October 31, 2014

Lamb Stew Mad.

Resepi dari Pak Mad.
dah buat and sedap.

ommi omit basil and celery cos xde stok gantikan dgn thyme instead.jadikla asal.ada bau2 leaves tu kan.

next time boleh buat lagi versi ni.

ommi tepek resepi dari whatsapp pak mad sendiri kat sini ek.

Ni resipi versi Pak Mad.

1. Daging potong dadu gaul dgn black pepper.. Pastu goreng dlm 10 minit (agak2 la) Pastu angkat..

2. Tumis bwg Holland & garlic.. Pastu letak 1 sudu cili blend.. Agak dh garing masukkan lada hitam, daun bay, carrot & daging td.. Pastu boh tiram skit, sos tomato dlm 2 sudu dan air secawan (depends nk bg berkuah banyak ka skit). Then tutup periuk biar  mendidih dlm 5-10min..

3. Pastu boh garam n gula (aku pakai gula perang) Pastu kacau 1 sudu tepung gandum dgn air stgh cawan n masukkan dlm periuk td.. Kacau n bg cukup rasa.. Tutup balik bg daging lembut..

4. Masukkan batang celery.. (klw nk bg lembik n masak skit boh masa no 3. td) Bg pecah minyak pastu Tutup api.. Siap.

Bleh mkn dgn nasi or garlic bread..

Nasi tomato

Pizza sempoi

sempoi2 pun kakak suka bawak bekal gi skolah habis licin alhamdulillah.
dohnya paling senang paling penting xguna telur.
yeah ommi will avoid guna telur sebolehnya kecuali kek la kan hehe.

so resepi dari kak azie kitchen thanks again kak azie.
wp dah sejuk masih lembut.
next time buat separuh adunan je lah whc is 2 cups of flour. buat 1 adunan of 4 cups mmg banyak doh pun xhabis buat.
lagi satu tepek bagi nipis doh tu kalau nak crust style.

untuk topping.bagi yg 'rajin' masak sos mcm ommi - just letak sos cili, hirisan sosej, hirisan shitake mushroom, mozarella cheese.

October 28, 2014

Laksa Johor serba kekurangan

condiments cuma ada daun kesum, timun dan bawang.
sebab tu serba kekurangan heheh.
Alhamdulillah lepas kerinduan kat laksa johor favourite Abi.

Udang Sambal, Ketam Goreng, Kacang Panjang tumis goreng.

October 25, 2014

sewing? hehehe.

no more law books @ book shelf.
ah bahgianya tak payah baca buku n journal tebal2.baca case law yg beberapa helai pun kadang jenuh.
sebenarnya ada sikit rinduu nak dengar cases & mediation. huhu.sabo jelah. rindu sikit je.xbanyak hahah.

skrg pegi bookstore pasti ke rak2 cooking sections.
belek2 buku masakan aduhai xpernah terfikir ummi boleh jadik mcm ni.huhuhu seriously.

alhamdulillah minat semakin bercambah.
dapat beli few books dan teruja sgt2 nak try resepi baru.
tak sama bila baca buku resepi dgn tengok resepi kat googles.
feeling dia....baca buku lagi best la.
wp in d end sama gak hasilnya.ia tetap resepi samada kita rajin / follow ke tak je.
belilah satu rak buku masakan pun kalau xtry masak alamatnya jadik zoo buku je lah ye hahah

hari ni umi pow abi  buku jahitan ngeh3.what??  biar betul ummi nak jahit tgn keras kejung pegang jarum pun xbetul haha

ok laa kita try la.dulu masa ummi form.3 jahit baju kurung sendiri ok masa kemahiran hidup.
i got the basic skill jahit sembat potong kain tu semua but seriously mmg xde bakat.thats why kena pupuk and latih to make it better.

next project : sewing skill ummi kena asah.
kursus 3 tahun kat sini KPI belum tercapai lg.few months to go. go ummi go!!

Green Curry

inilah rupa green curry thailand.
antara thai cuisine tersohor.
must try lah kata org jawa.

ini bukan ummi masak hehehe
green curry tapau dari Usman restaurant.
sedap laaa nyum2.
nanti ummi try buat sendiri.dah penah buat masa kat silom cooking class ituari sampai skarang belum repeat lagi.

