Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

October 7, 2014

Nasi Goreng Daging Merah

September 8, 2014

Nasi Tomato & Laksa Penang

Turn Arif pula balik Malaysia for good.
Abi balik pasar baru start memasak since bawang pun tinggal seketul je dalam bakul. Plus Sabtu Abi kerja.
So kita masak apa yg sesempatnya for lunch.

May 22, 2014

Bubur berlauk

keadaan kesihatan belum ditahap yang maksima.ditambah kerajinan yg semakin berkurang kerana mood  masing2 utk balik msia yg sudah kian dekat.

bubur berlauk
ayam goreng.
sambal kentang dan bilis
sayur campur sos tiram

jemput makan

May 21, 2014

Nasi Mandy


Alhamdulillah..
lepas rasa kat tekak ye.

credit: thanks Mak Dah.( eventho u didnt read this.)

May 1, 2014

nasi goreng kampung.

nasi goreng ni sedap ok.
sgt simple.
sedap.enak.(haha ommi masuk bakul angkat sendiri lalala)

resepi?
tangguh dulu coz nak temankan abi makan sambil minum nescafe panas hehe.
umi makan dah tadi.

March 18, 2014

Nasik lemak mengidam

February 5, 2014

Nasi Tomato

Again.
Tak kesempatan laa nak tepek resepi yang.
Nnti ummi sempat ummi tepek ye.

Pulut dari Chiang Rai

Thanks Anne.
Very sweet of you and your mother.
Kenangan dari tanah Chiang Rai.
Pasni nak buat pulut durian lah.

November 9, 2013

Nasik Lemak Buah Bidara

May 21, 2013

Nasi Aye

Kan..dah lama tak tepek resepi.
Ummi dah hujung2 ni tak rajin dah nak gi amik ipad snap2 gambo gitu kan..
Lepas hidang teruss ngappp je makan...

Ni tadi ipad kat sofa senang je capai. Resepi ummi dah tepek kat entry lama..
Untuk nasik ayam ni, ummi perlukan lebih kurang 2 jam untuk siapkan asalkan takde gangguan dan ayam dah defrost sebelum masak..sebab apa lama sampai 2 jam, sebab ayam tu nak perap dalam stengah jam, pastu nak rebus dulu ayam nak dapatkan pati ayam..haaaa masa tu kan.
Ni tadi sempat berwhatssap2 kat dapur mana la tak lambat, makan masa 2jam 1/2 baru siap.
Jom makan.


April 12, 2013

Slurrrrpp Soto..

Ni masak untuk late breakfast merangkap lunch.Silap2 untuk dinner sekali nanti hihihi..

Alhamdulillah ummi dan Abi makan dengan khusyuknya, adik pulak tak mau makan sotonya.
Mood makan adik tiba2 swing semula, sebelum ni dah baik.
Kurang selera ummi bilamana anak2 tak berapa nak makan bila ummi dah masak tau.
Nikmat memasak ummi akan datang bila semua makan bersama dengan banyaknya.
Mujur adik nak gantikan dengan biskut2..buat mengisi perut.
Alhamdulillah atas nikmat rezeki makanan yg ada pada hari ini.



April 4, 2013

Nasi Goreng Udang



March 27, 2013

Bubur Nasi Berlauk

Dah dua hari ni Abi tak sedap badan,mata dan kepala pun rasa lain macam, ummi rasa kepala Abi pun panas sejuk hangat.
Haisyh risau pun datang bila ahli keluarga kurang sihat.
Ummi kena masak yang lebih berkhasiat. Masalah ummi ni bila masak mesti nak kena ada menu pedas, tak kiralah sambal merah ke sambal belacan ke sambal kicap ke, janji pedas.Barulah anak jawa.

Kakak pulak,sekarang ni dah boleh makan apa yang ada cuma kena pujuk betul, cakap kat kakak kesian tak ummi dah masak kakak taknak makan..kakak jawab kesian,pastu nanti dia makan la jugak walaupun banyak ceritera nak kena layan..

Adik?asalkan ada ikan cukup.
aduhai hantu ikan anak bujang ummi, tak kisahla ikan goreng ke rebus ke masak pedas ke, janji ikan memang favourite dia,Alhamdulillah..

Pasni ummi kena latih tubi makan sayur pulak ek...

Jom layan menu malam tadi..

cara masak bubur,

-beras 1 cup masak dgn air 4-5 cup. masak api perlahan supaya beras betul2 masak dengan lembut.
-ummi masukkan daun pandan dengan sedikit garam


condiments:
- ummi just letak apa yang ada kat fridge

ayam goreng di racik
ikan bilis goreng
sambal kicap

dan sayur sawi cina masak dengan sos tiram.
-bwg putih, bawang merah,udang kering tumis dengan minyak zaitun,
masukkan air dan sos tiram,setelah mendidih kemudian masukkan sayur.Padam api sebelum sayur layu dan hilang zat.


