera.
Kamben makanan sunnah dan tentu besar hikmahnya kamben itu hinggakan mengapa akikah dan korban kamben antara haiwan yang disyariatkan.

pagi semalam seawal jam 7.45 ummi ke pasar dengan boat. Kat belakang robinson ada masjid dan kat situ perkampungan muslim ada jual kamben lembu dan ayam halal.
apalagi ummi belilah ribs masyaAllah gembiranya ada rezki dpt beli kamben fresh hari ni kerana ummi tak membeli kambin atau lembu kotak/import. ummi akan sebolehnya mencari yang segar.
Jika makan di kedai makan ummi pasrah saja.

kebetulan favourite ummi adalah bahagian ribs kerana suka sgt gigit daging kat tulang belulang. ummi kurang gemar bahagian daging kerana tebal.dan banyak serat.Nak pulak yang ada lemak.aduuhh juicy sedapnya.....kecurrr..
Berbanding Abi semua Abi suka hehe thanks abi ajar umi makan kamben ni.

sebenarnya dah banyak kali kami ke beirut restaurant kerana ummi nak makan lamb ribs tapi sering kehabisan. Alhamdulillah rezkinya kat tempat lain dan ummi harus masak sendiri.
Lebih jimat dan berbaloi.

ummi masak bbq kali ni cuma terlebih boh madu maka agak manis.
next.time akan cuba resepi baru.
Nanti ummi kongsikan.

September 20, 2014

Sambal udang Sotong Petai & Sotong Goreng Tepung

Resepi ummi dah letak dulu.

Ayam Masak Kicap

Gorengkan ayam sebentar  dengan serbuk kunyit dan garam agak2 masak tidak sampai garing.

Bawang besar
bawang putih
halia
kayu manis buah pelaga bunga lawang
lada merah Atau cili api
kicap pekat

tumiskan kayu manis buah pelaga bunga lawang
masukkan halia
masukkan bawang putih dan merah
masukkan lada merah atau cili api
setelah naik harum bau masukkan kicap pekat.
tambah sedikit air.
setelah mendidih masukkan ayam atau siramkan ke atas ayam yang telah digoreng tadi.
biasanya ummi masak sebentar ayam ke dalam kuah kicap supaya sebati meresap kuahnya bersama ayam.
Jika sukakan lebih masin boleh ditambah sedikit garam.

Sayur Campur

Bawang putih 3biji diketuk
sikit udang kering atau bilis
kicap cair
garam

sayur kacang panjang
lobak
jagung muda

tumis bawang putih
masukkan bilis atau udang kering
agak naik bau masukkan sayuran
masukkan kicap cair
dan sedikit air
garam sedikit saja.gaul sebati
agak2 dalam 5 minit matikan api.
siap

Pizza Express

Agak2 lapar sangat dan nak makan yang ringan dan berperasa boleh try pizza roti yang serba ringkas.favourite kakak ni takmo letak pape sayur kakak kata.

roti  disapu butterspread
letakkan potongan sosej  (yang sudah dicelur atau rebus ) ke atas roti
tabur capsicum atau apa2 sayur ikut suka
taburkan grated cheese

Letakkan sos cili atau tomato yg mana suka.

bakar dalam oven dalam 10 minit sehingga cheese mencair.
thanks kakak i love u dear!

Chicken Wrapped Tortilla

wuhuhu mmg sedap laa kalah kebab jual kat bangkok ni rasa dia.yummy laa abi pun suka yeay!!

ok later ek umi bagi resepi dia.senang je.
cuma gabungan sos tu harus match dan ayam jgn masak terlalu lama supaya berasa juicy dia.
biasanya kebab yg dipanggang rasa too dry ayamnya.
this one just nice.Alhamdulillah yg penting Abi suka hehehe

September 18, 2014

Soto Joho

All time favourite ummi.
Soto.
Soto.
Soto.
mesti ada sambal kicap.tau?