Pisang Goreng

seperti biasa.
resepi ummi yg simple dan mudah.

pisang belah dua memanjang
tepung serbaguna / gandum anggaran ikut banyak mana pisang.
minyak panas
Air garam ( air dan garam.secukup rasa )

panaskan minyak untuk menggoreng.
tuangkan sedikit minyak yg sudah panas ke dalam mangkuk yg berisi tepung.tujuan? 

petua nak bagi garing skit kut haha tp tetap x garing sgt laa batter ummi.
gaulkan bersama tepung tadi.
masukkan air garam sedikit2 dan gaul sebati hingga mendapat batter / adunan tepung tidak terlalu cair atau pekat.
masukkan pisang dan goreng dalam minyak panas tadi.

siap.makan ketika panas.

komen: rasa dia sedap.lemak2 gitu.tp xpuas hati sbb tepung mcm serap minyak skit dan x garing sgt.

bila google resepi nak bagi garing diorg letak telur.

the thing is ; im not the fan of telur and ill try to avoid telur dalam masakan.

perasan x ummi jarang boh menu telur dalam masakan heheh

telur rebus untuk nasi lemak atau laksa, telur untuk kek or cookies dan masak nasi goreng/mee goreng  untuk anak2.

but for me myself xbrapa suka telur.so a BIG no telur utk goreng pisang hehehe.

hodoh kan pisang ni.asal.sedap bolehlah. :p

Mee Siput Sambal Tumis

Anak Johor generasi ( X ) mmg menyukai snek ini.
mee siput sambal tumis. Just Aaaahhhh..

Aidil Adha

hidangan aidiladha yang lalu.

October 23, 2014

Chulalongkorn Public Holiday

mee goreng utk abi dan  nasi

October 19, 2014

Marble Cake

All Time Favourite.
Minum petang hari ni.

Kerang Rebus - sambal kerang - kobis goreng - ikan goreng

Makan dirumah lebih betah apatah lagi dengan askar bertiga ni.
Masing2 masih mentah dengan table manners and etika makan.
boleh meroyan umi kalau masing2 buat perangai kat kedai makan.

Bila mood baik lauk2 kena selera Alhamdulillah.
Kalau mengantuk penat dan tak kena gaya hew hew tanduk umi pun keluar lah 2.

Apapun time2 begini makan dirumah mmg paling nikmat dan selesa.
Alhamdulillah.

Sup Tulang Lembu Menangis.

Ahad yg tenang.

sementara renih tulang untuk dibuat sup dan menggoreng ikan utk anak2...sempat lak  ummi menceceh kejap.
menu hari ni caca merba.
Abi ke pasar beli tulang - kerang - ikan..umi jadi confuse apa nak masak.

maybe sambal kerang. hmm sedapnya.

sepanjang menjadi ahli dapur  ntah berapa banyak kali minyak panas terpercik kat muka mata hidung tangan pipi.
kadang tgn tersentuh oven yg kepanasan- terpegang loyang periuk kuali cerek yang menggelegak. nak2 bila tgh menerawang fikiran dan nak cepat kelam.kabut jadinya.
hasilnya muka tgn menjadi pedih dan berpinar2. Tak lama meninggalkan parut hitam. untung sabut timbul kemudian hilang.namun ada yg kekal menjadi parut.
itulah harga dan asam garam yg dilalui para ibu dan isteri malah setiap tukang masak didunia.

sekali2 tidak umi takut atau khuatir dgn cacat cela kesan minyak2 panas ni.
walaupun sakit dan pedih itu terasa tak umi hiraukan.
Allah... mudah2an ia jadi saham dan bekalan kelak.

Apapun hati2 bila didapur.lebih2 lagi ada nak kecik seperti ziyad zikry.
ada banyak benda tajam - panas - berat - licin dan sebagainya.
sama2 beringat ye ummi.

October 16, 2014

Kari Daging Qurban, Sotong & Ayam Goreng Tepung, Sayur chapchai

Tengahari tadi whatssap abi dengan kebuntuan nak masak apa hari ni.

Sudah resmi Abi tidak meminta2 untuk dimasakkan apa2.Apa yang ada dia makan.

Resmi Abi tidak pernah komplen atau mengeji makanan yg dimakannya.paling tidak abi diam.
Tak pernah ummi dengar abi kata ' tak sedap' pada setiap makanan yg abi makan.

Untuk dengar Abi kata sedap juga jarang2.
jika sedap kata abi - bererti mungkin sedap sungguhlah kan.hehehe.

Alhamdulillah Abi tak cerewet dan meminta2.
Amierah Ziyad Zikry harus contohi Abi ya.

Hari ni lepas ummi whatsapp abi pun balas.
Ini kerana sejak awal minggu ummi dah mengeluh tak tahu nak masak apa ketandusan idea dan mood.hormon tak stabil katanya.

Abi kata nak makan sotong tepung dan sayur chapchai.
sayur paling abi suka kalau dikedai2 makan.

