Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

May 21, 2014

musim laici

sekilo baht 70. tepi jalan samut songkram.

tocangan garlic

May 20, 2013

Garispanduan memasak.

Ummi kini berusaha mengikuti guideline ni, walaupun ummi tak tau kesahihannya.
Jika ia baik untuk kita sekeluarga, tidak perlu banyak tanda tanya..tak rugi apapun jika kita berusaha mencuba, sehingga ada fakta lain yang menafikannya.

Antara lain yang ummi baca adalah makanan laut dan makanan darat tak boleh bercampur dalam hidangan.
maksudnya kalau makan seafood, toksah ada daging atau ayam dalam satu hidangan atau santapan tu..takpe nanti ummi carik sumber yang muktabar ek.
maksudnya kalau ummi masak seafood, takyah la ada masakan darat ek?haisyh diri seendiri pun konfiuss..

So, pasni bila order makanan kat restoran pun agak mencabar juga yerk nak tune balik nafsu dan tekak ni..cuba dulu baru tau ye.

April 9, 2013

Tenggiri Masak Kicap,Sambal Tempe Jawa, Kailan Goreng Belacan & IkanKembung Goreng



April 1, 2013

Asam Pedas, Kacang Panjang Su'un & Ayam Percik

Menu dinner minggu lepas.

March 26, 2013

On your birthday, Abi!

Hihi,

Inilah yang ummi cuba buat masa birthday Abi. Muffin coklat..

Memang tak pernah buat pun.tengok resepinya kok enteng banget..
Jom kita try..hehehe...

Double boil coklat masakan sebelum buat adunan..


Balik sekolah tak menyempat nak tolong
Masukkan adunan dalam cup


Abi, kakak rajin tolong Ummi


Wahaaaahaaa..muffin ni dalam oven elok je naik gebuss,
Sekali dah siap jadik camni plak.
Maybe terlebih gula, dan tak perlu on kipas dalam oven just guna api bawah atas.
Rasa dia pun jadik macam cookies bukan muffin hua hua..failed!!!!
Sila cuba lagiii wahai ummi!


Kikiki nasib baik ada anak bujang yang nak makan perabiskan..


Aloohaii menikmati sungguh ka dik..


mmmmm daaaaappppnyeee Miii hahaha

Semulajadi tanpa Pak Aji/MSG

'Lately' ni ummi tepek je gambo sebab tak dan nak tulis resepi.slow2 ek nak, nnti bila ummi rajin dan ulang masakan tu insyaAllah ummi letakkan sekali resepi air tangan ummi.
Selalunya ummi ni masak main campak2 je, so bila dah siap tu ummi pun lupa apa resepinya.

Sekarang ni dah tak susah kan nak carik resepi, taip je kat Mr.Google/Yahoo, berderet resepi timbul.Tinggal lagi kita kena pilih mana gambo yang memikat mata (yang macam sedap) dan bahan yang tak susah nak carik. Kadang tu resepinya 'complicated' dengan bahan yang tak cukup dalam peti sejuk, maka kita kena sesuaikan dengan bahan apa yang ada.

Sebelum ummi masak, ummi bayangkan dulu lauk dan sayur apa yang ada dalam fridge tu, kemudian barulah ummi suai padankan dengan menu yang serasi.Agak2 fridge tu pun dah tak de apa, masak je lah apa yang ada....

Lagi satu, kadang kita dah follow bebetul resepi tu, tapi apesal hasilnya kurang 'kick' ek..
maybe ada ke bahan yang tertinggal tulis dalam resepi tu ke?
Ummi percaya pada air tangan kita sendiri atau air tangan setiap tukang masak adalah berbeza...Bila dah penghujung masakan bila nak finishing tu, air tangan kita lah yang menentukan masin masam manisnya..kat situlah kebanyakan rahsia tukang masak kat luar sana..


Dan pesan ummi,
bila masak takyah guna bahan perasa@ ajinomoto ye.
Ummi tau kat luar sana bila kita makan rata2 yang sedap tu memang letak Pak Aji /MSG. atau apa2 bahan perasa.Itu kita tak dapatlah nak elak dari memakannya.
Ummi rasa letak Pak Aji ni tak original lah bagi masakan itu.
Tanpa Pak Aji, tetap boleh sedap sesuatu masakan itu. Kesan sampingan pun kita tak risau.
Alhamdulillah, nenek dan ummi sekeluarga tak gunakan ajinomoto dalam masakan untuk keluarga..
Sedap ke tak sedap ke, biarlah original dari bahan2 yang ada...
insyaAllah...

Breadmaker

Ini peralatan dapur yang ummi sedang teruja.Terima kasih Abi kerana memahami dan menghadiahkan untuk kita sekeluarga.

Kini menantikan shippingnya yang akan sampai beberapa waktu lagi..
InsyaAllah...

Kek dari Chatrium

Tadaaa...
Ummi berangan jugak nak buatkan kek untuk harijadi Abi.Hajat tak kesampaian lagi ni..
Kena mengakulah tak pandai buat kek yang moist lagi rich ala2 kedai tu..

Ummi memang belum pass lagi buat kek dan pastri.
Akan diusahakan jugak sehingga berjaya.

Chatrium Residence ni baik hati beno bagi kek kat kami yang dok sini.
Walaupun lambat sehari, usaha mereka tu agak dihargailah..
Telan air liur jugakla bila tengok kek ni, apakan daya ummi tak berani nak makan...sebab tak ada tanda 'halal'..Boleh je nak berbaik sangka ye... cuma ummi pilih untuk merasa ragu dengan makanan kat sini.. bahan2 seperti shortening, ovellate, dan wine yang tak halal boleh jadi dimasukkan sebagai bahan utama dalam kek maka ummi rela tak makan..

Maka, ummi pun sorokkan dari pandangan kakak dan adik sebab nnti ummi tak sampai hati nak tolak permintaan awak berdua..
Senyap2 Abi bawak ke pejabat esoknya dan diberikan pada officemate Abi..
InsyaAllah satu masa ummi buatkan kek lelawa untuk kalian ye, ;))









February 25, 2013

Menu Lunch hari ini

Ketam masak lemak
Udang goreng kunyit
Sayur Kailan goreng
Sambal tumis
Telur goreng



August 26, 2012

Starter

This blog is dedicated to my beloved kids.
I wish it will remind them of me :))

- Sathon, Bangkok