September 12, 2014

Ahmad Zikry 15bulan.

Zikry sayang.
Ummi suka tengok bila zikry main kereta sorang2 sambil sandarkan kepala pada sofa.Zikry gerak2kan kereta tu berjalan macam budak besar.
banyak kali ummi perasan tapi tak sempat tangkap gambar. Ini yang tersempat juga ummi rakamkan td.
Alhamdulillah zikry dah mula bertatih awal september. Dari pada selangkah dua jatuh, kini telah bertatih dari hall ke dapur.
Abang Ziyad dulu berjalan seingat ummi 14 bulan.
Agak risau sedikit ummi bila zikry belum mulakan langkah walaupun dah mula merangkak seawal 7 bulan.
Benarlah perkembangan anak2 berbeza.
Dulu ummi sibuk bekerja hingga xsempat mengingat dan melihat langkah2 awal kakak dan abang. Kali ni hari demi hari ummi menunggu dengan sabar. Alhamdulillah.

Gigi pun belum tumbuh lagi--
wp rangka gigi dah nampak.
Ummi doakan semuanya normal ye sayang.
Its just a matter of time.Ill cherish this moment.

Minggu ni ummi belikan kasut ye sayang.
ummi akan gunakan peluang yg ada untuk rakam saat2 zikry merangkak - berjalan- berlari- sebelum zikry sudah mampu berlari dan tak mahu merangkak lagi. Jujurnya tak banyak yg ummi rakamkan. untuk berlaku adil pada kakak dan abang.
Biarlah...ianya akan ada dalam ingatan kekal ummi.

ummi telah mula membayangkan zikry hampir besar.ummi mula merindui bau baby.sayu dihati ummi.

Telah sebulan sejak balik beraya tempoh hari.
Sebulan juga ummi perlahan melalui fasa perubahan pada keadaan- suasana- persekitaran- emosi dan lain2nya.
Sudah pasti ummi merindui teman2 jiran2 yg dahulunya bertemu hampir setiap hari dengan aktiviti2 kemahiran hidup dan rumahtangga.banyak pelajaran dikongsi bersama.
Tak kurang rindunya pada teman2 rapat tatkala bekerja yg meriah dan menghiburkan -teman2 zaman persekolahan yg masih setia dan jujur.

i'm so blessed.

Tempoh sebulan ini turut memberi kesan pada emosi dan mood ummi.Dapur masih perlu berasap.Namun masakan tidak seceria seperti tukang masaknya.
Memasak saja apa yang ada.

Ummi akan mulakan ujikaji2 terhdap resepi2 baru minggu ini.
InsyaAllah semoga ummi diberi kekuatan dalam meneruskan kehidupan bersama keluarga kecil ini dengan penuh kesabaran.

Anak2 ummi yang dikasihi-
Ummi cuba jadik kurang 'garang' dari biasa.ok?
insyaAllah Ameen.



0 comments:

Post a Comment