Apalagi terus ummi keluarkan sotong yg masih beku.
Ummi tambahkan kari daging qurban pemberian mbak ike masih ada.
Alhamdulillah rezki hari ni masih ada.

Rahsia turun berat.

Berat ummi sekitar 43kg as for now.
ummi pun tak tahu mcmana berat boleh tak naik sedangkan ummi makan setiap malam bertambah nasik 3 kali.

siang pun ummi makan.
berat ummi masa memula sampai siam dulu dalam 55 ke 57kg.
nak terkeluar la lemak2 kat perut dan peha tambah2 lagi zaman tu baju macam balut nangka pun ada.

Masa mengandungkan zikry berat tak naik banyak xmelebihi 8kg pun.zikry keluar masih 3.2kg
aduhai.buntu jugak.

bukan xbersyukur.berat menurun meskipun tiada usaha ke gym mahupun mengikat perut.
cuma bila di fikir2kan semula ummi buat kesimpulan mungkin begini:

1. menyusu badan sepenuh masa.
sejak ziyad lahir hingga sekarang zikry pula ummi tak membancuh susu formula.
namun untuk ziyad ummi dibantu oleh ibu susuan ziyad mama tasya dan susu segar / fresh milk.terima kasih tak terhingga buat mama tasya jasanya jangan sekali2 ziyad lupakan hingga ke akhir hayat.

untuk zikry alhamdulillah diberi peluang ummi memberi susu ibu sepenuh masa.masyaAllah betapa setiap ibu2 mengimpikan peluang begini semoga Allah memakbulkan hajat setiap ibu2 untuk memberi susu ibu buat anak2nya.

Maka benarlah dengan full time bf ni telah menurunkan berat badan secara efektif bersama setiap kalori telah dibakar dengan cepat selepas umi makan 3pinggan setiap malam.

2.kurang makan2 dan minum di warung2/restoran segera.
tiada lagi kudapan2 wajib setiap pagi dan petang seperti yang mudah didapati waktu kerja dulu.oh cafe mahkamah yg melambai2 setiap kali lapar.
skrg konsepnya nak makan masak sendiri.
tak masak makan asap!

3.menguruskan anak2 yg sedang membesar 24jam dan menguruskan rumah tanpa tangga dan dapur yang comel adalah gelanggang sebenar bagi seorang isteri dan ibu.
nak tahu bagaimana hehehe- try la dulu.

Misi sekarang nak naikkan sikit berat badan kasi montel pipi mcm dulu.
lemak2 degil masih kelihatan di bahagian2 yg boleh dilihat harus di nyahkan jugak xtahu bila.
apapun semoga sehat fizikal dan mental untuk terus menjadi hamba Allah yg taat dan isteri ibu dan anak yg solehah.amin.

Asam Pedas Ayam & Sayur Goreng

kali ni ummi try resepi yg ummi jumpa masa blogwalking.
Alhamdulillah sedap.
tertarik ummi bila dia guna tomato segar dan blend untuk jadi paste.sgt menyihatkan tanpa disedari kan hehehe
ummi print screen resepi tp.lupa nak amik address blog tu harap mohon dihalalkan ummi share kat sini.nanti kalau terjumpa.lagi ummi petik nama dan kredit insyaAllah.

October 13, 2014

Sambal Sardin Petai & Bendi Goreng Belacan

Sardin King Cup 2 tin kecil
Halia
Bawang merah
Bawang Putih
Cili Api
Lada Kering kisar 2 sudu
Asam Keping 1 saiz kecik
Petai jika suka
Garam Gula secukup rasa

Panaskan minyak
Tumis halia bawang merah bawang putih cili padi
Masukkan cili kisar
Tumus hingga pecah minyak
Masukkan sardin
masukkan asam keping
garam gula dan petai.
kacau supaya masak rata.
hidangkan ketika panas.

Bendi goreng belacan

Sayur bendi & kacang botol hiris
bawang merah
bawang putih
sejemput belacan
garam

Tumiskan bawang merah dan putih
masukkan belacan.kacau rata
sedikit garam
masukkan sayur2an

tutup api dan hidangkan.

