Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

October 19, 2014

Kerang Rebus - sambal kerang - kobis goreng - ikan goreng

Makan dirumah lebih betah apatah lagi dengan askar bertiga ni.
Masing2 masih mentah dengan table manners and etika makan.
boleh meroyan umi kalau masing2 buat perangai kat kedai makan.

Bila mood baik lauk2 kena selera Alhamdulillah.
Kalau mengantuk penat dan tak kena gaya hew hew tanduk umi pun keluar lah 2.

Apapun time2 begini makan dirumah mmg paling nikmat dan selesa.
Alhamdulillah.

June 7, 2013

Siakap Banyak Rasa

Hari ni ziyad menguji kesabaran ummi.
Haih tak bagi chance ummi nak baring2 golek2 dgn tenang.
syukur takde darah tinggi tau Yad.

ni menu semalam.
Abi request sweet sour.
Ummi main campak2 je sbb dah magrib, dah tak tau lah jadik rasa apa haha yg penting bukan sweet sour laa haha...sedap tu mmg sedap laa kat tekak ummi kan..org lain nak tak nak kena la telan huhu..

sekarang ni ummi rasa dah tak boleh sgt nak terima makanan dari luar. sesekali tu boleh la kalau dah lapar sgt dan x sempat or x larat masak. maybe soal kebersihan yg ummi utamakan.
sampai nk beli roti canai pun terpikir org ni basuh tak telur yg dia guna.Kadang nasik goreng kampung ke. meehuun ke orang letak telur gak kan, pun ummi terbayang depa ni basuh ke tak ek..yelah najis pada telur tu jika x dibasuh kita pun akan dapat tempiasnya makan najis juga.. Apa hukumnya makan najis kan.
Baik sangka je la kan selagi boleh, selain usaha kita jengah2 dapur sikit tengok tahap kebersihan dalaman dapur dan tandas kalau ada peluang. Baca bismillah Doa supaya jauh dari penyakit..


Ini semua pilihan kita.
Kita yang perlu memilih untuk makan yang bersih atau sebaliknya.
Bukan cerewet x tentu pasal.Bukan soal nak makan tempat cosy dan mahal. Cosy dan mahal tak mestinya bersih cuma biasanya ada standard dan piawaian ketika masak compare dengan warung jalanan.Dan warung jalanan pun ada yg lebih bersih dari restoran kalau sikap tukang masak tu mementingkan kebersihan..cuma skrg ni elakkan yg terang2 nampak ada longkang kotor kat sekitar tempat makan, binatang mcm cik Ti suka berkeliaran...walaupun sedap mana, kalau bole elak, kita elakkan..

Kalau tak ambik endah, penyakit mudah datang, kencing tikus, cirit birit dan macam2..nauzubillah.


Ok ni resepi ummi paling simple sekali mmg tak susah.campak saje kan.

Bahan- bahan
siakap, lumur dgn serbuk kunyit dan garam, gorengkan.

2 labu bawang besar hiris je
3 biji bawang putih..hiris boleh ketuk pun boleh
2 inci halia hiris boleh ketuk boleh
2 btg serai ketuk saje

sayuran (jika suka, tomato, kcg peace, capsicum 3 warna kalau ada..
ummi cuma boh carrot je potong dadu sebab tak sempat)

2sudu cili kering kisar
2sudu sos cili
1 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram.
garam gula
air sedikit
kalau ada sos ikan nampla boleh masukkan

Cara cara

tumislah segala bawang besar, putih dan halia sampai naik bau.
masukkan cili kisar, kacau jgn hangit api sederhana kecik
masukkan 1/4 cawan air
masukkan sayuran yg disukai yg sesuai dengan masakan ni, jgn pulak bubuh sayur bayam ke pulak
masukkan sos cili, sos tomato dan tiram.dan nampla jika ada
bila didih, perasakan garam dan gula.

matikan api dan siramkan atas ikan goreng yang sedia menanti. sedia dimakan!




May 31, 2013

Bilis Goreng Cili & Kentang

ni satu lagi menu orang rajin.
Tak payah pikir banyak sekarang ni masak yg simple je takyah berdiri lama.

Bahan2

Bilis digoreng
Kentang hiris dan digoreng
bawang besar hiris
bawang putih
Cili padi/ cili merah
minyak
garam

Cara2
setelah goreng bilis dan kentang,
tumiskan bawang2 dan cili padi.
setelah naik bau masukkan bilis dan kentang.
garam sikit sahaja sebab bilis dah masin kan.
sedia hidang dan makan ketika panas lawankan dengan sambal belacan walah!

