October 16, 2014

Rahsia turun berat.

Berat ummi sekitar 43kg as for now.
ummi pun tak tahu mcmana berat boleh tak naik sedangkan ummi makan setiap malam bertambah nasik 3 kali.

siang pun ummi makan.
berat ummi masa memula sampai siam dulu dalam 55 ke 57kg.
nak terkeluar la lemak2 kat perut dan peha tambah2 lagi zaman tu baju macam balut nangka pun ada.

Masa mengandungkan zikry berat tak naik banyak xmelebihi 8kg pun.zikry keluar masih 3.2kg
aduhai.buntu jugak.

bukan xbersyukur.berat menurun meskipun tiada usaha ke gym mahupun mengikat perut.
cuma bila di fikir2kan semula ummi buat kesimpulan mungkin begini:

1. menyusu badan sepenuh masa.
sejak ziyad lahir hingga sekarang zikry pula ummi tak membancuh susu formula.
namun untuk ziyad ummi dibantu oleh ibu susuan ziyad mama tasya dan susu segar / fresh milk.terima kasih tak terhingga buat mama tasya jasanya jangan sekali2 ziyad lupakan hingga ke akhir hayat.

untuk zikry alhamdulillah diberi peluang ummi memberi susu ibu sepenuh masa.masyaAllah betapa setiap ibu2 mengimpikan peluang begini semoga Allah memakbulkan hajat setiap ibu2 untuk memberi susu ibu buat anak2nya.

Maka benarlah dengan full time bf ni telah menurunkan berat badan secara efektif bersama setiap kalori telah dibakar dengan cepat selepas umi makan 3pinggan setiap malam.

2.kurang makan2 dan minum di warung2/restoran segera.
tiada lagi kudapan2 wajib setiap pagi dan petang seperti yang mudah didapati waktu kerja dulu.oh cafe mahkamah yg melambai2 setiap kali lapar.
skrg konsepnya nak makan masak sendiri.
tak masak makan asap!

3.menguruskan anak2 yg sedang membesar 24jam dan menguruskan rumah tanpa tangga dan dapur yang comel adalah gelanggang sebenar bagi seorang isteri dan ibu.
nak tahu bagaimana hehehe- try la dulu.

Misi sekarang nak naikkan sikit berat badan kasi montel pipi mcm dulu.
lemak2 degil masih kelihatan di bahagian2 yg boleh dilihat harus di nyahkan jugak xtahu bila.
apapun semoga sehat fizikal dan mental untuk terus menjadi hamba Allah yg taat dan isteri ibu dan anak yg solehah.amin.

0 comments:

Post a Comment