Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

October 19, 2014

Sup Tulang Lembu Menangis.

October 16, 2014

Kari Daging Qurban, Sotong & Ayam Goreng Tepung, Sayur chapchai

Tengahari tadi whatssap abi dengan kebuntuan nak masak apa hari ni.

Sudah resmi Abi tidak meminta2 untuk dimasakkan apa2.Apa yang ada dia makan.

Resmi Abi tidak pernah komplen atau mengeji makanan yg dimakannya.paling tidak abi diam.
Tak pernah ummi dengar abi kata ' tak sedap' pada setiap makanan yg abi makan.

Untuk dengar Abi kata sedap juga jarang2.
jika sedap kata abi - bererti mungkin sedap sungguhlah kan.hehehe.

Alhamdulillah Abi tak cerewet dan meminta2.
Amierah Ziyad Zikry harus contohi Abi ya.

Hari ni lepas ummi whatsapp abi pun balas.
Ini kerana sejak awal minggu ummi dah mengeluh tak tahu nak masak apa ketandusan idea dan mood.hormon tak stabil katanya.

Abi kata nak makan sotong tepung dan sayur chapchai.
sayur paling abi suka kalau dikedai2 makan.

Apalagi terus ummi keluarkan sotong yg masih beku.
Ummi tambahkan kari daging qurban pemberian mbak ike masih ada.
Alhamdulillah rezki hari ni masih ada.

October 7, 2014

Nasi Goreng Daging Merah

September 22, 2014

Kari Kamben

September 3, 2014

S & S (Spagetti & Stew)

Favourite awak berdua la ni.
Cumaaa....bila ummi nak letak sayur kat ziyad punyala menjerit macam hape tanak makan.
hai lah anak - ummi belum give up...pun gitu ummi pun menjerit gak ni dalam hati..hukhuk

Kakak alhamdulillah sikit2 ummi pujuk kakak pun makan. Asalnya dulu kecik2 pun tak nak makan.sejak sekolah makan dengan kawan2 baru belajar2 makan sayur kan.

September 1, 2014

Daging Goreng Kunyit

Resepi pun dah pernah letak.
Kali ni masukkan buncis terus takyah masuk sayur lain 2 dalam 1 katanya kan.Takyah goreng lama buncis tu masukkan bila dah tutup api just kacau2 sekejap.
Bila makan buncis tu rasa manis je sebab tak layu dimasak lama.

May 21, 2014

Daging Bali.

Resepi  ada dalam post terdahulu.

May 3, 2014

Beef Stew

#siaran tertunda

June 2, 2013

Daging Palembang

Malam tadi ummi Yan buat makan2 sempena birthday Zara.
merangkap birthday uncle G dgn mama Ida.
Balik hospital semalam mmg ummi takde gi mana, badan agak letih, fikir2 nak buat kuih tapi rasa macam tak daya.
bahan pun banyak tak ada, nak buat kek macam tak larat complicated sangat.

Ummi Yan kata nak buat laksa Johor dgn beriani ayam.
So baik ummi top up dengan daging kan buat tambah2 lauk. mana yang larat lah kan..
terus masuk blog Puan Yatie dan ummi adaptasi resepinya, tima kasih Puan Yatie mintak halal ye.

Bahan-Bahan:
700 gm daging - potong lebar dan nipis
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat - ummi guna 250ml je
2 sudu besar kerisek - ummi tambah jadi 5 sudu
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals), ummi campur dgn kicap Jalen
minyak utk menumis

Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering- Ummie guna 4 sudu cili kisar

Bahan Tumis
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 biji bawang merah-hiris-Ummi tak letak
2 ulas bwng putih-hiris -Ummi tak letak


Cara Memasak
Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar bersama serai sehingga pecah minyak.
Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Masukkan kerisek dan gaul rata. Masak sehingga daging empuk.


cubalah masak daging cara ni.
Makan dengan nasi or nasi impit fuhh macam nak raya pun ada hihi..




May 23, 2013

Daging goreng kunyit

Satu lagi menu simple.

Walaupun ummi gunakan daging segar, biasanya ummi akan rebus kejap sekitar 15 -20minit sebab dah masuk dalam peti ais kan.kalau balik pasar terus masak tu tak perlulah rebus.
tak tau la dari mana dapat teori tu hahaah sukahati je,

Bahan-bahan
daging segar hiris nipis
serbuk kunyit
garam
bawang besar
bawang putih
halia
cili padi
garam secukup rasa

cara-cara
lepas rebus daging, lumurkan daging dengan serbuk kunyit dan garam.perap 15-20 minit.
gorengkan dalam minyak panas dengan hirisan halia. jgn goreng terlalu lama, nanti kering sgt jadi liat pulak sbb dah rebus kan tadi,
ketepikan daging agak2 warna telah kekuningan, tumiskan bawang merah putih dan cilipadi dalam lebihan minyak yang sama, setelah naik bau, masukkan semula daging tadi.kacau hingga sebati.garam sedikit.
sedia dimakan.