Begedil

Begedil ke pegedil ke apapun nak sebut ummi tak kisah.Asalkan yang makan jangan degil lol.hahah

ni versi paling mudah ummi suka je asal sedap sudah takyah pening cari resepi yang complicated mmg ummi kurang rajin nak ikut.

takde bawang segala.

kentang tu kupas kulit kemudian potong2 ikut suka.
kemudian goreng agak2 masak je dalam minyak panas.
biasa ummi buat dalam 2 ke 3 ketul.saiz sederhana pun dapat banyak puas  makan berdua.

daging atau ayam.anggaran segenggam dua sbb dah potong siap2.
biasa ummi guna daging.
rebus hingga daging masak.

serbuk kari sesudu setengah.
daun sup.

ok.
lepas goreng kentang dan rebus daging-
tumbuk kentang.
blend daging kasi hancur la sbb nak tumbuk jenuh skit ummi x rajin.terpercik2 nanti air rebusan dr daging kalo nak tunggu tos bagai.

satukan dalam mangkuk keduanya.
masukkan serbuk kari.
masukan daun sup.
garam secukup rasa.
gaul rata sampai sebati.

kemudian bulat2 atau bentukkan ikut suka.
pukul telur sebiji.

panaskan minyak.
celup begedil yg dah dibulat2kan ke dalam telur  yg dipukul dan goreng hingga kuning keemasan.

siap.sedap.
makan dgn sup atau soto waduuh.

Tomyam Segar

Haha dasyat tak nama dia.
Dalam banyak2 jenis tomyam.
Inilah yg menjadik faveret umi.
Letakla apa jenis daun sekalipun nak jadi sedap ke apa, tekak umi suka yg ni je.
paling senang paling segar nak2 tgh pening2 ke apa kan.
tak de minyak takde santan.Takyah tumis takyah pening.
Resepi ummi penah letak dulu tak silap.
Jom makan.

September 15, 2014

Esok Hari Malaysia.

Down memory lane :

1.Terengganu - adeiii xsabar!! sabaar.....
2.Penang - i miss uuu!!
3.Sibu Island Resort - a must!
4.Cameron - wuwuwuw!

InsyaAllah.
Mu tunggu ku Malaysia.

Udang Galah Lada Hitam

Bawang besar
Bawang Putih
Halia

hiris semua.
tumbuk lebih baik.

Sos lada hitam / kalau tak ada tumbuk biji lada hitam anggaran secukupnya
Sos tiram
Lada merah/cili api jika suka pedas
Udang

Panaskan minyak.
Udang galah digoreng bersama serbuk kunyit dahulu.kemudian ketepikan.
Gunakan minyak yg sama kurangkan sedikit minyak dr kuali.
Tumis bawang besar bawang putih halia hingga naik bau
Masukkan cili api/lada merah
Masukkan sos tiram atau bijinlada hitam.yg dah ditumbuk
masukkan tiram jika suka

perasakan garam sedikit.
Masukkan udang.gaul rata.
taburkan daun ketumbar jika ada.

September 13, 2014

I always keep telling to myself, perhaps i will not 'pencen' as a govt officer. insyaAllah.

yah, why not? its good to have ' duit pencen' when u turn old.
it such a security for hari tua. U need not to go to work anymore, yet money still come in as a token of appreciation  for working sooo long in d govt sector.

No. this is not about money.
money is not everything rite.
Anyhow- its only a wish.
if thats the only choice that i have at that 'material' time - insyaAllah i'll just go with the flow.

it just- we always have a choice.kan.
yes we do have.


as time goes by, i keep thinking of how will be our future.
i wish that we both can meet our grandchildren.hahaha.
yah...i want to be  a nanny one day eventho rite now i am like one already...hahah..
hmm...
insyaAllah.

lets appreciate what we have now dear.
Alhamdulillah.






