Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

October 19, 2014

Kerang Rebus - sambal kerang - kobis goreng - ikan goreng

Makan dirumah lebih betah apatah lagi dengan askar bertiga ni.
Masing2 masih mentah dengan table manners and etika makan.
boleh meroyan umi kalau masing2 buat perangai kat kedai makan.

Bila mood baik lauk2 kena selera Alhamdulillah.
Kalau mengantuk penat dan tak kena gaya hew hew tanduk umi pun keluar lah 2.

Apapun time2 begini makan dirumah mmg paling nikmat dan selesa.
Alhamdulillah.

October 16, 2014

Kari Daging Qurban, Sotong & Ayam Goreng Tepung, Sayur chapchai

Tengahari tadi whatssap abi dengan kebuntuan nak masak apa hari ni.

Sudah resmi Abi tidak meminta2 untuk dimasakkan apa2.Apa yang ada dia makan.

Resmi Abi tidak pernah komplen atau mengeji makanan yg dimakannya.paling tidak abi diam.
Tak pernah ummi dengar abi kata ' tak sedap' pada setiap makanan yg abi makan.

Untuk dengar Abi kata sedap juga jarang2.
jika sedap kata abi - bererti mungkin sedap sungguhlah kan.hehehe.

Alhamdulillah Abi tak cerewet dan meminta2.
Amierah Ziyad Zikry harus contohi Abi ya.

Hari ni lepas ummi whatsapp abi pun balas.
Ini kerana sejak awal minggu ummi dah mengeluh tak tahu nak masak apa ketandusan idea dan mood.hormon tak stabil katanya.

Abi kata nak makan sotong tepung dan sayur chapchai.
sayur paling abi suka kalau dikedai2 makan.

Apalagi terus ummi keluarkan sotong yg masih beku.
Ummi tambahkan kari daging qurban pemberian mbak ike masih ada.
Alhamdulillah rezki hari ni masih ada.

October 13, 2014

Sambal Sardin Petai & Bendi Goreng Belacan

Sardin King Cup 2 tin kecil
Halia
Bawang merah
Bawang Putih
Cili Api
Lada Kering kisar 2 sudu
Asam Keping 1 saiz kecik
Petai jika suka
Garam Gula secukup rasa

Panaskan minyak
Tumis halia bawang merah bawang putih cili padi
Masukkan cili kisar
Tumus hingga pecah minyak
Masukkan sardin
masukkan asam keping
garam gula dan petai.
kacau supaya masak rata.
hidangkan ketika panas.

Bendi goreng belacan

Sayur bendi & kacang botol hiris
bawang merah
bawang putih
sejemput belacan
garam

Tumiskan bawang merah dan putih
masukkan belacan.kacau rata
sedikit garam
masukkan sayur2an

tutup api dan hidangkan.

September 23, 2014

Ketam Lemak Cili Api

Ummi always wanted to tulis panjang2.
Nak2 bila tgh bosan2.
Somehow i lost my words esp bila rasa tak perlu nak share everything in this medium.
Taip2 delete- taip2 delete - taip2 jadik draft takpun klik and everythg goes into the dustbin.yeay!

Yeah..ummi perlu bagi pasword gmail so that satu masa nanti bila ummi dah takde u all can read all the drafts and you'll know how is your mother.:')

Apa yang tinggal hanyalah resepi - pun yang tidak begitu teliti dan rapi hasilnya.
Umi hanya kongsikan resepi yang sangat ringkas tiada bahan yg complicated maka hasilnya juga ringkas sekadar sedap ditekak sendiri.

Ummi harap dapat buat ' step by step' and beautifully written and translated by every single pictures so that u'll know how to cook accordingly- for  kakak especially.
unfortunately i have to admit i am not that 'rajin'.sorry dear.

i personally wanted to give credits to these bloggers yang ummi rasa mereka sgt ikhlas berkongsi ilmu dalam masakan siap gambar petua and all - tambahan pula resepinya sedap.i've tried many of them (recipes).
they are many good bloggers but tonite i wanna thanks esp to kak Azie in @aziekitchen dan kak ita in @azlita masammanis. thanks A Lot may Allah bless you

ada few lagi insyaAllah to be reveal soon.
goodnite dear.
semoga hari esok lebih baik dr hari ini.
Masa itu Emas.
insyaAllah manfaatkan sebaiknya.





September 22, 2014

Bilis Kicap Cili Api

umi lapar.
nasi dah masak.
lauk2 masih beku belum thaw.
Apalagi masak la yg paling simple paling sedap harum dan pasti bertambah2.

bawang merah/ besar hiris
cili api 5 ke 6 batang lagi pedas lagi best
lada merah hiris sedikit
bilis
kicap
minyak

goreng bilis hingga agak garing.
ketepikan ke sisi kuali.
dengan minyak yg sama tumis bawang dan cili api.
kemudian masukkan kicap.
gaulkan semula bersama bilis goreng tadi.
masyaAllah sedap amatttt...
makan dgn nasi panas. cukup!!.ummi tambah nasi 3kali okeyyyy!!!

