March 12, 2013

Roti Naik @ Roti Manis

Rasanya roti ni masih ada lagi dijual dikedai2.
masa memula ummi masuk dalam keluarga Abi, roti naik ni mmg lah terkenal sebagai salah satu menu wajib keluarga Abi sbg minum pagi atau minum petang.
Pastinya resepi turun temurun dari TokYang dan diwarisi oleh arwah Tok Mak, Tok Dah dan semua adik beradik arwah Mak.
Cuma, air tangan masing2 kan berbeza so ada pelbagai versi namun rasa dan identitinya tetap sama.


Selama ni ummi reti makan je. Arwah mak@tok mak dan mak dah@ tok dah rajin buat, kalau kami balik kg atau datang kajang kerap lah jadik minum petang@ malam.
kini, ummi dah boleh mewarisi pembuatan roti naik ni walaupun masih banyak yg kena 'improve' lagi ni.

rupa dia mmg tak lawa versi ummi ni, tapi rasa dia mmg cukupla..Yang pastinya ummi puas hati dapat hidangkan roti naik ni untuk santapan Abi sebagai pengubat rindu Abi pada resepi turun temurun keluarganya.














ROTI NAIK

(credit: Mak Dah)

1 paket ibu roti (Mauri-pan)
5 cawan tepung gandum
2 – 3 sudu susu tepung (atau susu pekat manis)
2 – 3 senduk planta
2/3 – ¾ cawan gula pasir (diblender atau dibuat air gula)

Rendamkan mauri-pan dengan ¼ cawan air sejuk.
Tutup cawan dan simpan sekurang-kurang selama setengah jam.

Apabila mauri-pan telah kembang, campurkan mauri-pan tersebut dengan tepung gandum, susu tepung, gula yang telah diblender/air gula dan planta. Uli campuran tersebut bersama air sejuk sedikit demi sedikit sehingga adunan lembut dan tidak lekit. Tutup dan simpan selama sekurang-kurangnya setengah jam.

Sapukan planta di sekeliling loyang/acuan. Bulatkan adunan kecil-kecil (lebih kurang sebesar bola ping pong) dan susun di dalam loyang/acuan. Simpan sehingga adunan naik setinggi 2-3 loyang/acuan. Bakar sehingga masak. 
(Ummi bakar pada suhu 120’ selama 20minit)




0 comments:

Post a Comment