October 7, 2013

sedap v sehat



Bismillah
Entry lepas belum habis dah masuk entry baru.

Abang Ziyad lena. Adik zikry hampir lena. Ummi duduk atas sofa melayan resepi apa untuk petang nanti.
sejak kelahiran zikry, ummi masak seperti biasa. Tiada kesempatan ambil gambar tepek dengan resepinya.
masa sentiasa ada. cuma diisikan dengan perkara lain yang lebih material utamanya.

Ummi suka memasak.
terapi buat ummi.
biar tak sesedap makanan di luar sana..yg penting bersih dan suci.InsyaAllah.
mudah2an semasa dalam proses memasak sendiri, tak banyak zat hilang kerana menu masakan  melayu lazimnya tidak menyihatkan.Berminyak, berlemak, pedas, dan overcooked. Kecuali cara memasak diolah dengan mengambil kira bukan hanya sedap tetapi sehat.ummi masih belajar2.

Ummi harap kakak dan abang ziyad akan cepat adopt masakan sehat.Kakak sangat suka bunga kubis, sayur hijau, cendawan, dan beberapa menu lain.
Ziyad belum mahu makan sayur besar2. Dia sukakan ikan goreng dan ayam goreng semata.
Sejak mula membesar seleranya ikut berubah..kurang makan dan agak memilih.

anak anak ummi membesarlah dengan sehat ye sayang.
Hari ni ummi nak masak nasi lemak ayam goreng. 
Erk satu lg menu yg tak sehat namun sedap.;D

September 18, 2013

Zon Tua

Takpe.
Harap tak salah  guna perkataan takpe.
Kalau wanita guna perkataan takpe mungkin ada makna disebaliknya.dalam takpe takpe tu sebenarnya mungkin ada apa apa.

Ummi mengaku dah masuk zon tua kini.
Zon mak mak.
Takpe.
Dalam kepala dah berlegar jenis pinggan mangkuk cawan yg diidamkan.
Jenis kuali periuk belanga yang sesuai dipakai.
Jenis oven blender cooker yang tahan lama.
Dapur yang praktikal bukan kosmetik semata2.
Sinki yang menghadap tingkap supaya ada cahaya masuk dan nampak hijau pokok2 diwaktu pagi sambil mencuci.
Pengukus haruslah sebesar mana utk masuk loyang kuih atau nak masak siakap stim.
Petisejuk dan sinki serta dapur masak adalah 3 elemen terpenting sekali.
Tempat simpan barang dan laci hendaklah praktikal sekali.
Barang dapur terutama bahan basah wajib beli cukup2 seminggu plg lewat expirynya supaya makan makanan yg masih segar dan sedap lagi.
Elakkan pembaziran terutama barang2 yg luput tempoh sebelum guna.masak terlebih bajet.left over dalam peti ais yang tak akan di makan lagi.

Bersambung

September 4, 2013

Roti Naik Versi Breadmaker Kak Liza

Bahan bahan

1 paket yis
5 cawan tepung gandum
2-3 sudu susu tepung
5-6 sudu marjerin atau butter
3/4 atau satu cawan gula kastor

Cara cara

Rendam Mauripan dgn air suku can
tutup simpan stgh jam


Masukkan semua dalam breadmaker
bakar 160 suhu selama 20 minit

Pastry Cheese Tart /Fruit Tartlet Kak Liza

Bahan bahan

250 g unsulted butter
150 g gula kastor
1 biji telur, 2 telur kuning
600g tepung gandum 

Cara cara

Gaulkan butter, gula dan telur. Kalau guna mixer putar sekejap saja.
Masukkan tepung sikit2.
(selalunya kak liza tak sukat tepung).Gaul hingga doh tak melekat di tangan.

Terapkan pada acuan

Kek Coklat Kak Yan

Bahan bahan

2 cawan tepung
2 cawan gula
1 cawan susu segar
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil serbuk penaik
4 biji telur
275g mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara cara

Ayak tepung, serbuk koko & serbuk penaik sekaligus
Pukul mentega dan gula sampai kembang
Masukkan telur satu persatu
Masukkan esen vanilla
pukul rata
Masukkan tepung berselang seli dengan susu

Bakar pada suhu 180-160 bergantung pada saiz oven ye
40 minit bergantung loyang besar atau kecil

July 17, 2013

Udang Masak Merah





July 11, 2013

Rindu

Oh oh rindunya ummi nak masak bersilat ketung ketang kat dapur..

Skrg ni masak slow2 mcm pengantin baru masak kat umah mak mertua hihihi..

Apepun  ummi akan cuba memasak jugak utk hidangan berbuka dan bersahur abi  wp sesimple mana..
Erk...ummi...belum boleh puasa lagi.hihihi...

Nnti kita sembang lg k.