September 20, 2014

Sambal udang Sotong Petai & Sotong Goreng Tepung

Resepi ummi dah letak dulu.

September 15, 2014

Udang Galah Lada Hitam

Bawang besar
Bawang Putih
Halia

hiris semua.
tumbuk lebih baik.

Sos lada hitam / kalau tak ada tumbuk biji lada hitam anggaran secukupnya
Sos tiram
Lada merah/cili api jika suka pedas
Udang

Panaskan minyak.
Udang galah digoreng bersama serbuk kunyit dahulu.kemudian ketepikan.
Gunakan minyak yg sama kurangkan sedikit minyak dr kuali.
Tumis bawang besar bawang putih halia hingga naik bau
Masukkan cili api/lada merah
Masukkan sos tiram atau bijinlada hitam.yg dah ditumbuk
masukkan tiram jika suka

perasakan garam sedikit.
Masukkan udang.gaul rata.
taburkan daun ketumbar jika ada.

September 12, 2014

Kari Udang- Ayam Goreng- Kangkung Bendi Belacan - Sambal Belacan

Paprik Seafood

September 9, 2014

TomYam Qung

Paprik Sotong

Halia seinci ketuk
Bawang putih 2 ketuk
serai sebatang ketuk
cili api 4 btg hiris
bawang besar potong 6
tomato belah2
sotong
daun limau purut 3

cili kisar 1 sudu
sos cili sos tomato sos tiram anggaran masing2 1 sudu stgh.
sos ikan /nampla 1 sudu
umi kurangkan sos tomato tanak masam lebihkan sos cili

panaskan minyak tumis halia bwg putih serai.
naik bau masukkan cili kisar.
kemudian segala sos dan sos ikan.
boleh tambah air jika mahu cair sikit.
masukkan sotong.
agak2 masak masukkan  sayuran kacang panjang jagung muda dan bunga kobis serra tomato.
sedikit saja garam.
kalau tak ada sos ikan lebihkan garam.kerana sos ikan sudah masin.
Masukkan daun limau.
Kacau sebentar.jgn masak sayur terlalu lama nanti layu.

Tutup api.

August 25, 2014

Selera Kampung.

As always.
Anak kampung selera kampung.

Kari Udang
Bawal Putih Goreng
Sambal Udang Petai
Asparagus Goreng

Kari Sepit Biru

August 19, 2014

Sambal Udang Petai

Sambal.Udang Petai.

dengan

Ayam Goreng
Sayur Lemak Kobis

Ni juadah masa ramadhan dulu terlupa nak tepek.Sambal Udang Petai dah jadi faveret ummi dan Abi.Asal ke tops je ummi akan beli petai yang siap kupas wp agak mahal.
Lain kali kalau abi ke pasar hope tak lupa kirim beli yg bertangkai.

Sayur kobis lemak tu faveret kakak.suka sgt kakak sayur tu sampai berterima kasih kalau ummi masakkan.terharu ummi hihi. 

Resepi sambal dah ada ummi share sebelum ni. sebelum tutup api masukkan petai jgn lama2.

Udang Lemak Nenas

Menu sampingan
Kobis Goreng
Ikan Goreng
Ayam Goreng Tepung
Sambal  Tutok (tiada dlm gambar)

Resepi ummi nak share hari ni semestinya Udang Lemak Nenas.Dapat pulak nenas yg sgt manis dan lemak adoi kecur.

Bawang besar 1 biji
Bawang putih 2 ulas
Halia
Belacan

Kunyit hidup

Cili padi ikut tahap kepedasan

Serai 1- 2 batang
Santan Pekat
Minyak
Garam
Udang 10 ekor
Nenas potong

Panaskan minyak.
Tumbuk segala yang diatas.
Tumis hingga naik bau.
Masukkan santan.
jaga api - kacau pelan2 - usah biarkan atas api tidak dikacau nanti pecah santan jadi cair dan tak cantik kuah lemaknya 
setelah didih, masukkan udang.sekejap saje ye khuatir udang nanti kecut dan keras dong.
kemudian masukkan nenas.

Siap! makan panas2.


August 17, 2014

Ketam Masak Thai

May 6, 2014

Kari Ketam - Sotong Kicap - Vege

Ummi dinner seorang hari ni. Abi dinner kat luar ada biz trip.
Walaupun makan seorang sangat bersemangat masak dan makan dengan nikmatnya.
Anak2 makan ayam goreng.
Kari dengan sotong ni agak pedas namun mungkin kerana masak penuh semangat ummi rasa sangat nikmat huhu...

