Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

October 19, 2014

Kerang Rebus - sambal kerang - kobis goreng - ikan goreng

Makan dirumah lebih betah apatah lagi dengan askar bertiga ni.
Masing2 masih mentah dengan table manners and etika makan.
boleh meroyan umi kalau masing2 buat perangai kat kedai makan.

Bila mood baik lauk2 kena selera Alhamdulillah.
Kalau mengantuk penat dan tak kena gaya hew hew tanduk umi pun keluar lah 2.

Apapun time2 begini makan dirumah mmg paling nikmat dan selesa.
Alhamdulillah.

October 16, 2014

Asam Pedas Ayam & Sayur Goreng

kali ni ummi try resepi yg ummi jumpa masa blogwalking.
Alhamdulillah sedap.
tertarik ummi bila dia guna tomato segar dan blend untuk jadi paste.sgt menyihatkan tanpa disedari kan hehehe
ummi print screen resepi tp.lupa nak amik address blog tu harap mohon dihalalkan ummi share kat sini.nanti kalau terjumpa.lagi ummi petik nama dan kredit insyaAllah.

October 13, 2014

Sambal Sardin Petai & Bendi Goreng Belacan

Sardin King Cup 2 tin kecil
Halia
Bawang merah
Bawang Putih
Cili Api
Lada Kering kisar 2 sudu
Asam Keping 1 saiz kecik
Petai jika suka
Garam Gula secukup rasa

Panaskan minyak
Tumis halia bawang merah bawang putih cili padi
Masukkan cili kisar
Tumus hingga pecah minyak
Masukkan sardin
masukkan asam keping
garam gula dan petai.
kacau supaya masak rata.
hidangkan ketika panas.

Bendi goreng belacan

Sayur bendi & kacang botol hiris
bawang merah
bawang putih
sejemput belacan
garam

Tumiskan bawang merah dan putih
masukkan belacan.kacau rata
sedikit garam
masukkan sayur2an

tutup api dan hidangkan.

September 20, 2014

Sayur Campur

Bawang putih 3biji diketuk
sikit udang kering atau bilis
kicap cair
garam

sayur kacang panjang
lobak
jagung muda

tumis bawang putih
masukkan bilis atau udang kering
agak naik bau masukkan sayuran
masukkan kicap cair
dan sedikit air
garam sedikit saja.gaul sebati
agak2 dalam 5 minit matikan api.
siap

September 18, 2014

Tomyam Segar

Haha dasyat tak nama dia.
Dalam banyak2 jenis tomyam.
Inilah yg menjadik faveret umi.
Letakla apa jenis daun sekalipun nak jadi sedap ke apa, tekak umi suka yg ni je.
paling senang paling segar nak2 tgh pening2 ke apa kan.
tak de minyak takde santan.Takyah tumis takyah pening.
Resepi ummi penah letak dulu tak silap.
Jom makan.

September 12, 2014

Kari Udang- Ayam Goreng- Kangkung Bendi Belacan - Sambal Belacan

September 9, 2014

TomYam Qung

September 8, 2014

Asam Pedas & Pecal

Sambil2 tunggu oven panas.meh tepek lagi gambo mana yg ada.

satgi nak buat kek marble - all time favourite - ummi selain butter cake.

sejak balik raya tu mood memasak lari tune.geng makan dah tak ada so nak masak beriya2 pun tak bersemangat.

Hari ni masak asam pedas.
Abi suka asam pedas ikan pari.
Sini ikan pari xde jual pulak kat pasar sathu pradit.Maka ikan kembung jelah selain ayam sebagai pilihan.
Asam pedas ummi masih belum dapat tune yg ummi suka. xsedap mcm nenek buat.
Rasa tu ada cuma xumphhh mcm asam pedas org lain atau pun kedai.
Ummi kena carik rahsia disebalik kesedapan asam pedas tu huhu...
asam pedas ni sentiasa membangkitkan selera wp makan kuahnya saje dah sedap lawankan dgn nasi panas.

selain tu  ummi sediakan sayur pecal.
Kuah nya ummi kirim dgn ibu mertua mama umar.masih ada baki simpan dalam fridge.
yg best ya paste dia kering bila nak makan just tuangkan air panas atau ummi masukkan dalam mikrowave 1minit.

August 25, 2014

Selera Kampung.

As always.
Anak kampung selera kampung.

Kari Udang
Bawal Putih Goreng
Sambal Udang Petai
Asparagus Goreng

May 21, 2014

Si Buncis & Si Kupang

Pecal Jawa

kuah itu imported dari Pahang nyum2.

