Haaa,
Ini masakan paaaling senang dan sehat.
Siam ni terkenal dengan tomyam Siam. Tomyam Siam biasanya memang pekat sebab depa letak santan atau susu cair.
Abi memang suka.
Cuma ummi lebih suka tomyam clear atau tomyam putih. Hilangkan muak dengan kejernihan dan masam2 dia tu.
Resepi ni ummi main campak2 je.
Paling best sebab tak pakai minyak walaupun setitis. Tiada santan mahupun susu bebas kolestrol kan.
Bahan-bahan.
-Bawang besar 1 biji. potong 4
-Bawang putih 2 ketuk.
-Halia sikit ketuk.tak de pun takpe
-Lengkuas ketuk
-2 batang serai.ketuk
-Cili Padi.Ketuk
-sayuran (Lobak, Tomato,Cendawan tiram, Jagung muda, batang saleri)-Potong ikut suka
-Daun limau purut
-Daun ketumbar jika ada
-Limau nipis, perahkan jusnya
-garam secukup rasa
Cara-cara
-Letak periuk atas api.
-Masukkan air
-Masukkan bawang besar merah, putih, halia, lengkuas, serai, cili padi.
-Setelah mendidih, masukkan udang (atau segala seafood ikut suka)
-Masukkan sayuran.
-Masukkan daun limau dan perahkan jus limau.
-Garam secukup rasa
-Taburkan daun ketumbar
March 12, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment