Showing posts with label Suka suki. Show all posts
Showing posts with label Suka suki. Show all posts

October 7, 2013

sedap v sehat



Bismillah
Entry lepas belum habis dah masuk entry baru.

Abang Ziyad lena. Adik zikry hampir lena. Ummi duduk atas sofa melayan resepi apa untuk petang nanti.
sejak kelahiran zikry, ummi masak seperti biasa. Tiada kesempatan ambil gambar tepek dengan resepinya.
masa sentiasa ada. cuma diisikan dengan perkara lain yang lebih material utamanya.

Ummi suka memasak.
terapi buat ummi.
biar tak sesedap makanan di luar sana..yg penting bersih dan suci.InsyaAllah.
mudah2an semasa dalam proses memasak sendiri, tak banyak zat hilang kerana menu masakan  melayu lazimnya tidak menyihatkan.Berminyak, berlemak, pedas, dan overcooked. Kecuali cara memasak diolah dengan mengambil kira bukan hanya sedap tetapi sehat.ummi masih belajar2.

Ummi harap kakak dan abang ziyad akan cepat adopt masakan sehat.Kakak sangat suka bunga kubis, sayur hijau, cendawan, dan beberapa menu lain.
Ziyad belum mahu makan sayur besar2. Dia sukakan ikan goreng dan ayam goreng semata.
Sejak mula membesar seleranya ikut berubah..kurang makan dan agak memilih.

anak anak ummi membesarlah dengan sehat ye sayang.
Hari ni ummi nak masak nasi lemak ayam goreng. 
Erk satu lg menu yg tak sehat namun sedap.;D

September 18, 2013

Zon Tua

Takpe.
Harap tak salah  guna perkataan takpe.
Kalau wanita guna perkataan takpe mungkin ada makna disebaliknya.dalam takpe takpe tu sebenarnya mungkin ada apa apa.

Ummi mengaku dah masuk zon tua kini.
Zon mak mak.
Takpe.
Dalam kepala dah berlegar jenis pinggan mangkuk cawan yg diidamkan.
Jenis kuali periuk belanga yang sesuai dipakai.
Jenis oven blender cooker yang tahan lama.
Dapur yang praktikal bukan kosmetik semata2.
Sinki yang menghadap tingkap supaya ada cahaya masuk dan nampak hijau pokok2 diwaktu pagi sambil mencuci.
Pengukus haruslah sebesar mana utk masuk loyang kuih atau nak masak siakap stim.
Petisejuk dan sinki serta dapur masak adalah 3 elemen terpenting sekali.
Tempat simpan barang dan laci hendaklah praktikal sekali.
Barang dapur terutama bahan basah wajib beli cukup2 seminggu plg lewat expirynya supaya makan makanan yg masih segar dan sedap lagi.
Elakkan pembaziran terutama barang2 yg luput tempoh sebelum guna.masak terlebih bajet.left over dalam peti ais yang tak akan di makan lagi.

Bersambung

July 11, 2013

Rindu

Oh oh rindunya ummi nak masak bersilat ketung ketang kat dapur..

Skrg ni masak slow2 mcm pengantin baru masak kat umah mak mertua hihihi..

Apepun  ummi akan cuba memasak jugak utk hidangan berbuka dan bersahur abi  wp sesimple mana..
Erk...ummi...belum boleh puasa lagi.hihihi...

Nnti kita sembang lg k.

February 27, 2013

keropok mony,mee siput dgn keropok ikan

haaa..hari ni umi rileks je rasa.kain dah lipat.kat mesin tgh pusing lagi..bab sidai mana larat baru boleh, kalo ampaian tinggi bahagian abi tolong sidai
adik tido..kakak sekolah.rumah dah kemas, so nak buat apa lagi.

Ummi pun teringat stok keropok yg ada, goreng la kan sbb dah tade keje.
keje tu ada, baju abi n kakak banyak lg tak bergosok tp mood tu yilek..nak buat yg ringan2 je hehe..


kropok mony ni kat msia dulu dah glamer tp umi tak pernah teringin nak beli.
sampai sini mama ida goreng waduh kok sedap.so sejak tu umi kirim dia dan ateh bawak ke mari.
pada ummi hak jenis yg bulat ni lg sedap dari yg jenis bintang ni, tak serap minyak.


mee siput tu dah lama simpan tapi tak bergoreng2. tunggu ada sambal tumis la baru sedap makan cicah sambal dgn air kopi o.fuhhh sedap woo..

ok jom snap2 picture apa ummi buat bila bosan hihi









October 2, 2012

New gadgets






Bersempena kewujudan gadget2 baru dalam dapur ummi semalam, terus semangat ummi nak update blog.
Terima kasih yang tak terhingga buat Abi sebab sudi membelikan ummi barangan dapur ni, yelah kalau namanya barangan dapur, mestilah untuk kegunaan dan nikmatnya untuk dirasai oleh kita sekeluarga..
story la sikit disebalik kewujudan barang2 ni, blender tu lah yg paling penting ye nak, sebab blender kita yang ummi bawak dari Malaysia baru je meletop minggu lepas masa ummi buat rendang. Berasap2,bau pun kuat, lebih sadis,ummi nampak api tu sparking daripada mesin blender tu, dan automatiknya dah tak boleh guna...
Blender tu hadiah kawin ummi dgn Abi..
UMmi dan Abi pilih jenama electrolux ni setelah membelek2 dgn yang lainnya. Dari rumah dah set nak beli brand tefal,tambah pulak ada diskaun..sampai mall je, promoter tu promote kan brand ni yg ada lebih ciri2 keselamatan,dan beberapa lagi keistimewaan, maka kami tak mampu menolaknya.
Harga? Bhat 1290.00 bersamaan RM 129.00, warranty 2 tahun.

Hand mixer?
Pun menggantikan mixer hadiah kahwin yang dah rosak,pasal apa boleh rosak ummi pun tak faham, pakai pun belum pernah, tu sebab dia merajuk kut. Da 6 tahun dapat sekali pun tak penah guna kan hehe...Last time bila nak guna dengan Atam tengok2 dah tak boleh guna,tak boleh masuk beater dia..
Tamatlah riwayatnya..
So, ummi pilih yang simple je without bowl sebab nak buat pukul telur and tepung je camtu.bowl boleh pakai yang lama tu...

Harga?Bhat 400.00 bersamaan RM40.00 brand zebra..warranty setahun

Flask air tu pun jenama zebra.Abi kata harga semalam lebih murah dari warehouse sale dia,mengikut kata kawan2 Abi yang dah membeli. Alhamdulillah ada rezeki dapat beli rega murah, yelah jenama zebra kan..
Tak pernah pun masuk dalam wishlist ummi, sebab dah ada pemanas air elektrik tu kan.Since Abi yg nak beli, ummi tadah tangan sepenuhnya lah...banyak gunanya ni, boleh simpan air panas lebih lama, boleh bawak gi travelling dan picnic, waduh kok bagus yer?
Harganya,lepas diskaun bhat 400.00 iaitu RM 40.00..

Alhamdulillah,semua harga menenangkan hati..
Hari ni jugak ummi nak start guna.
Bee good to me ye gadgets..
Bismillahirrahmanirrahimm....