Showing posts with label Lauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk. Show all posts

October 16, 2014

Kari Daging Qurban, Sotong & Ayam Goreng Tepung, Sayur chapchai

Tengahari tadi whatssap abi dengan kebuntuan nak masak apa hari ni.

Sudah resmi Abi tidak meminta2 untuk dimasakkan apa2.Apa yang ada dia makan.

Resmi Abi tidak pernah komplen atau mengeji makanan yg dimakannya.paling tidak abi diam.
Tak pernah ummi dengar abi kata ' tak sedap' pada setiap makanan yg abi makan.

Untuk dengar Abi kata sedap juga jarang2.
jika sedap kata abi - bererti mungkin sedap sungguhlah kan.hehehe.

Alhamdulillah Abi tak cerewet dan meminta2.
Amierah Ziyad Zikry harus contohi Abi ya.

Hari ni lepas ummi whatsapp abi pun balas.
Ini kerana sejak awal minggu ummi dah mengeluh tak tahu nak masak apa ketandusan idea dan mood.hormon tak stabil katanya.

Abi kata nak makan sotong tepung dan sayur chapchai.
sayur paling abi suka kalau dikedai2 makan.

Apalagi terus ummi keluarkan sotong yg masih beku.
Ummi tambahkan kari daging qurban pemberian mbak ike masih ada.
Alhamdulillah rezki hari ni masih ada.

October 2, 2014

Sup Kamben

Musim kamben.
Maklumla nak raya aji ni kan hehehe mood mengambing saje.
Alhamdulillah rezki hari ni dpt makan sup tulang kamben.

rasa dia?
alhamdulillah. walaupun tak ummphhh umi dgn abi telan je lah.huwaaaaa....
belum berjumpa lagi resepi yg menambat selera ummi.
sup ni masak style biasa.
apa kena masuk ketumbarjintan kut baru ada rasa lebih sedap dan manis kut ek.

haizzz ummi selagi x mendapat rasa sedap kat tekak  ni harus pulun lagi cari secret recipe.

yg ummi perasan masak kamben ni mmg tersendiri.
baik grill ke bbq ke kari ke sup ke mmg lain skit cara  dan kaedah nya.
huhu harus berusaha lagi ye ummi.

September 22, 2014

Kari Kamben

Bilis Kicap Cili Api

umi lapar.
nasi dah masak.
lauk2 masih beku belum thaw.
Apalagi masak la yg paling simple paling sedap harum dan pasti bertambah2.

bawang merah/ besar hiris
cili api 5 ke 6 batang lagi pedas lagi best
lada merah hiris sedikit
bilis
kicap
minyak

goreng bilis hingga agak garing.
ketepikan ke sisi kuali.
dengan minyak yg sama tumis bawang dan cili api.
kemudian masukkan kicap.
gaulkan semula bersama bilis goreng tadi.
masyaAllah sedap amatttt...
makan dgn nasi panas. cukup!!.ummi tambah nasi 3kali okeyyyy!!!

September 20, 2014

Sambal udang Sotong Petai & Sotong Goreng Tepung

Resepi ummi dah letak dulu.

Ayam Masak Kicap

Gorengkan ayam sebentar  dengan serbuk kunyit dan garam agak2 masak tidak sampai garing.

Bawang besar
bawang putih
halia
kayu manis buah pelaga bunga lawang
lada merah Atau cili api
kicap pekat

tumiskan kayu manis buah pelaga bunga lawang
masukkan halia
masukkan bawang putih dan merah
masukkan lada merah atau cili api
setelah naik harum bau masukkan kicap pekat.
tambah sedikit air.
setelah mendidih masukkan ayam atau siramkan ke atas ayam yang telah digoreng tadi.
biasanya ummi masak sebentar ayam ke dalam kuah kicap supaya sebati meresap kuahnya bersama ayam.
Jika sukakan lebih masin boleh ditambah sedikit garam.

September 18, 2014

Begedil

Begedil ke pegedil ke apapun nak sebut ummi tak kisah.Asalkan yang makan jangan degil lol.hahah

ni versi paling mudah ummi suka je asal sedap sudah takyah pening cari resepi yang complicated mmg ummi kurang rajin nak ikut.

takde bawang segala.

kentang tu kupas kulit kemudian potong2 ikut suka.
kemudian goreng agak2 masak je dalam minyak panas.
biasa ummi buat dalam 2 ke 3 ketul.saiz sederhana pun dapat banyak puas  makan berdua.

daging atau ayam.anggaran segenggam dua sbb dah potong siap2.
biasa ummi guna daging.
rebus hingga daging masak.

serbuk kari sesudu setengah.
daun sup.

ok.
lepas goreng kentang dan rebus daging-
tumbuk kentang.
blend daging kasi hancur la sbb nak tumbuk jenuh skit ummi x rajin.terpercik2 nanti air rebusan dr daging kalo nak tunggu tos bagai.

satukan dalam mangkuk keduanya.
masukkan serbuk kari.
masukan daun sup.
garam secukup rasa.
gaul rata sampai sebati.

kemudian bulat2 atau bentukkan ikut suka.
pukul telur sebiji.

panaskan minyak.
celup begedil yg dah dibulat2kan ke dalam telur  yg dipukul dan goreng hingga kuning keemasan.

siap.sedap.
makan dgn sup atau soto waduuh.

September 9, 2014

TomYam Qung

Paprik Sotong

Halia seinci ketuk
Bawang putih 2 ketuk
serai sebatang ketuk
cili api 4 btg hiris
bawang besar potong 6
tomato belah2
sotong
daun limau purut 3

cili kisar 1 sudu
sos cili sos tomato sos tiram anggaran masing2 1 sudu stgh.
sos ikan /nampla 1 sudu
umi kurangkan sos tomato tanak masam lebihkan sos cili

panaskan minyak tumis halia bwg putih serai.
naik bau masukkan cili kisar.
kemudian segala sos dan sos ikan.
boleh tambah air jika mahu cair sikit.
masukkan sotong.
agak2 masak masukkan  sayuran kacang panjang jagung muda dan bunga kobis serra tomato.
sedikit saja garam.
kalau tak ada sos ikan lebihkan garam.kerana sos ikan sudah masin.
Masukkan daun limau.
Kacau sebentar.jgn masak sayur terlalu lama nanti layu.

Tutup api.

August 26, 2014

Penutup Ramadhan

Ini #throwback lagi.

Penutup Ramadhan dan masakan akhir di Chatrium.Sathon sebelum berpindah ke Chatrium Riverside.