January 1, 2014

Lunch di tahun baru 2014

Ikan segar dari Chonburi.
Sambal belacan dgn sayur bayam.
Erk ikan sepat masin tiada dlm gambar.
Simple dan menyelerakan.nyum nyum

December 11, 2013

Lodeh Johor & Sambal Sotong

November 9, 2013

Acar


Acar ni paling mudah buatannya.Ada banyak nama lain.Kalau jawa panggil pencuk.
tak kisahla nak panggil acar timun ke nenas ke apa ke kan.
boleh di makan sebagai pelengkap kepada nasi tomato dan ayam merah kebiasaannya.

Bahan bahan:
nenas
lobak
lada merah/hijau
timun
bawang merah
cuka makan /jika ada.ummi guna cap jalen
bijisawi /jika ada
gula sesudu


cara-cara

potong semua bahan atau hiris ikut suka macamana.
campurkan semua bahan.
tutupkan dalam bekas,
masukkan dalam peti sejuk sejam dua sebelum dimakan supaya rasanya sebati dan meresap



June 3, 2013

Asam Pedas

Lama jugak tak buat asam pedas ni.Nak tunggu ada daun kesum baru boleh buat kalau takde mmg ummi simpan je hasrat tu.Ni resepi biasa je bukan macam yg sebelum ni. Kalau rasa nak cepat bahan tak banyak boleh try cuba yang ni dan rasanya still sedap. Yang penting perlu mahir bermain dengan garam gula dan air asam jawa supaya rasa dia seimbang.


Bahan bahan
Beberapa ketul ayam ummi goreng bersama serbuk kunyit dan garam hingga agak masak dan tak sampai garing.
5-6 tangkai daun kesum petik daunnya
4 sudu cili kering kisar
setengah sudu asam jawa di bancuh dalam setengah cawan air
Bendi 6 batang
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya dalam 2 cawan

Bahan Kisar
1 1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
2 biji buah keras, hiris
sejemput biji hitam biji
1/2 inci belacan

Cara-cara
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis cili hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 2 cawan). Biar mendidih.
Masukkan daun kesom dan ayam tadi masak lagi dengan api sederhana. Tambah bendi biarkan seketika.Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

May 31, 2013

Sayur Campur Udang Sotong

Ini last stok seafood dalam fridge.
Mujur esok cuti Abi kena gi pasar shopping stok seminggu macam biasa.
Bila bahan tak banyak kita goreng2 kan aje senang takyah pening2 nak sambal ke nak apa ke.

kaedah dia macam biasa sebelum2 ni pernah tepek rasanya.
Takpela sementara tunggu Abi balik ni ummi tepek lagi.

Bahan2

udang sotong hiris, ratakan dengan serbuk kunyit dan sikit garam
sayuran ikutlah apapun nak letak
bawang besar selabu di mayang
bawang putih 2 biji hiris
halia hiris
cili padi 5-6 biji dihiris
garam secukup rasa

Cara2

Panaskan minyak,
goreng udang sotong tadi agak masak, jgn terlalu lama.ketepikan
dengan baki minyak, tumiskan bawang merah, putih, halia, cili padi..
agak naik bau, masukkan sayuran hingga agak lembut
Masukkan semula udang sotongbtadi,gaul rata dalam 3minit
tabur sedikit garam secukup rasa
sedia dihidangkan

April 1, 2013

Kacang Panjang & Su'un



March 26, 2013

Ikan Selar Goreng, Udang Masak Merah, Sayur Campur Sotong

Lagi2 sayur campur.

Sebenarnya ummi nak buat sotong goreng kunyit, dok leka masak ummi terlebih bubuh air.
tak semena2 banjir dan jadi lah sayur sotong masak air..
Syukurlah kakak makan..

Siakap 3 Rasa, Telur dadar Ayam Cincang & Sayur Sawi Cina dgn Tauhu Kering



Sawi Cina dengan Tauhu kering Masak Air


Bahan- bahan

-bawang merah 2 biji
-bawang putih sebiji
-bilis sejemput
-sawi cina di potong
-tauhu kering yang telah direndam awal hingga lembut dan dipotong
-sedikit minyak zaitun dan garam
-Air


cara-cara

-setelah panas minyak, tumiskan bawang2 dan bilis
-masukkan air dan masak hingga didih
-masukkan sayur dan matikan api sebelum layu
-sedikit garam

jika mahu lebih sehat tak perlu minyak hanya didihkan air dan masukkan kesemuanya hingga masak.