March 20, 2013

Nasi Goreng USA





February 26, 2013

Nasi Ayam

Dah lama tak buat nasi ayam ni. Hampir terlupa skill.
Alhamdulillah, masih sodap lagi hihi...sape lg nk puji ye dak.


Resepinya ;

Sebelum masak baca bismillah, masak Dengan kasih sayang dan sepenuh hati,
insyaAllah sedap sgt nnti.
Mula2 rebus bahagian ayam yg bertulang untuk dptkan stok ayam/ air rebusan ayam.
ikut la banyak mana ayamnya.air biar lebih untuk buat sup sekali nnti.
Rebus bersama halia dan bawang putih yg diketuk.


Untuk ayam goreng:
potong ayam ikut saiz yang disukai.

-bawang putih.
-halia
-kunyit hidup
-sos tiram
-Garam secukup rasa.
(banyak mana bergantung kepada banyak mana ayam)

tumbuk kesemuanya, atau blender..
lumurkan pada kesemua potongan ayam.Masukkan sos tiram bersama.
Perapkan ayam paling kurang sejam.lebih lama lebih baik supaya rasa rempah dan tiram sebati.


Untuk nasi:

-Beras, ummi suka gunakan beras siam/ beras wangi
-Air rebusan Ayam

hirisan bawang merah, putih, halia, bunga lawang dan kayu manis di tumis bersama 2sudu besar minyak. biarkan sehingga naik harum baunya,

Beras yang telah di basuh di dalam rice cooker td dimasukkan air rebusan ayam mengikut sukatan biasa. Jika beras biasa air hendaklah dilebihkan sukatannya.

Apabila tumisan telah naik bau, masukkan kesemuanya bersama minyak tumisan tadi dalam rice cooker dan masakkan dia.
Sekali kala gaulkan sebati nasi supaya masak dan harum rata


Untuk sos.

-6 lada besar buang biji
-3bawang putih

blend keduanya.
Masukkan dalam periuk masak api sederhana.

Anggaran cili telah masak dan menggelegak, masukkan sos cili dalam 3 sudu.
garam dan gula secukup rasa.

rasakan masam manisnya, bila telah gelegak, matikan api.

Untuk sup:

-bawang merah
-bawang putih
-bunga lawang
-kayu manis
-lobak
-cendawan
garam secukup rasa

tumiskan bawang2, kayu manis dan bunga lawang, setelah naik bau masukkan stok rebusan ayam tadi bersama tulang2 ayam.masukkan apa jua jenis sayuran ikut suka. Perasakan dengan garam.


Untuk ulaman;

-salad
-tomato
-timun

selamat masak dan makan.;))











October 15, 2012

Nasi Goreng Ladna


Makan panas2 mmg daaap..

Ummi dah pening sekarang, setiap hari mmg akan bukak blog dan buku masakan, carik idea nak masak apa..
Inilah masanya nak cuba resepi2 baru kan, bila lagi.
Dulu kat melesia, boleh kata pejam mata je senang nak carik bahan masakan halal tak pulak rajin nak memasak..
Kat sini bila susah nak dapat yang halal, time tu lah idea masak membuak2 haisyhh..

ok, jom tengok resepi nasik goreng ladna yang ummi dah olah dari resepi asal.


Bahan:  Nasi Goreng 
Nasi putih
3 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
Secubit bilis@udang kering*
2 sudu besar minyak
Garam secukup rasa
1 sudu besar kicap

Bahan bertanda* dihiris atau ditumbuk

Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 bertanda*.Bila sudah naik bau,masukkan kicap, bila kicap dah berbuih masukkah nasi dan kacau goreng hingga rata. Ketepikan.

Bahan: Ladna
Udang
Sotong
Isi ayam/daging ~ dipotong kecil
Sayuran dipotong ikut suka
(kailan,lobak, putik jagung,tomato,brokoli,bunga kobis)
cili merah ~ dipotong serong
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit serbuk/kuib pati ayam- kalau ada
2 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih ~ diketuk/cincang
garam dan gula secukup rasa
tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
air secukupnya

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan isi ayam, goreng sekejap dan masukkan udang /sotong. Masukkan air. Bila kuah dah mendidih, masukkan serbuk lada hitam, sos tiram, serbuk/kuib pati ayam, sayur2 juga gula dan garam secukup rasa. Masak lagi hingga mendidih baru la dimasukkan bancuhan tepung jagung. Kuah jgn terlalu pekat, nanti muak. Hidangkan bersama nasi yg dah digoreng dgn kicap td.
resipi : 
K.Nor@SecubitGaram / Thanks kak Nor