Bahan-Bahan:
Spagetti @ Angel Hair -satu paket
Minyak zaitun
8 biji bawang putih hiris dan potong dadu halus
Capsicum 3 warna, merah,hijau,kuning potong dadu
Cendawan butang/shitake hiris
Udang segar, mesti buang kulit
Sotong, potong cincin
Serbuk lada sulah
Serbuk origano
Garam secukup rasa
Daun Parsley (ummi guna serbuk parsley cos tak ada daun)
Cara-cara:
Hanya gunakan minyak zaitun kerana itulah resepi asal utama aglio olio ini.
Panaskan minyak atas non stick pan jika ada.
Tumiskan bawang putih hingga naik bau,
Masukkan cendawan butang/shitake,
Masukkan udang dan sotong,
Masukkan Capsicum,
Taburkan serbuk lada sulah dan origano,
Garam secukup rasa. Perasakan.
Masukkan spagetti (yang sudah direbus bersama minyak dan garam)
Gaul hingga sebati, taburkan serbuk daun parsley.
Hidangkan dan hiaskan dengan daun parsley.
Credit:Mir
Credit:Mir
Favourite Ziyad adalah makanan berasaskan mee..nyum2...
0 comments:
Post a Comment