May 9, 2013

Sotong goreng ketumbar jintan

Ummi kerap sakit pinggang skrg..rasa mcm org tua2 pun ada.sakitnya menangkap ke tulang.
harus bergantung pd yoko2 gosok kat blkg.
walau apapun selagi berkudrat insyaAllah ummi tetap akan masak jugak setiap hari walaupun menunya sangatlah simple.Alhamdulillah abi pun tak pernah cakap apa, sentiasa mkn ape yg ada..

hari ni, ummi tandus idea nak masak apa.Lauk dalam fridge semua mesik keras kebatun sebab dok dalam fridge lagi jam 4 lbh baru keluarkan sotong.Blogwalking dapur Mat Gebu jumpa lak resepi mudah ni takyah guna lada kering sbb ummi tak buat lagi stok lada kisar minggu ni.
Jom tengok apa yg boleh dibuat dengan sotonggggg....Ummi lawankan dengan sayur kubis cina dan ikan goreng.Alhamdulillah.
Tima kasih Che Mat Gebuuuu...atas resepi dan ideanya;)

Bahan-bahan
400 gram sotong saiz sederhana, -ummi ada 6 ekor saiz sederhana
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris bulat
2 ulas bawang putih, hiris
1 tangkai daun kari, dilurut
Garam dan gula secukup rasa
1 biji limau kasturi perah jusnya
1 camca teh serbuk kunyit*
1 camca teh serbuk ketumbar*
1/2 camca teh serbuk jintan manis*
1 camca besar cili flakes* - ummi pakai lada hidup je,cili padi pun habis stok
Cili merah, didadu kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Sotong dibersihkan, buang kulitnya. Kemudian kelar2 sotong tadi, tapi pastikan tidak putus. Buat untuk setiap ekor, cuci bersih dan toskan. Kemudian gaul dengan bahan2 bertanda (*) dan perap 20 minit dalam peti sejuk.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan daun kari hingga harum. Masukkan sotong yang diperap tadi, gaul rata dan masak hingga sotong berubah warna, tambah hirisan bawang (leraikan), kacau rata.
Tambah jus limau kasturi, garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap dan rasa jika ok boleh matikan api. Tabur cili merah yang didadu kecil sebelum menghidang. Sedap dimakan panas..



1 comments:

Uncle Lee said...

Hi Rosebud, love your humour....re your menu, 'take it or leave it', ha ha.
And your this sotong goreng looks really sedap best.
Masuk mulut one piece boleh lupa nama mak, ha ha.
Ini da tentu tiga pinggan nasi lichin.
I guess you have a black belt in cooking.

Have a fun weekend, and keep a song in your heart.
Lee.

Post a Comment