September 3, 2014

S & S (Spagetti & Stew)

Favourite awak berdua la ni.
Cumaaa....bila ummi nak letak sayur kat ziyad punyala menjerit macam hape tanak makan.
hai lah anak - ummi belum give up...pun gitu ummi pun menjerit gak ni dalam hati..hukhuk

Kakak alhamdulillah sikit2 ummi pujuk kakak pun makan. Asalnya dulu kecik2 pun tak nak makan.sejak sekolah makan dengan kawan2 baru belajar2 makan sayur kan.

September 2, 2014

Butter Cake

Dah teringin sgt.
Jam 7.30 pagi ummi buat hahah nampak nau kebulur kek ya.
Guna resepi paling ringkas sekali.
6 bahan saja.

Self raising flour 180g
unsalted butter 250g
Caster Sugar 200g
Fresh milk 1/2cup
Vanilla Essence
4 eggs

secubit garam.

Ayam Merah Ummi

Ni antara all - time- favourite ummi xjemu makan memasak pun riang haha

Resepi ni untuk 6 -7 ketul ayam saiz sederhana.

Untuk ayam ummi akan goreng dulu dgn serbuk kunyit adabi tu agak2 masak dan tak terlalu garing.Nyata bila goreng lebih sedap.

Bawang besar 1*
Bawang putih 2*
Buah keras 2-3 * ( x ada pun xpe.bila letak kuah jadi lemak pekat )

*blend semua

Lada kering yg sudah kisar 4 sudu ( boleh lebih atau kurang bergantung pada suka pedas/suka kuah banyak/ dan atau brapa banyak ayam yang dimasak)

Panaskan minyak.

Masukkan kayu manis.buah pelaga.cengkih.
Kemudian tumis bawang merah putih dan buah keras yg dah diblend bersama tadi.
sebentar kemudian-
Masukkan sebatang serai yg sudah diketuk.

Agak2 naik bau wangi  masukkan lada kisar.
Masak hingga pecah minyak.
Api jangan terlalu besar biar lada masak lama.
Masukkan buah tomato yang dah dibelah2.
Kacau.
jika agak kering masukkan sikit air.
Bila tomato hampir sebati dengan kuah,
Masukkan sos cili dalam 2- 3sudu.
Kacau.
Masukkan garam dan gula dalam 1- 1 stgh sudu.seimbangkan rasa.

* tambahan ummi masukkan  sikit palm sugar
atau masukkan sikit gula merah jika ada.
Kalau tak ada pun xpe xmenjejaskan rasa nya.Kalau letak manisnya lebih lemak sikit.

Kemudian masukkan ayam tadi. Gaul sebati.
Waduh Alhamdulillah sedap :p

September 1, 2014

Daging Goreng Kunyit

Resepi pun dah pernah letak.
Kali ni masukkan buncis terus takyah masuk sayur lain 2 dalam 1 katanya kan.Takyah goreng lama buncis tu masukkan bila dah tutup api just kacau2 sekejap.
Bila makan buncis tu rasa manis je sebab tak layu dimasak lama.

Sambal Goreng Jawa

Abi dinner luar malam ni. As usual normally Abi bawak kawan2 yg datang esp dr Malaysia.

Ummi lupa ituari beli tempe tak masak lagi kang sia2 je rosak dah le susah nak dapat.

Xpelah kita masak makan sendiri je la.
cepat2 ummi update ni sebelum terlupa
dan peram gambar2 jadi basi dalam phone last2 buang je kan.
memory phone pun dah penuh ni malasnya nak spring clean.

Resepi ni dah pernah ummi letak origanally from nenek.
Kali ni ummi tambah perasa lain so rasa dia ada ummphh la sikit.

Bawang besar 1 kisar
Bawang putih 2 kisar
Lada Kering kisar 2 sudu
Cili padi 5biji
Air Asam jawa sejemput
Garam
Gula pasir 2 sudu
Palm Sugar / Gula Kelapa dalam 1inci
( Ada jual banyak kat Siam)
kalau xde boleh ganti gula melaka
kicap sikit

bahan utama
tempe *
kentang *
Bilis
kacang
Petai kalau suka

bahan * hiris dan goreng ikut suka bentuk dan  garing macamana

kacang umi xletak sakit gigi nak ghighit ouch

cara2

panaskan minyak betul2 panas. goreng tempe dan kentang  jaga api  balik2kan jangan sampai hangit pula.

ketepikan.

panaskan minyak.tumis bawang merah putih blended.
masukkan cili kisar dan cili padi
tumis agak2 pecah minyak.
masukkan air asam jawa.
masukkan gula kelapa/ gula merah
masuk gula 2 sudu
garam agak2 lah
masuk kicap sikit
boleh rasa sikit garam.gula sebati tak.
agak2 dah ok

masukkan  semua tadi tempe kentang kacang bilis.Kacau rata.
Tutup api.