June 7, 2013

Siakap Banyak Rasa

Hari ni ziyad menguji kesabaran ummi.
Haih tak bagi chance ummi nak baring2 golek2 dgn tenang.
syukur takde darah tinggi tau Yad.

ni menu semalam.
Abi request sweet sour.
Ummi main campak2 je sbb dah magrib, dah tak tau lah jadik rasa apa haha yg penting bukan sweet sour laa haha...sedap tu mmg sedap laa kat tekak ummi kan..org lain nak tak nak kena la telan huhu..

sekarang ni ummi rasa dah tak boleh sgt nak terima makanan dari luar. sesekali tu boleh la kalau dah lapar sgt dan x sempat or x larat masak. maybe soal kebersihan yg ummi utamakan.
sampai nk beli roti canai pun terpikir org ni basuh tak telur yg dia guna.Kadang nasik goreng kampung ke. meehuun ke orang letak telur gak kan, pun ummi terbayang depa ni basuh ke tak ek..yelah najis pada telur tu jika x dibasuh kita pun akan dapat tempiasnya makan najis juga.. Apa hukumnya makan najis kan.
Baik sangka je la kan selagi boleh, selain usaha kita jengah2 dapur sikit tengok tahap kebersihan dalaman dapur dan tandas kalau ada peluang. Baca bismillah Doa supaya jauh dari penyakit..


Ini semua pilihan kita.
Kita yang perlu memilih untuk makan yang bersih atau sebaliknya.
Bukan cerewet x tentu pasal.Bukan soal nak makan tempat cosy dan mahal. Cosy dan mahal tak mestinya bersih cuma biasanya ada standard dan piawaian ketika masak compare dengan warung jalanan.Dan warung jalanan pun ada yg lebih bersih dari restoran kalau sikap tukang masak tu mementingkan kebersihan..cuma skrg ni elakkan yg terang2 nampak ada longkang kotor kat sekitar tempat makan, binatang mcm cik Ti suka berkeliaran...walaupun sedap mana, kalau bole elak, kita elakkan..

Kalau tak ambik endah, penyakit mudah datang, kencing tikus, cirit birit dan macam2..nauzubillah.


Ok ni resepi ummi paling simple sekali mmg tak susah.campak saje kan.

Bahan- bahan
siakap, lumur dgn serbuk kunyit dan garam, gorengkan.

2 labu bawang besar hiris je
3 biji bawang putih..hiris boleh ketuk pun boleh
2 inci halia hiris boleh ketuk boleh
2 btg serai ketuk saje

sayuran (jika suka, tomato, kcg peace, capsicum 3 warna kalau ada..
ummi cuma boh carrot je potong dadu sebab tak sempat)

2sudu cili kering kisar
2sudu sos cili
1 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram.
garam gula
air sedikit
kalau ada sos ikan nampla boleh masukkan

Cara cara

tumislah segala bawang besar, putih dan halia sampai naik bau.
masukkan cili kisar, kacau jgn hangit api sederhana kecik
masukkan 1/4 cawan air
masukkan sayuran yg disukai yg sesuai dengan masakan ni, jgn pulak bubuh sayur bayam ke pulak
masukkan sos cili, sos tomato dan tiram.dan nampla jika ada
bila didih, perasakan garam dan gula.

matikan api dan siramkan atas ikan goreng yang sedia menanti. sedia dimakan!




June 3, 2013

Pulut & Serawa Durian

Semalam pesan Abi belikan durian kat pasar kalau jumpa yang murah.
Sekilo rm 10@ bhat 100, tu kira mahal lah kan, abi tetap beli jugak.adehai kalau ummi tak beli dah tu hihihi..thanks Abi.

Sebelum ni ummi penah jumpa dan beli sekilo Rm 4- Rm 6 bergantung pada gred. So untuk durian yang abi beli semalam cuma 4 ulas rega dia Rm20 hew hew...Sini durian sangat besar kulit tebal memang takkan jumpa durian kampung.
Depa petik dan tak tunggu durian gugur sebab tangkai dia panjang2 lagi dan biasanya dijual ketika mentah.
So kalau nak beli yang dah masak kena bgtau ' nim nim' dalam bahasa thai so nnti diorg akan carikkan yang dah masak dan boleh terus di makan...

taapi, saiz dia kan, haaa sebesar dan besar lagi dari genggam penumbuk ummi ni tau.Makan seulas pun dah kenyang.Ummi dah makan 2 ulas pastu offer kat Abi, rupanya Abi mengharapkan ummi buat serawa durian hihi..awat tak habaq awal2 nasib baik ada lagi 2 ulas terus ummi naikkan atas periuk.Isinya yang banyak dan kenyal tu walaupun 2 ulas kenyang makan, Resepi simple je dari nenek.

