Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

September 9, 2014

Marble Cake

buat midnite semalam utk sarapan pagi ni dan buat bekal abi.
kakak request nak bawak bekal ke sekolah hari2 untuk lunch sementara tunggu after school n hafazan classes .ooh yessssss nampaknya setiap malam sebelum tido hari2 kena prepare bahan kat dapur.maybe ummi boleh tapaukan abi sekali utk hari2. hari2??? why not.
sian abi bosan gaknya makan kat kafe.
sekarang ni sekali kala je tapau.

ill try to make it everyday so that masa ummi akan fully utilized di dapur la ye oh oh oh.
insyaAllah. let see la howw.

anyhow resepi ni dr kak watie @rafhatie.thanks kak watie sudi bagi dan xlokek tunjuk ajar.
umi akan keep this resipe coz sedaappp.
meantime will try another recipe soon and doing some comparison.
will update soon xoxo

September 2, 2014

Butter Cake

Dah teringin sgt.
Jam 7.30 pagi ummi buat hahah nampak nau kebulur kek ya.
Guna resepi paling ringkas sekali.
6 bahan saja.

Self raising flour 180g
unsalted butter 250g
Caster Sugar 200g
Fresh milk 1/2cup
Vanilla Essence
4 eggs

secubit garam.

August 26, 2014

Marble cake

ini semua #throwback

buat kek ni masa raya ke empat kat dapur mak.
alhamdulillah.
sempat gak baking wp sibuk kesana ke mari.

bila lah oven sini nak mula berasap ni huhu rajin oh rajin silalah dtg!!

December 6, 2013

Carrot cake

November 9, 2013

Toska Kaka



resepi ni dari kak wati.
kak watie dapat dari kak alita dewa rasanya.
takpe yg penting sedap sgt ummi dan abi suka.
ummi siap beli loyang khas sebab dia perlu loyang yg tak tinggi dan x rendah.tebal seinci lebih jer.ketebalan brownies camtu untuk satu adunan resepi.
kalau loyang panjang sgt nanti butter cake dia jadik nipis.

lain kali ummi tepek resepi.ummi tepek gambar dulu ye.

Kek Marble Favourite Ummi

Ummi ingat dulu mustahil ummi akan dapat buat kek sendiri.
ummi boleh memasak..walaupun rasa dia sedap kat tekak sendiri Alhamdulillah boleh diterima Abi..
cuma baking cake ummi rasa xde passionate.Memang awal2 ummi surrender.
Macam leceh jer..macam payah jer..
nak main tepung bagai..
rupa2nya..selagi tak cuba jangan lah mengalah.
sekali buat memang belum tentu jadi.Buat kek ada pantang larang dia ok.setiap kek sifatnya tak sama.
kek marble antara kek yang ummi suka.
ummi dulu selalu beli kat kedai kek kat sri damansara beli slices je sebab suka sgt.balik dari ambik ziyad kat rumah cik Mah ummi rajin gak singgah.

Alhamdulillah dah boleh buat sendiri sekarang,
Rasa dia?
Pada ummi sedapla kan.resepi ni ummi akan simpan turun temurun...
nnti ummi tepek k.

September 4, 2013

Kek Coklat Kak Yan

Bahan bahan

2 cawan tepung
2 cawan gula
1 cawan susu segar
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil serbuk penaik
4 biji telur
275g mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara cara

Ayak tepung, serbuk koko & serbuk penaik sekaligus
Pukul mentega dan gula sampai kembang
Masukkan telur satu persatu
Masukkan esen vanilla
pukul rata
Masukkan tepung berselang seli dengan susu

Bakar pada suhu 180-160 bergantung pada saiz oven ye
40 minit bergantung loyang besar atau kecil

March 26, 2013

Kek Pisang Harum dan Lembut

Memang sedap kek pisang ni.
Mak Tam@atam awak yang bagi resepi kat ummi.
memang tak mengecewakan.

