Ni antara menu paling ringkas dan senang namun masih mampu membuka selera bila makan dengan nasik panas..
Bahan-Bahan:
Sotong dipotong gelang
2 biji bawang besar hiris bulat
3 biji bawang putih hiris
1 inci halia di hiris
Cili padi hiris halus
Cili padi hiris halus
Serbuk kunyit
Garam
Sayuran
(Lobak merah, Kacang Panjang, Jagung muda, semuanya dipotong ikut suka)
Cara-Cara.
-Lumurkan sotong yang telah dihiris dengan serbuk kunyit.
-Tabur sedikit garam. Biarkan 10-15 minit
-Panaskan sedikit minyak,(minyak jangan terlebih nanti tak sehat) gorengkan sotong td jgn terlalu garing. Ketepikan dari kuali setelah agak2 hampir masak.
-Gunakan lebihan minyak yang ada, tumiskan bawang merah 1 setengah biji, bawang putih, hirisan cili padi dan halia, hingga naik bau.
-Masukkan semua sayuran hingga agak lembut, sedikit air jika mahu.
-Setelah lembut, masukkan semula sotong tadi, gaulkan sebati. Taburkan setengan lagi hirisan bawang merah tadi.
-Taburkan garam secukup rasa.
-Terus hidangkan ketika panas.
0 comments:
Post a Comment