Bahan-bahan
Durian
Santan
Gula Melaka@gula merah
Garam
Gula


Cara-cara
Masukkan durian dalam periuk, tuangkan santan bergantung pada suka pekat atau cair
Leraikan isi durian dari biji
Masakkan dengan api kecil
Agak2 gelegak masukkan gula melaka, garam dan gula,
jika terlalu pekat masukkan sedikit lagi air
Tunggu hingga mendidih, api harus sentiasa kecik dan kacau selalu
Perasakan


Pulut.
rendam pulut paling kurang setengah ke sejam
Ummi tak gunakan santan hanya air putih sebab pulut pun dah berlemak, serawa durian pun bersantan lemak lagi mau gumuk ngantuk nanti bila makan hihi

Didihkan periuk kukus, masukkan pulut, air lebih seinci,garam dan daun pandan simpulkan.
Kacau pulut agar rata,jika perlu renjiskan air keatas pulut..
Kukus hingga masak dan lembut.

Asam Pedas

Lama jugak tak buat asam pedas ni.Nak tunggu ada daun kesum baru boleh buat kalau takde mmg ummi simpan je hasrat tu.Ni resepi biasa je bukan macam yg sebelum ni. Kalau rasa nak cepat bahan tak banyak boleh try cuba yang ni dan rasanya still sedap. Yang penting perlu mahir bermain dengan garam gula dan air asam jawa supaya rasa dia seimbang.


Bahan bahan
Beberapa ketul ayam ummi goreng bersama serbuk kunyit dan garam hingga agak masak dan tak sampai garing.
5-6 tangkai daun kesum petik daunnya
4 sudu cili kering kisar
setengah sudu asam jawa di bancuh dalam setengah cawan air
Bendi 6 batang
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya dalam 2 cawan

Bahan Kisar
1 1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
2 biji buah keras, hiris
sejemput biji hitam biji
1/2 inci belacan

Cara-cara
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis cili hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 2 cawan). Biar mendidih.
Masukkan daun kesom dan ayam tadi masak lagi dengan api sederhana. Tambah bendi biarkan seketika.Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

June 2, 2013

Daging Palembang

Malam tadi ummi Yan buat makan2 sempena birthday Zara.
merangkap birthday uncle G dgn mama Ida.
Balik hospital semalam mmg ummi takde gi mana, badan agak letih, fikir2 nak buat kuih tapi rasa macam tak daya.
bahan pun banyak tak ada, nak buat kek macam tak larat complicated sangat.

Ummi Yan kata nak buat laksa Johor dgn beriani ayam.
So baik ummi top up dengan daging kan buat tambah2 lauk. mana yang larat lah kan..
terus masuk blog Puan Yatie dan ummi adaptasi resepinya, tima kasih Puan Yatie mintak halal ye.

Bahan-Bahan:
700 gm daging - potong lebar dan nipis
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat - ummi guna 250ml je
2 sudu besar kerisek - ummi tambah jadi 5 sudu
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals), ummi campur dgn kicap Jalen
minyak utk menumis

Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering- Ummie guna 4 sudu cili kisar

Bahan Tumis
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 biji bawang merah-hiris-Ummi tak letak
2 ulas bwng putih-hiris -Ummi tak letak


Cara Memasak
Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar bersama serai sehingga pecah minyak.
Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Masukkan kerisek dan gaul rata. Masak sehingga daging empuk.


cubalah masak daging cara ni.
Makan dengan nasi or nasi impit fuhh macam nak raya pun ada hihi..




May 31, 2013

Bilis Goreng Cili & Kentang

ni satu lagi menu orang rajin.
Tak payah pikir banyak sekarang ni masak yg simple je takyah berdiri lama.

Bahan2

Bilis digoreng
Kentang hiris dan digoreng
bawang besar hiris
bawang putih
Cili padi/ cili merah
minyak
garam

Cara2
setelah goreng bilis dan kentang,
tumiskan bawang2 dan cili padi.
setelah naik bau masukkan bilis dan kentang.
garam sikit sahaja sebab bilis dah masin kan.
sedia hidang dan makan ketika panas lawankan dengan sambal belacan walah!

Sayur Campur Udang Sotong

Ini last stok seafood dalam fridge.
Mujur esok cuti Abi kena gi pasar shopping stok seminggu macam biasa.
Bila bahan tak banyak kita goreng2 kan aje senang takyah pening2 nak sambal ke nak apa ke.

kaedah dia macam biasa sebelum2 ni pernah tepek rasanya.
Takpela sementara tunggu Abi balik ni ummi tepek lagi.

Bahan2

udang sotong hiris, ratakan dengan serbuk kunyit dan sikit garam
sayuran ikutlah apapun nak letak
bawang besar selabu di mayang
bawang putih 2 biji hiris
halia hiris
cili padi 5-6 biji dihiris
garam secukup rasa

Cara2

Panaskan minyak,
goreng udang sotong tadi agak masak, jgn terlalu lama.ketepikan
dengan baki minyak, tumiskan bawang merah, putih, halia, cili padi..
agak naik bau, masukkan sayuran hingga agak lembut
Masukkan semula udang sotongbtadi,gaul rata dalam 3minit
tabur sedikit garam secukup rasa
sedia dihidangkan