Abi punya ummi simpankan mana tahu balik nanti abi lapar lagi hihi.

March 16, 2014

Sotong goreng tepung ajaib.

Setelah sekian lama ummi mencuba resepi yg pelbagai.
Campur pelbagai tepung nk dptkan adunan yg sedap.baking powder ke soda bikarbonat pun ade jugak ummi masukkan jugak.ikutla resepi2 mcm2 dlm intenet nuuu...
Tetap xsesedap mcm mkn kat umbai ka serkam ka...aroma ikan bakar ka...sabak awor ka...

Sehinggalah.
Jeng3....
Abi kata kali ni sedap mcm kat umbai.hehehe.
Ni repeat order la ni ummi masakkan lagi.
Senang ceta.sedap pun sedap.sesekali layan mmg terangkat rangup cukup sifat.

Ni lah rahsianya.
Hehe ummi guna tepung ajaib ni.
Selalu guna buat goreng ayam je.
Skang ni boleh la guna tuk sotong ka udang ka...

Caranya.

Pukul sebiji telur.
Hiriskan sotong.
Masukkam tepung dalam mangkuk.

Panaskan minyak bebetul panas.
Masukkan hirisan sotong dalam telur kemudian golekkan dalam tepung ajaib ni.
Masukkan dalam kuali bagi berendam.
Agak2 kuning keemasan dan garing angkat lah.jgn masak lama2 sgt nanti sotong liat.

Hah apalagi.try lah.

March 14, 2014

Mee Goreng

Hari2 di penghujung.

Kasihan blog resepi ummi sudah jarang ummi tepekkan resepi mahupun gambar.

Barangkali mood menepek sudah ke laut.

Ini kali ummi tepek gambar mee goreng plain tanpa udang kering yg mcm selalu ummi buat.
Abi kata mcm mee goreng di kantin2..namun masih sedap hehe Abi sudah bijak memberi komen.ummi yg minta Abi beri sepatah dua kata setiap kali makan. Ini supaya ummi boleh belajar selera Abi.

Ummi suka tengok Abi makan. Sampaikan kadang terlupa fikir menu utk anak2.
Ok- yg ni mmg ummi mintak maaf ye.ummi cuba perbaiki lagi.

Utk buat mee sebegini sgtlah tak susah rupanya hanya bawang putih sahaja xperlu kotorkan blender.

Tumis Bawang putih ketuk.lada kisar.ayam.air.sos cili dan tomato serta kicap.
Sayuran.garam.
Vah - itu saja

Lepas ini jika malas ummi akan goreng saja begini.
Ye kan. xrugi kita pelbagaikan resepi. Belajar menerima resepi org lain. Mungkin baru utk tekak kita namun kepalbagaian menjadikan kehidupan lebih berwarna.

Argh tetiba rasa mcm nak ke asiatique dan catucak mau makan eskrim kelapa.

February 9, 2014

Sotong Masak Kicap Che Amit

Oh my....
Tak tertahan umi.lepas makan terus nak update.

Betul.less is more.
Resepi ringkas je but- itulah yg sedap.
Kenangan mak ana dgn pak amir dtg 2 mnggu lepas.kita shopping seafood kat talay talad...pak amir @che amit beli sotong segar dan siap masakkan utk kita resepi asli from kedah.
Whoa ummi suka sgt sgt-
Simple and kena sgt dgn tekak umi sampai umi perabih sampai jilatan terakhir ok.

Tadi abi pegi talad.
Umi pesan dr semalam nak sotong macam che amit buat. As usual abi melayan ummi dgn kasih sayang haha..mmuah abi! Ummi wassap mak ana mintak resepi.
Taraaaa ummi copy paste kat sini k.
Try sok u all buat dan makan panas2..lembut....

Ni utk sotong yg agak besar tau bukan yg kecik2 tu...sederhana besar la so puas skit makannya..nyum2...
Ok---

Thanks che amit & mak ana!!

sotong chatrium 7 rasa (4 ekor)

1. buang tulang sotong dan potong bulat. basuh.
2. masuk dalam kuali, boh serbuk kunyit 1 sudu teh (mengikut bilangan sotong, agak2 je) - utk hilang bau hamis sotong. tak perlu letak ayaq, nanti ayaq sotong akan keluaq
3. biarkan dalam kuali sehingga kering.
4. boh minyak masak sikit ja & gaul-gaul bagi garing.
5. boh kicap, boh bawang besaq & cili merah. kalau nak pedas boh cabai  melaka.
6. gaul-gaul dan angkat.
7. enak dimakan panas-panas.

selamat mencuba ;)

chef amet
jitra kedah