Seri Ayu Kak Ida


resepi dr kak ida.sedap
dah few times buat menjadik
terbalik pages bawah patut naik atas malas aih nak adjust haha.
nnti nak buat kuih ni hari selasa insyaAllah.esok kirim abi beli kelapa parut kat pasar

September 12, 2014

Ahmad Zikry 15bulan.

Zikry sayang.
Ummi suka tengok bila zikry main kereta sorang2 sambil sandarkan kepala pada sofa.Zikry gerak2kan kereta tu berjalan macam budak besar.
banyak kali ummi perasan tapi tak sempat tangkap gambar. Ini yang tersempat juga ummi rakamkan td.
Alhamdulillah zikry dah mula bertatih awal september. Dari pada selangkah dua jatuh, kini telah bertatih dari hall ke dapur.
Abang Ziyad dulu berjalan seingat ummi 14 bulan.
Agak risau sedikit ummi bila zikry belum mulakan langkah walaupun dah mula merangkak seawal 7 bulan.
Benarlah perkembangan anak2 berbeza.
Dulu ummi sibuk bekerja hingga xsempat mengingat dan melihat langkah2 awal kakak dan abang. Kali ni hari demi hari ummi menunggu dengan sabar. Alhamdulillah.

Gigi pun belum tumbuh lagi--
wp rangka gigi dah nampak.
Ummi doakan semuanya normal ye sayang.
Its just a matter of time.Ill cherish this moment.

Minggu ni ummi belikan kasut ye sayang.
ummi akan gunakan peluang yg ada untuk rakam saat2 zikry merangkak - berjalan- berlari- sebelum zikry sudah mampu berlari dan tak mahu merangkak lagi. Jujurnya tak banyak yg ummi rakamkan. untuk berlaku adil pada kakak dan abang.
Biarlah...ianya akan ada dalam ingatan kekal ummi.

ummi telah mula membayangkan zikry hampir besar.ummi mula merindui bau baby.sayu dihati ummi.

Telah sebulan sejak balik beraya tempoh hari.
Sebulan juga ummi perlahan melalui fasa perubahan pada keadaan- suasana- persekitaran- emosi dan lain2nya.
Sudah pasti ummi merindui teman2 jiran2 yg dahulunya bertemu hampir setiap hari dengan aktiviti2 kemahiran hidup dan rumahtangga.banyak pelajaran dikongsi bersama.
Tak kurang rindunya pada teman2 rapat tatkala bekerja yg meriah dan menghiburkan -teman2 zaman persekolahan yg masih setia dan jujur.

i'm so blessed.

Tempoh sebulan ini turut memberi kesan pada emosi dan mood ummi.Dapur masih perlu berasap.Namun masakan tidak seceria seperti tukang masaknya.
Memasak saja apa yang ada.

Ummi akan mulakan ujikaji2 terhdap resepi2 baru minggu ini.
InsyaAllah semoga ummi diberi kekuatan dalam meneruskan kehidupan bersama keluarga kecil ini dengan penuh kesabaran.

Anak2 ummi yang dikasihi-
Ummi cuba jadik kurang 'garang' dari biasa.ok?
insyaAllah Ameen.



Kari Udang- Ayam Goreng- Kangkung Bendi Belacan - Sambal Belacan

Paprik Seafood

September 9, 2014

TomYam Qung

Paprik Sotong

Halia seinci ketuk
Bawang putih 2 ketuk
serai sebatang ketuk
cili api 4 btg hiris
bawang besar potong 6
tomato belah2
sotong
daun limau purut 3

cili kisar 1 sudu
sos cili sos tomato sos tiram anggaran masing2 1 sudu stgh.
sos ikan /nampla 1 sudu
umi kurangkan sos tomato tanak masam lebihkan sos cili

panaskan minyak tumis halia bwg putih serai.
naik bau masukkan cili kisar.
kemudian segala sos dan sos ikan.
boleh tambah air jika mahu cair sikit.
masukkan sotong.
agak2 masak masukkan  sayuran kacang panjang jagung muda dan bunga kobis serra tomato.
sedikit saja garam.
kalau tak ada sos ikan lebihkan garam.kerana sos ikan sudah masin.
Masukkan daun limau.
Kacau sebentar.jgn masak sayur terlalu lama nanti layu.