May 3, 2013

Siakap Rebus

Marilah ummi rasmikan kuali baru meyer hehe baru sekali pakai performance best.Masak yang simple memangla tak heran.Pasni tengok cemana ek bila menggoreng.

Dah lama tak tepek resepi sebab penyakit MALAS datang.
Malam tadi buat siakap rebus je sangat sangat sangat simple dan sehat.tanpa minyak lah katakan.
Sebelum ni guna oven agak dry texture ikannya. Yang rebus ni sebijik rasa dia macam siakap stim, kalau tau lama dulu dah lama ummi buat. Ini konon sebab tak bawak pengukus so tak syokla nak buat siakap stimm kan. Alasan.

Bahan-bahan

ikan siakap
-lumurkan rata dengan garam dan sos tiram. perap 15 minit

bahan hiris
-serai 2btg diketuk
- halia
-bawang merah
-bawang putih
-daun ketumbar,bau dia memang sedap wooo semerbak, kalau takde boh daun sup.
-cili padi
-tomato
-limau nipis
-lengkuas jika ada
-lain2 sayuran jika suka

* nisbah, ikut suka nak letak banyak mana

cara-cara

-masukkan air dalam kuali bersama serai, halia, bwg merah dan putih,cili padi dan lengkuas.
-setelah mendidih masukkan ikan siakap yang telah diperap tadi.tutup kuali.
-terbalikkan ikan dengan berhati2 untuk jaminan masak sebahagian lagi.jika khuatir ikan hancur siramkan dengan air rebusan ke atas ikan atau lebihkan air meliputi ikan.
-setelah ikan kelihatan masak, masukkan tomato, daun ketumbar dan limau nipis yg dihiris.
- perasakan dengan garam dan sedikit gula.
-sedap you!simple sgt kan?

April 9, 2013

Ikan Tenggiri Masak Kicap

Sedap ek ikan tenggiri yang fresh, isi dia kenyal dan manis.

memang sesuai untuk di masak kicap.
jom masak,

bahan-bahan,
-ikan tenggiri. 2 potong Lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam.
-bawang besar 1 biji dihiris gelang
-bawang putih 2 biji dihiris
-halia 1 inci dihiris
- 1btg kayu manis dan sebiji bunga lawang
- 1 biji tomato potong 4
- 1 biji lada merah dihiris.
- kicap manis ( ummi suka kicap jalen)
-garam gula sedikit saja
*** sos cili jika suka

cara-cara
-goreng ikan tenggiri, jgn terlalu garing kering,agak2 cukup masak.
-panaskan minyak, tumiskan bawang besar,putih dan halia. Masukkan kayu manis dan b.lawang.tumis hingga naik bau harum.
- masukkan kicap pekat or manis agak2 cukup kuah. jika terlalu pekat, masukkan sedikit air,
-masukkan tomato.dan lada merah
**jika mahu sedikit likat dan menambah rasa, masukkan sedikit sos cili jika suka
-garam dan gula sedikit.tak perlu banyak kerana kicap sudah kuat rasanya.

setelah mendidih, siramkan kuah kicap ke atas ikan yang telah digoreng tadi.Makan ketika panas..
boleh juga masukkan ikan ke dalam kuah kicap dalam kuali tadi.







Tenggiri Masak Kicap,Sambal Tempe Jawa, Kailan Goreng Belacan & IkanKembung Goreng



March 26, 2013

Ikan Selar Goreng, Udang Masak Merah, Sayur Campur Sotong

Lagi2 sayur campur.

Sebenarnya ummi nak buat sotong goreng kunyit, dok leka masak ummi terlebih bubuh air.
tak semena2 banjir dan jadi lah sayur sotong masak air..
Syukurlah kakak makan..

Siakap 3 Rasa, Telur dadar Ayam Cincang & Sayur Sawi Cina dgn Tauhu Kering



Ikan Siakap 3 Rasa

Resepi later ek hihihi...

March 9, 2013

Dinner Malam tadi

Ummi tak sempat la nak upload menu2 baru lately walapun beberapa usaha berjaya dibuat dalam masakan.

Apa nak buat, belum sempat ambil gambar dah selamat di ngap dan di makan dengan kenyang.
ni sementara tunggu turn kat hospital, marilah ummi rajinkan diri upload gambar dinner kita malam tadi ek.

Simple dan menyihatkan, sbb ummi xrajin nk berdiri lama semalam.

Untuk siakap ni, umi masak guna oven, sebab takde periuk kukus yg besar.ummi tak bawak periuk kukus tu ada kat msia.
so, xleh la jadik siakap stim.
menggunakan oven dan bahan2 ringkas menjadik la jugak..
kalau kukus rasanya lebih sedap kut.

nantilah ummi catatkan resepi ek.