April 18, 2013

Home Made Satay!

Waduuh..
Kok kepinginnya macam2 skrg ni buk?
Nak satay la pulak.
Apalagi, buatla ummi?errk... tak susah ke?
Mujur ada Awan datang, chef d mission.dengan tunjuk ajar Awan dapatlah kita makan satay ye nak.Terima kasih banyak Awan!!
dan untuk Abi plak, thanks jugak, sentiasa setia membantu meringankan tulang kat dapur! puji skit biar tambah rajin ;p
Macam biasala, awak kanak2 riang berdua takmo makan..sian ummi tau?

Jom layan photos dulu.Resepi kendian, tunggu ummi expert.nak kena buat lagi sampai pandai. Hak yg ni, ayamnya termasin pulok, hak daging macam dry skit.Takpe, usaha lagi ummi jgn putus asa k?




















March 28, 2013

Stew Daging dengan Pasta

Ini resepi Tok Yang Abi,
Ummi suka, sedap kat tekak ummi.

Bahan-bahan:
-daging segar dihiris nipis
-2 sudu marjerin untuk menumis
-bawang besar
-bawang putih
-halia
-lada hitam yang ditumbuk
-batang saleri
-lobak, jagung muda, kacang buncis, bunga kubis,atau sayuran apa2 ikut citarasa
-kentang
-tomato
-cendawan
-daun sup
-sesudu/ dua sudu tepung gandum
-garam secukup rasa

Cara-cara;

Rebus daging segar hingga lembut. ummi gunakan slow cooker masak dalam 1-2 jam.
Panaskan periuk dengan marjerin.
Tumis daging tadi dengan halia dan lada hitam.
Masukkan air rebusan daging tadi sedikit.
Masukkan bawang besar dan putih.
Masukkan sayuran yang lambat empuk.Agak2 telah empuk, tambahkan air rebusan lagi.
Masukkan tepung gandum jika suka kuahnya sedikit likat dan tidak terlalu cair.
Sedikit garam.Perasakan.
Taburkan daun sup jika suka.

Sedia untuk di makan dengan pasta atau roti untuk sarapan.Nyum2!







March 20, 2013

Nasi Goreng USA





Kari Ayam, Daging Burger Goreng Sambal,& Sayur Campur



October 13, 2012

Daging Bali & Sayur Campur

Hari ni Abi Overtime.
Sabtu kantin kat ofis Abi tutup.Maka semalam Abi notis awal nak bawak bekal.Abi suggest nasik goreng.Malam tadi dah buat nasik goreng, so tak best lah recycle menu malam tadi.
Jam 4 pagi umi bangun dah, plan nak masak daging bali ni. first time makan masa Mak Long masak dulu.
Skang ni dah boleh masak sendiri. Makan dgn nasi putih panas2 memang sedap.Lawankan je dengan sayur campur.Simple dan sedap!
Abi pun suka.Kan bi?


Jom makan!

Sayur campur

Daging Bali




Sayur Campur

Bahan-Bahan
-Minyak
-Bawang merah 3 biji dihiris
-Bawang putih  2 biji diketuk
-Secubit bilis@ udang kering
-Garam 
-Sayuran
-Sedikit air
(Lobak,Kailan,Kubis, di hiris ikut suka.)

Method:
Tumis bawang merah,putih dan bilis sampai naik bau.
Masukkan lobak,dan sikit air supaya lobak cepat lembut.
Masukkan sayur2 lain.
Tabur sikit garam secukup rasa.

Daging Bali


sumber : K.Nor@SecubitGaram setelah di olah.Terima kasih kak Nor!



-Daging segar (potong nipis, cuci bersih) agak2 4 org makan / Ummi rebus dulu dalam slow cooker dalam 5 jam bagi lembut
-Santan
-5 helai daun limau purut
 -2 sdb kicap pekat/manis
-5 biji buah keras *
-8 biji cili merah *
-3 ulas bawang putih *
-1 inci halia *
-1 sdt kunyit serbuk 
- Minyak untuk menumis 
-Tomato dipotong 4 dan
 -bawang besar potong bulat.
-Garam/gula secukup rasa

Method:
Kisar bahan yang bertanda *.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serbuk kunyit  hingga naik minyak dan garing sedikit.
Masukkan daging, santan  dan daun limau purut, kacau sebati dan biar hingga kuah agak pekat. Masukkan garam, kicap pekat dan kicap manis secukup rasa, gaul sebati.Masukkan tomato dan bawang besar yg dipotong bulat. Kacau lagi dan angkat untuk hidangan.