Tutup api.

Marble Cake

buat midnite semalam utk sarapan pagi ni dan buat bekal abi.
kakak request nak bawak bekal ke sekolah hari2 untuk lunch sementara tunggu after school n hafazan classes .ooh yessssss nampaknya setiap malam sebelum tido hari2 kena prepare bahan kat dapur.maybe ummi boleh tapaukan abi sekali utk hari2. hari2??? why not.
sian abi bosan gaknya makan kat kafe.
sekarang ni sekali kala je tapau.

ill try to make it everyday so that masa ummi akan fully utilized di dapur la ye oh oh oh.
insyaAllah. let see la howw.

anyhow resepi ni dr kak watie @rafhatie.thanks kak watie sudi bagi dan xlokek tunjuk ajar.
umi akan keep this resipe coz sedaappp.
meantime will try another recipe soon and doing some comparison.
will update soon xoxo

September 8, 2014

Nasi Tomato & Laksa Penang

Turn Arif pula balik Malaysia for good.
Abi balik pasar baru start memasak since bawang pun tinggal seketul je dalam bakul. Plus Sabtu Abi kerja.
So kita masak apa yg sesempatnya for lunch.

Asam Pedas & Pecal

Sambil2 tunggu oven panas.meh tepek lagi gambo mana yg ada.

satgi nak buat kek marble - all time favourite - ummi selain butter cake.

sejak balik raya tu mood memasak lari tune.geng makan dah tak ada so nak masak beriya2 pun tak bersemangat.

Hari ni masak asam pedas.
Abi suka asam pedas ikan pari.
Sini ikan pari xde jual pulak kat pasar sathu pradit.Maka ikan kembung jelah selain ayam sebagai pilihan.
Asam pedas ummi masih belum dapat tune yg ummi suka. xsedap mcm nenek buat.
Rasa tu ada cuma xumphhh mcm asam pedas org lain atau pun kedai.
Ummi kena carik rahsia disebalik kesedapan asam pedas tu huhu...
asam pedas ni sentiasa membangkitkan selera wp makan kuahnya saje dah sedap lawankan dgn nasi panas.

selain tu  ummi sediakan sayur pecal.
Kuah nya ummi kirim dgn ibu mertua mama umar.masih ada baki simpan dalam fridge.
yg best ya paste dia kering bila nak makan just tuangkan air panas atau ummi masukkan dalam mikrowave 1minit.

September 3, 2014

S & S (Spagetti & Stew)

Favourite awak berdua la ni.
Cumaaa....bila ummi nak letak sayur kat ziyad punyala menjerit macam hape tanak makan.
hai lah anak - ummi belum give up...pun gitu ummi pun menjerit gak ni dalam hati..hukhuk

Kakak alhamdulillah sikit2 ummi pujuk kakak pun makan. Asalnya dulu kecik2 pun tak nak makan.sejak sekolah makan dengan kawan2 baru belajar2 makan sayur kan.

September 2, 2014

Butter Cake

Dah teringin sgt.
Jam 7.30 pagi ummi buat hahah nampak nau kebulur kek ya.
Guna resepi paling ringkas sekali.
6 bahan saja.

Self raising flour 180g
unsalted butter 250g
Caster Sugar 200g
Fresh milk 1/2cup
Vanilla Essence
4 eggs

secubit garam.

Ayam Merah Ummi

Ni antara all - time- favourite ummi xjemu makan memasak pun riang haha

Resepi ni untuk 6 -7 ketul ayam saiz sederhana.

