Untuk paprik ni pun ada pelbagai versi.
Namun, yang membuatkan dia berasa seperti paprik adalah daun limau purut atau jus perahan limau tu.So,kalau takde antara keduanya kurang la rasa kepaprikannya.
Kali ni ummi guna bahan apa yang ada je.
Bahan-bahan.
-Sotong di potong cincin
-Lada kisar 3sudu
-Bawang besar 3/4 labu di hiris
-Bawang putih 2 biji di hiris
-Halia di ketuk
-Serai 2 batang di ketuk
-Cili padi ikut suka pedas mana diketuk
-1 biji tomato di potong-potong
-Daun ketumbar hiris (tak ada pun tak apa,kat siam ni banyak)
-sayuran ikut suka (Lobak, anak jagung muda, bunga kobis,kacang panjang/buncis) potong
-Sos Cili /tomato & sos tiram ikut suka.Boleh masukkan kicap jika suka.
-Daun limau purut & separuh biji limau nipis.
-Sos ikan (jika ada)
-Sedikit air & minyak
-Garam secukup rasa
Cara:
Panaskan minyak.
Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia,cili padi dan serai hingga naik bau.
Masukkan lada kering yang telah dikisar.gaul hingga masak betul, api sederhana.
sedikit air, sos cili, tomato dan sos tiram/kicap.
masukkan sos ikan.
Masukkan sotong.Agak2 2 minit saja. Jika terlalu lama akan liat.
Masukkan tomato dan segala sayuran hingga agak lembut.
Masukkan daun limau purut.jika nak sedikit masam perahkan jus limau sedikit.
Masukkan garam, perasakan.
Sedia untuk di makan.
0 comments:
Post a Comment