Jom try buat,

Bahan-bahan;

- telur putih 4 biji
(ummi derhaka sebab sayang kuning telur tu, maka ummi guna 3 biji telur)
-Gula kastor/ gula yang telah dikisar 1 cawan
-ovellate sesudu. (pastikan yang halal). tak ada pun tak apa
-Pisang 4 biji.saiz sederhana dilenyek dahulu
-Tepung gandum 2 cawan
-Baking powder sesudu besar
- Esen vanilla sesudu
-Soda Bikarbonat 1/2 sudu kecil
-Butter/ minyak masak secawan (sini butter mahal, ummi guna minyak masak)

Cara-cara

Panaskan oven 170 drjh dalam setengah jam.

1. pukul putih telur hingga kembang
2. campurkan gula dan pukul hingga berbuih dan ringan
3. masukkan pisang yang telah dilenyek
4. masukkan tepung, baking powder, soda bikarbonat, esen vanilla dan kacau satu arah hingga sebati ( kacau perlahan)
5. setelah sebati,tuangkan minyak/ butter yang telah dicairkan
6. sapukan loyang dengan minyak atau marjerin,
7. tuangkan adunan ke dalam loyang dan masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan.

Bakar pada suhu sama 170 selama 40 minit atau sehingga masak.
Gunakan oven api atas bawah tanpa kipas.
Tidak membuka oven sehingga masak.
Cucukkan lidi/ garpu pada tengah kek untuk tahu sudah masak, jika basah dan tepung melekat, belum cukup masak dan tambahkan lagi beberapa minit.
Sebaliknya jika lidi/ garpu kering dan tiada adunan melekat menandakan telah masak.

Tunggu sedikit sejuk sebelum di terbalikkan kek dari loyang dan dipotong.







October 11, 2012

Kek Pisang Harum & Moist!

Kek pertama yang ummi belajar buat sendiri ialah,kek pisaang....hahaha sila gelak!

Kredit untuk Atam awak yang ajar ummi buat.
Kalau kat Malaysia pandang sebelah mata je kat kek pisang ni.Nak buat langsung la tak terhingin kan.Isyk isyk kesian pisang...
First rasa kat rumah Mama Juliza masa dia ajak makan2 raya haritu, ummi agak kagum sebab rasa macam kek pisang Samudera yang selalu ummi beli kat Pudu masa zaman muda mudi dulu hehe..terus tanya,boleh ek buat sendiri jadik mcm ni? Cerdik!

Ok, ummi tak reti berhias2 macam blog masakan orang lain. Pinggan pun standard la putih plain je yg dibekalkan oleh Chatrium hehe..kat sini tak ada lagi koleksi pinggan mangkuk ala Mat Gebu.Tunggulah moga ada rezeki lebih nanti ummi tepek gambo molek2 k?

Berbalik cerita kek pisang ni.
Memang sedap.Ummi agak kagum dengan diri sendiri.Astaghfirullah.Sebelum ni dah brapa kali gak buat, ada yang tak naik, ada yang lembap, ada yang kaler tak brown, ada yang tak manis, but yang ni...it just perfect!!! Alhamdulillah..

Kakak, awak tau tak-awak suka kek pisang tau!bila ummi bgtau, kakak ummi buat kek pisang ntuk kakak tau, nanti mesti kakak buat muka glowing pastu tanya mana, then kakak peluk ummi cakap, terima kasih ummi sebab buat kan kakak kek pisang' hehehe ummi tau dah dialog awak tu kalo jumpa makanan yg awak suka..

Ok, jom layan gambo.
Resepi ummi upload lambat sikit k. Ni sibuk nak mandi nak solat then ambik kakak sekolah.

(Tadi dok bertelaku, bilalah ummi nak masak yg bombastik mcm Arah dalam blog dia tu kan.kagum sangat.ni dah masuk 2 bulan, resepi tak berkembang lagi ni haih tak boleh jadik!malam ni kena stadi resepi!!!!)


Setelah dipotong
Just nice, tak melekat,tak lembik,tak keras.
Buat 2 adunan bagi kat jiran2 sama merasa...



Kredit kat Abi yang tolong pukul telur dan tepung sblm main ping pong malam tadi.
One thing for sure, mixer tu memainkan peranan sgt nak bagi telur naik betul so that kek jadi gebu dan lembut, sebelum ni pukul pakai senduk je..
Berbaloi beli!