Untuk ayam ummi akan goreng dulu dgn serbuk kunyit adabi tu agak2 masak dan tak terlalu garing.Nyata bila goreng lebih sedap.

Bawang besar 1*
Bawang putih 2*
Buah keras 2-3 * ( x ada pun xpe.bila letak kuah jadi lemak pekat )

*blend semua

Lada kering yg sudah kisar 4 sudu ( boleh lebih atau kurang bergantung pada suka pedas/suka kuah banyak/ dan atau brapa banyak ayam yang dimasak)

Panaskan minyak.

Masukkan kayu manis.buah pelaga.cengkih.
Kemudian tumis bawang merah putih dan buah keras yg dah diblend bersama tadi.
sebentar kemudian-
Masukkan sebatang serai yg sudah diketuk.

Agak2 naik bau wangi  masukkan lada kisar.
Masak hingga pecah minyak.
Api jangan terlalu besar biar lada masak lama.
Masukkan buah tomato yang dah dibelah2.
Kacau.
jika agak kering masukkan sikit air.
Bila tomato hampir sebati dengan kuah,
Masukkan sos cili dalam 2- 3sudu.
Kacau.
Masukkan garam dan gula dalam 1- 1 stgh sudu.seimbangkan rasa.

* tambahan ummi masukkan  sikit palm sugar
atau masukkan sikit gula merah jika ada.
Kalau tak ada pun xpe xmenjejaskan rasa nya.Kalau letak manisnya lebih lemak sikit.

Kemudian masukkan ayam tadi. Gaul sebati.
Waduh Alhamdulillah sedap :p

September 1, 2014

Daging Goreng Kunyit

Resepi pun dah pernah letak.
Kali ni masukkan buncis terus takyah masuk sayur lain 2 dalam 1 katanya kan.Takyah goreng lama buncis tu masukkan bila dah tutup api just kacau2 sekejap.
Bila makan buncis tu rasa manis je sebab tak layu dimasak lama.

Sambal Goreng Jawa

Abi dinner luar malam ni. As usual normally Abi bawak kawan2 yg datang esp dr Malaysia.

Ummi lupa ituari beli tempe tak masak lagi kang sia2 je rosak dah le susah nak dapat.

Xpelah kita masak makan sendiri je la.
cepat2 ummi update ni sebelum terlupa
dan peram gambar2 jadi basi dalam phone last2 buang je kan.
memory phone pun dah penuh ni malasnya nak spring clean.

Resepi ni dah pernah ummi letak origanally from nenek.
Kali ni ummi tambah perasa lain so rasa dia ada ummphh la sikit.

Bawang besar 1 kisar
Bawang putih 2 kisar
Lada Kering kisar 2 sudu
Cili padi 5biji
Air Asam jawa sejemput
Garam
Gula pasir 2 sudu
Palm Sugar / Gula Kelapa dalam 1inci
( Ada jual banyak kat Siam)
kalau xde boleh ganti gula melaka
kicap sikit

bahan utama
tempe *
kentang *
Bilis
kacang
Petai kalau suka

bahan * hiris dan goreng ikut suka bentuk dan  garing macamana

kacang umi xletak sakit gigi nak ghighit ouch

cara2

panaskan minyak betul2 panas. goreng tempe dan kentang  jaga api  balik2kan jangan sampai hangit pula.

ketepikan.

panaskan minyak.tumis bawang merah putih blended.
masukkan cili kisar dan cili padi
tumis agak2 pecah minyak.
masukkan air asam jawa.
masukkan gula kelapa/ gula merah
masuk gula 2 sudu
garam agak2 lah
masuk kicap sikit
boleh rasa sikit garam.gula sebati tak.
agak2 dah ok

masukkan  semua tadi tempe kentang kacang bilis.Kacau rata.
Tutup api.

Masukkan petai.Kacau lagi sebati.
Boleh makan. simpan 3 hari dalam esbok boleh ulang makan lagi.