Lately...ummi teraddicted dgn homebaker's instagram.
Allah.tengok cake depa..Ya Allah mmg terliurr sgt.
how i wish i can bake myself as pretty as they baked.
setakat simple2 kek je yg ummi boleh buat - marble cake - butter cake - banana cake - choclate cake -some brownies - some cuppies - some bread and pastries - and traditional kuih muih. pun dah bersyukur sangat2 dek kerana tangan kayu ummi nih. never imagined i baked them tho.
indeed tak ada yg mustahil sebenarnya.dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

i can foresee someday i will bake my future  'dream cake', and surely i'll let you know dear.

there r soo many bakers out there - homebakers esp who were really awesome and never failed to wow me.

ms tinaz
thekitchenguardian
bisausatoi
mspinkspatula

those bakers yg betul2 dekat di hati dan ada masing2 punya keistimewaan tersendiri.
insyaAllah balik for good nanti ill join their classes ameen.
my oh my...is it for real?

dr seorang yg xtahu bake and x tahu masak now dah jadi peminat dapur hahaha.
yeslaaa...alhamdulillah...agaknya berkat doa abi kut kikiki.
insyaAllah...



October 7, 2014

Nasi Goreng Daging Merah

October 2, 2014

Kamben Grill

haaaaa yg ni meme sedap.
sedaaap..
xcaya try buat.

terima kasih kepada pemberi resepi chef firdaus a.k.a kawan baik ummi masa kami sama2 bergelar peguam  @Othman Hashim & co sekitar 9 ke 10 tahun yg lalu.

firdaus ni peminat kamben tegar dan good chef.mmg pandai masak

lepas masak kamben dgn few resepi and try bbq  haritu tak brapa menjadi tiba2 umi teringat uncle firdaus dan terus wassap dia mintak resepi yg paling simple dan sedap.mmg betul la expert dia bab2 kamben ni hahaha

Alhamdulillah abi suka dan abi kata maintain je masak grill dgn resepi uncle firdaus bagi ni.

cuma oleh sebab  umi ni kan rajin so kaedahnya umi slalu letak je masak atas frying pan atas api biasa haha.

cuma skali tu je umi masuk dalam  aluminium foil then masak dalam.oven sekejap then keluarkan letak juga atas api dalam pan tuk bagi garing sikit.

resepi:

kamben
olive oil
lada hitam  (umi tumbuk biji lada hitam rasa dia lebih kaw)
cooking honey (umi guna honey biasa jim thompson punye)
garam secukup rasa
semua tu agak2 je kuantiti nya.

perap kamben dgn bahan2 tu gaul sebati.
lagi lama perap.lagi best kut rasa dia menyerap.
umi xtahan lama tunggu sbb nak makan sgt hahaha pon dah rasa sedapp!

masukkan dlm  foil.
grill hingga masak sampai ke tulang.
jgn overcooked nanti liat.
taraaa siap!!
dan sedaaaap...

oh ye.
wp agak terlewat utk usia ziyad yg almost 4 tahun yeah better late than never kata org jawa- umi nak ucapkan tahniah utk anak bujang umi yg hensem dan adorable ni...sbb this week ziyad start diapers freee yahoooo woot woot!! im really happy for you ziyad. ummi proud of you.
malam pun tido tak terbabas setakat ni alhamdulillah good boy.
thanks pada cikgu2 kat skolah yg banyak membantu.

zaman kakak dulu umur 2 tahun lebih dah diapers free.berkat bantuan guru2 taska darul hanan.
dan ada skali kakak trbabas dalam kereta sbb jem umi nak pergi keje lama sgt.haha
yg lain2 mmg xde occassion kakak terbabas. Allah mudahkan  Alhamdulillah..

untuk ziyad agak terlewat pd usia 3tahun 9 bulan.
actually dah 2 bulan ziyad boleh mengawal nak pee dan poo mintak izin cuma ummi belum konfiden nak lepaskan pampers dr ziyad.
rumah kita kat sathon dulu dipenuhi dgn karpet tebal maka umi x berani takut ziyad terlepas dimana2 agak sukar nak trace nanti bahaya nak pulak risau kan kebersihan tempat bersolat.
skrg bila ziyad dah betul2 konfiden barulah umi berani lepaskan.
umi akan carikan underwear yg cantik2 utk ziyad nanti ok.
good job dear!

Sup Kamben

Musim kamben.
Maklumla nak raya aji ni kan hehehe mood mengambing saje.
Alhamdulillah rezki hari ni dpt makan sup tulang kamben.

rasa dia?
alhamdulillah. walaupun tak ummphhh umi dgn abi telan je lah.huwaaaaa....
belum berjumpa lagi resepi yg menambat selera ummi.
sup ni masak style biasa.
apa kena masuk ketumbarjintan kut baru ada rasa lebih sedap dan manis kut ek.

haizzz ummi selagi x mendapat rasa sedap kat tekak  ni harus pulun lagi cari secret recipe.

yg ummi perasan masak kamben ni mmg tersendiri.
baik grill ke bbq ke kari ke sup ke mmg lain skit cara  dan kaedah nya.
huhu harus berusaha lagi ye ummi.