Masukkan petai.Kacau lagi sebati.
Boleh makan. simpan 3 hari dalam esbok boleh ulang makan lagi.

August 26, 2014

Penutup Ramadhan

Ini #throwback lagi.

Penutup Ramadhan dan masakan akhir di Chatrium.Sathon sebelum berpindah ke Chatrium Riverside.

Marble cake

ini semua #throwback

buat kek ni masa raya ke empat kat dapur mak.
alhamdulillah.
sempat gak baking wp sibuk kesana ke mari.

bila lah oven sini nak mula berasap ni huhu rajin oh rajin silalah dtg!!

August 25, 2014

Selera Kampung.

As always.
Anak kampung selera kampung.

Kari Udang
Bawal Putih Goreng
Sambal Udang Petai
Asparagus Goreng

Kari Sepit Biru

August 19, 2014

Kari Ayam


Kari Ayam
Ayam Goreng Pop
Asparagus goreng

Mood hari ni suam2 kuku
terganggu sikit dengan few things in mind.
plan nak masak nasi ayam.
last minute masak lah apa yang sempat.

resepi kari kali ni yg paling express dan masih boleh tahan rasa dia setelah banyak kali berulang insyaAllah senang dan ringkas je.Main hiris2 je xyah blend tumbuk semua.

Ayam 5 ketul
Bawang besar 1biji hiris
Bawang putih 2 ulas hiris
Halia 1inci hiris
Kayu manis
Buah pelaga
bunga lawang
Daun Kari
Serbuk Kari - ummi campur kari ayam.n kari ikan adabi masing2 sesudu
Asam keping
Santan Pekat
Kentang jika mahu.
Garam
Gula
minyak

Panaskan minyak
Tumis bunga lawang kayu manis buah pelaga.
Masukkan halia.
Masukkan bawang merah dan putih.
Kacau hingga naik bau dan sedikit layu.

Masukkan terus serbuk kari ditumis tanpa dibancuh air.
Kacau rata.
Agak2 sebelum garing masukkan sedikit air.
Kacau lagi.
Masukkan daun kari.
Masukkan ayam.
Renih api kecik hingga ayam masak/kecut sikit. Balik2kan ayam biar masak rata.
Agak2 ayam hampir masak masukkan kentang.
Masukkan santan.

setelah pecah minyak, masukkan asam keping.
Garam gula secukup rasa.
Jika tak mahu pekat masukkan air panas sedikit.
Balancekan rasa masam manis kari.
Makan ketika panas.


Sambal Udang Petai

Sambal.Udang Petai.

dengan

Ayam Goreng
Sayur Lemak Kobis

Ni juadah masa ramadhan dulu terlupa nak tepek.Sambal Udang Petai dah jadi faveret ummi dan Abi.Asal ke tops je ummi akan beli petai yang siap kupas wp agak mahal.
Lain kali kalau abi ke pasar hope tak lupa kirim beli yg bertangkai.

Sayur kobis lemak tu faveret kakak.suka sgt kakak sayur tu sampai berterima kasih kalau ummi masakkan.terharu ummi hihi. 

Resepi sambal dah ada ummi share sebelum ni. sebelum tutup api masukkan petai jgn lama2.

Udang Lemak Nenas

Menu sampingan
Kobis Goreng
Ikan Goreng
Ayam Goreng Tepung
Sambal  Tutok (tiada dlm gambar)

Resepi ummi nak share hari ni semestinya Udang Lemak Nenas.Dapat pulak nenas yg sgt manis dan lemak adoi kecur.

Bawang besar 1 biji
Bawang putih 2 ulas
Halia
Belacan

Kunyit hidup

Cili padi ikut tahap kepedasan

Serai 1- 2 batang
Santan Pekat
Minyak
Garam
Udang 10 ekor
Nenas potong

Panaskan minyak.
Tumbuk segala yang diatas.
Tumis hingga naik bau.
Masukkan santan.
jaga api - kacau pelan2 - usah biarkan atas api tidak dikacau nanti pecah santan jadi cair dan tak cantik kuah lemaknya 
setelah didih, masukkan udang.sekejap saje ye khuatir udang nanti kecut dan keras dong.
kemudian masukkan nenas.

Siap! makan panas2.


August 17, 2014

Ketam Masak Thai